✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas lunch dan solat jamak, bas yang kami naiki menuju ke suatu tempat. belum panas punggung, tup tup bas dah sampai di destinasi.
bila tengok kiri kanan, ada orang menjual macam2 barang. suasana kat sini kelihatan sibuk bukan sahaja dengan orang ramai tetapi juga dengan deretan kenderaan.
sebenarnya lokasi Crazy House (CH) ni terletak di celah-celah lorong. jadi korang bayangkan jelah macam mana kalau semua kenderaan berada kat satu sempat? for sure jammed teruk kan? haaa... macam tulah situasi yang kami hadapi. baru nak turun bas, kenderaan belakang dah bunyi honk bertalu-talu.
since tiket masuk dah dibeli oleh Encik Yunos, jadi kami terus je masuk ke dalam. jujur cakap, sebelum ke sini anies tak sempat nak baca info fasal CH ni. tapi apa yang boleh anies simpulkan rumah ni dan idea pembinaannya memang menakjubkan.
mungkin plan asal tuan punya rumah, dia sekadar nak renovate untuk tujuan suka-suka. tapi siapa sangka dari suka-suka tu, rumahnya kini jadi salah satu lokasi wajib lawat bila dah sampai Da Lat.
anies tak nak bercerita lanjut fasal CH ni. korang boleh Google je. dan ni, sebahagian gambar yang sempat anies snap...
ticket counter and main entrance sebelah kanan... anies snap gambar ni masa nak balik. nak snap kawasan luar CH ni tak sempat sebab masa tu keadaan agak sesak dan tak boleh berlama-lamaan (jammed)
sebaik saja melangkah masuk CH. kawasan dia tak lah besar mana pun tapi disebabkan rumah yang dibina ni bertingkat-tingkat, so kita akan rasa ia sangat besar untuk dijelajah.
korang rasa, ni akar2 pokok or tiang-tiang rumah?
anies tak tahu nak describe macam mana keadaan atau ciri-ciri CH ni. nak kata macam rumah berhantu pun tak, nak kata unik pun tak sebab macam2 bentuk/design sebab ia tak stick pada satu identiti... yang pasti, tangga dan pintu memang banyak...
ni snap dari pintu je. tak boleh masuk... salah satu ruang / bilik yang ada dalam CH.
mungkin ni salah satu bilik tidur yang ada kat CH...
macam ni lah keadaan rumahnya. bersambung-sambung, bertingkek tingkek... laluan pulak sempit kemain... salah langkah memang boleh tergolek ke bawah. curam pulak tu...
tak sempat anies nak baca info lanjut fasal rumah ni. so assumption berdasarkan pandangan dan pendapat sendiri je...
kedai souvenir ada kat dalam rumah ni. sayangnya, souvenir dia 'menyedihkan'....
salah satu tangga yang ada. berani ke idok kome nak naik ke atas tu?
jom kita masuk bawah laut pula hahaha... ni antara ruang dalam CH yang jadi tumpuan sebab didekorasi berinspirasikan alam di bawah laut... kreatif betul!
atas bawah kiri kanan depan belakang penuh dengan lukisan dan ukiran / arca. so seolah-olah macam korang berada kat bawah laut. memang cantik. lepas tu siap pasang air cond.
anies sempat terjah belakang CH. ada construction. kalau tengok, diorang macam nak tambah lagi 'kegilaan' kat rumah ni....
cari kedai kopi...
mak cik anies teringin nak minum kopi so dia order latte... memang sedap. kopi Vietnam kan...
moh ler posing sekeping dua sebagai tanda kenangan kat CH ni...
maaf ya kawan2. anies tak dapat nak menyempurnakan BW. bukan tak sudi or malas, tapi tuntutan kerja hakiki yang terlampau banyak sampai nak muntah dibuatnya. ni pun auto published... insya Allah anies akan cuba BW satu persatu kalau berkesempatan. terima kasih banyak2 atas komen yang diberi...
thanks 4 reading
daaaa