Đà Lạt, Vietnam: Crazy House
1:57 pm
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas lunch dan solat jamak, bas yang kami naiki menuju ke suatu tempat. belum panas punggung, tup tup bas dah sampai di destinasi.
bila tengok kiri kanan, ada orang menjual macam2 barang. suasana kat sini kelihatan sibuk bukan sahaja dengan orang ramai tetapi juga dengan deretan kenderaan.
sebenarnya lokasi Crazy House (CH) ni terletak di celah-celah lorong. jadi korang bayangkan jelah macam mana kalau semua kenderaan berada kat satu sempat? for sure jammed teruk kan? haaa... macam tulah situasi yang kami hadapi. baru nak turun bas, kenderaan belakang dah bunyi honk bertalu-talu.
since tiket masuk dah dibeli oleh Encik Yunos, jadi kami terus je masuk ke dalam. jujur cakap, sebelum ke sini anies tak sempat nak baca info fasal CH ni. tapi apa yang boleh anies simpulkan rumah ni dan idea pembinaannya memang menakjubkan.
mungkin plan asal tuan punya rumah, dia sekadar nak renovate untuk tujuan suka-suka. tapi siapa sangka dari suka-suka tu, rumahnya kini jadi salah satu lokasi wajib lawat bila dah sampai Da Lat.
anies tak nak bercerita lanjut fasal CH ni. korang boleh Google je. dan ni, sebahagian gambar yang sempat anies snap...
ticket counter and main entrance sebelah kanan... anies snap gambar ni masa nak balik. nak snap kawasan luar CH ni tak sempat sebab masa tu keadaan agak sesak dan tak boleh berlama-lamaan (jammed)
sebaik saja melangkah masuk CH. kawasan dia tak lah besar mana pun tapi disebabkan rumah yang dibina ni bertingkat-tingkat, so kita akan rasa ia sangat besar untuk dijelajah.
korang rasa, ni akar2 pokok or tiang-tiang rumah?
anies tak tahu nak describe macam mana keadaan atau ciri-ciri CH ni. nak kata macam rumah berhantu pun tak, nak kata unik pun tak sebab macam2 bentuk/design sebab ia tak stick pada satu identiti... yang pasti, tangga dan pintu memang banyak...
ni snap dari pintu je. tak boleh masuk... salah satu ruang / bilik yang ada dalam CH.
mungkin ni salah satu bilik tidur yang ada kat CH...
macam ni lah keadaan rumahnya. bersambung-sambung, bertingkek tingkek... laluan pulak sempit kemain... salah langkah memang boleh tergolek ke bawah. curam pulak tu...
tak sempat anies nak baca info lanjut fasal rumah ni. so assumption berdasarkan pandangan dan pendapat sendiri je...
kedai souvenir ada kat dalam rumah ni. sayangnya, souvenir dia 'menyedihkan'....
salah satu tangga yang ada. berani ke idok kome nak naik ke atas tu?
jom kita masuk bawah laut pula hahaha... ni antara ruang dalam CH yang jadi tumpuan sebab didekorasi berinspirasikan alam di bawah laut... kreatif betul!
atas bawah kiri kanan depan belakang penuh dengan lukisan dan ukiran / arca. so seolah-olah macam korang berada kat bawah laut. memang cantik. lepas tu siap pasang air cond.
anies sempat terjah belakang CH. ada construction. kalau tengok, diorang macam nak tambah lagi 'kegilaan' kat rumah ni....
cari kedai kopi...
mak cik anies teringin nak minum kopi so dia order latte... memang sedap. kopi Vietnam kan...
moh ler posing sekeping dua sebagai tanda kenangan kat CH ni...
maaf ya kawan2. anies tak dapat nak menyempurnakan BW. bukan tak sudi or malas, tapi tuntutan kerja hakiki yang terlampau banyak sampai nak muntah dibuatnya. ni pun auto published... insya Allah anies akan cuba BW satu persatu kalau berkesempatan. terima kasih banyak2 atas komen yang diberi...
thanks 4 reading
daaaa
56 Words of Lo♥e
Wahh uniknya tempat ni!! hehe paling penting gambar last tu awesome ;) ;)
ReplyDeletehaip!!! hahahaha
Deleteİnteresting places 😊 thanks for your sharing 😊
ReplyDeleteu r welcome ;-)
DeleteSesuai panggil rumah pelik dan unik. Macam bukan untuk tempat tinggal.
