✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Jangan ditanya... ke mana mem besar menghilang. nanti dia kasi jawapan cliche lagi.
holaaaaa... kabare???
jangan ketawa kalau tiba-tiba muncul entry ni kat reading / blog list korang. Tora datang lagi
senang cakap, sebenarnya lebih kepada malas nak berblog. ya, pengakuan jujur ni. since WFH (work from home), dengan keadaan notebook antik tu, mood berblog memang ke laut dalam. internet laju tapi tidak untuk notebook ku ituuuuu waaaaa nak notebook baruuuu
dah lah. tak nak dah sebut pasal malas berblog ni. lebih baik mem besar fokus pada tajuk entry. ya...
TERIMA KASIH tak terhingga kepada blogger Cikgu Siti Hazreen atas pemberian hadiah ni.
anies dah sedia maklum fasal hadiah ni cuma tak tahu bila akan terima secara fizikalnya. mula-mula ingatkan satu je, rupanya lebih dari tu.
alahai... terharu dibuatnya. so korang nak tahu apa hadiahnya?
first time terima parcel tapi tak ada bil. cuak jugalah sebab manalah tahu, ni barang orang lain punya ke...
tadaaa.... kurma ajwa yu ols... my favourite dates! sekali 2 peket pula tu! ni yang terasa nak puasa terus... hehehe
car perfume!! elok sangatlah tu. car perfume dalam kereta anies tu pun dah nyawa-nyawa ikan. elok sangat dapat haruman baru ni.
last but not least.... gold bar... ya ke namanya gold bar? kalau salah tolong betulkan. ya, emas yu ols... Alhamdulillah... boleh buat simpanan. by the way, nanti anies akan explain pasal gold bar ni ya. tunggu next entry...
seperkara lagi, anies nak minta maaf kepada beberapa blogger khususnya blogger di luar Malaysia. ada beberapa hadiah yang sepatutnya anies hantar tapi anies tak dapat berbuat sedemikian disebabkan Pos Malaysia menutup service penghantaran ke luar negara kerana pandemik Covid-19. kalau dapat hantar pun, hanya ke Singapura saja. kalau anies guna khidmat courier lain, harganya masya-Allah... sangat-sangat mahal (RM200++) untuk 500g barang. so anies minta maaf banyak-banyak dan cuma boleh berharap, pihak Pos Malaysia akan segera membuka semula international courier ni paling tidak, Januari akan datang. maaf ya, kawan-kawan...
p/s jangan lupa follow blogger Cikgu Siti Hazreen kat SINI ya!
p/ss beri anies masa ya untuk BW ke blog korang ya. terima kasih kerana sudi komen. i appreciate it!
thanks for reading.
daaa