✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Lama tak bersiaran... tup tup keluar cerita pergi Penang. pada hal ada je cerita jalan-jalan ke Ipoh. yang tu biarlah blogger Salbiah M yang buat. ai ols dah kena sampuk penyakit malas😂😂😂
well... cerita ke Penang ni bukan cerita fasal bercuti. datang ke sini sebab ada urusan. sampai sini tengah hari, balik ke pangkal jalan tengah malam.
esoknya... badan jadi letih gila! dah macam jetleg pulak😂 dia punya penat tu sampai lapar pun tak terasa. kalau nak niat puasa sunat pun boleh😂
bila fikir balik, anies rasa mungkin sebab cuaca kat Penang ni. ya Allah.... panas yakmat! kepala naik ting tong bila (hawa) panas campur cuaca sejuk (air cond). nyaris tak muntah dalam kereta sebab at the same time perut tiba-tiba buat hal. adoiiii....
berbalik pada topik... settle semua urusan, seperti yang dirancang, 'terjah' blogger nina mads kat tempat kerja dia.
sebelum tu anies rasa nak give up dah sebab miskol 10 kali dia tak jawab langsung. dalam hati, "ah, redah jelah" walaupun masa tu nina mungkin dah siap-siap nak balik kerja (5.30pm). ada rezeki, jumpalah. kalau tak, kita jumpa lain kali.
Alhamdulillah... akhirnya kami 'bertentangan mata' juga selepas lebih 2 tahun plus plus tak jumpa. penangan PKP kan... dalam masa sama sempat lagi kacau blogger Salbiah M (video call) sebab nina ada 'hutang Ipoh' yang tak selesai.😂😂😂😂
lepas jumpa blogger nina, barulah berkesempatan jalan-jalan makan angin.
singgah depan The Ship College @ Batu Kawan. kolej ni berbentuk kapal and kalau korang jenis yang suka berposing sakan, meh laa datang sini. lokasi dia tak jauh pun dari Ikea Batu Kawan. kalau terasa nak feeling feeling Titanic kat situ, pergilah minta kebenaran dari pihak kolej. anies tak kose nak buat! 😂😂
dari kolej kapal, kami seberang laut (ke pulau) melalui Jambatan Kedua. tujuan masuk pulau sebab nak naik highway tertinggi di Malaysia iaitu Highway Bukit Kukus yang baru dibuka pada 13 Januari lepas. highway ni tak ada tol sebab panjangnya cuma 5.5KM je.
kami sampai sini dah gelap gara-gara terperangkap dalam jammed. tapi tak apa laa... janji dah sampai. masa tiba kat satu simpang atas highway ni, kami nampak ada orang berkumpul tepi jalan. rupanya nak ambil gambar (night scenery) dari atas highway. kami tak buat sebab keadaan tu agak bahaya.
dari highway Bukit Kukus, kami singgah restoran Kasim Mustafa. perut masih tak okay lagi tapi anies gagahkan juga makan nasi. Alhamdulillah lepas tu terus elok. dalam hati bimbang juga kalau jadi lain. nanti habis menjunam mood jalan-jalan.
selesai makan, kami jalan-jalan ambil angin sekejap kat area Jalan Lebuh Queen & Jalan Lebuh King sambil cuci mata tengok gelagat manusia dan tanglung. tak jauh dari situ ada orang bakar bunga api. mungkin sebab Thaipusam kot? kalau CNY lama lagi.
memang best naik ETS ni. bukan sahaja selesa, malah nak fikir fasal jammed pun tak sempat😂 perjalanan dari KL ke Penang dengan ETS memakan masa lebih kurang 4 jam 15 minit. tren berhenti di stesen-stesen tertentu. tiket boleh beli online atau walk in ke kaunter KTMB. (sila baca macam nada promoter KTMB)
depan kolej kapal. cantik scenery kat sini. tapi sayang... masa ni silau sangat (matahari) tu yang mata macam nak tidur je...😂😂
Highway Bukit Kukus. ni je gambar yang sempat anies snap sebab masa ni kepala dengan perut tengah sakit. so gagahkan juga tangan untuk ambil gambar walaupun tak senonoh kejadiannya😂.
selesai semua, terus gerak ke stesen bas. masa untuk pulang😭😭😭😭 perasaan paling tak best kalau moment jalan-jalan dah sampai penghujungnya... why time flies sooooo fast?????
jumpa lagi Penang...byeeee
daaa...
p/s anies woiiiiii bila nak BW??????😡😡😡😡😡