ReplyDeletebetul tu hehehe
Deletewah penginapan nya unik sekali kak, artistik...
ReplyDeletetidak dinafikan ;-)
Deletewah bestnya kali ini anies dapat pergi vietnam :D ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletealhamdulillah ;-)
DeleteBentuk crazy house ini tampak unik dan berbeda
ReplyDeleteya mas, tapi tak boleh dijadikan kediaman untuk tinggal selamanya hahaha
Deleteiya kak, karna cuma uuntuk tempat wisata saja haha
Deletekalau jadi kediaman, rasanya tiada siapa mahu membelinya untuk dijadikan tempat tinggal ;-)
DeleteSo tuan rumah tidur kat mana kalau ramai sangat guest datang cenggini? Haha..berapala habis nak siapkan rumah ni. Dah macam MAPS lak..
ReplyDeleteParece un genial paseo me alegro que te hayas divertido
ReplyDeletegracias JP ;-)
Deletebanyak macam creativity untuk membuat ohsome destination
ReplyDeleteTempatnya sangat indah sekali ya
ReplyDeleteApalagi itu dalam kamarnya bersih sekali
Saya ingin pesan kopinya ah
Wow crazy house! saya tak melihat artikel post lain selain satu ini...mana yang lain lainya
ReplyDeleteAjerr... unique betul designnya... agak rare... No wonder, tempat nie jadi satu destinasi wajib kunjung...
ReplyDeleteOh My God... Vietnam Crazy House ini keren sekali, instagramable gitu, pengen deh foto-foto di sana untuk ngisi feed.
ReplyDeleteMemang terserlah sungguh 'kegilaan' rumah tu, tengok gambaq2 saja pun dah boleh rasa pening 😆
ReplyDeletecantik sungguh tempat ini..
ReplyDeleteteringin juga nak pergi
yg kaki IG mmg wajib dtg sini
DeleteGreat post dear!Photos are amazing !
ReplyDeletethank you elena ;-)
Deletethankx jenguk2 komen2 blog wak tuuuh., hehe
ReplyDeletewak x penah smpi vietnam nih.,
ada rezeki nnt pergilah wak insya allah
Deletesuka sgt pergi dalat
ReplyDeletesejuk je..
kannn sejuk time mlm tu yg best
Deletemacam rumah ala ala fantasi kan ;)
ReplyDeleteunik ... sesuai untuk dijadikan filem haaa gitew
ReplyDeletemmg pun tp tkt tersadung je heheheh
DeleteIni sih lebih ekstrem dari rumah hantu, kalau ga kuat bisa gila beneran hehe..
ReplyDeleteyang pasti baik rumah hantu atu rumah ini tidak boleh dijadikan tempat tinggal ;-)
DeleteMacam2 yg baru di Dalat ni best nya..
ReplyDeleteya... bila dah semakin dikenali....
DeleteTempatnya instagramable, jadinya bisa sekalian liburan
ReplyDeletekapan kak anies update lagi nih hehe
ReplyDeleteinsya allah tengah berusaha ni ;-)
DeleteKak.. templatenya bisa di modif lagi nih hehe. Bisa belajar lewat blogku "sarang koding"
ReplyDeleteCrazy and scary house!
ReplyDeletebut not scary at all hehehe
DeletePelik tapi unik.. klu jln2 ke sini silap2 boleh pening juga kepala tngok rekaan2 pelik mcm tu hehee :D
ReplyDeletekalau dtg waktu mlm boleh sesat kot hehehe
Deletepergh!! memang gila struktur dia.. berpinar biji mata menengoknya.. kreatif melampau..
ReplyDeletetu laa... yg sy x tahan laluan tangga dia yang sempit kesian mereka yg datang bertongkat
DeleteMenarik.. mam.suka.trmlpat mcm.ni
ReplyDeleteada rezeki nanti bolehlah datang ke sini insya allah ;-)
DeleteTienes razon mi amiga ;-)
ReplyDeleteLain macam betul rupa tangga tu. .
ReplyDeletewahhh that is so cool
ReplyDeleteUnik giler binaan crazy house ni. comel pun ada. Seronoklah brgambar kalau dah sampai sini.
ReplyDeleteNampak sangat2 menarik. Jenuh selpie ni
ReplyDeleteMmg crazy renovationnnya dan dah jadi tempat daya tarikan dah. hihi. Banyak juga tempat menarik di Da Lat nie ya kak. huhu
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