✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
jujur cakap, kalau anies buat solo trip... rasanya memang takkan jejak bumi Arashiyama ni. kenapa? sebab overrated dan sebenarnya ada tempat yang lebih baik daripada Arashiyama ni. kat mana tu? tu nanti anies cerita.
tapi disebabkan farah dan nora teringin sangat nak ke sini dan memenuhi hasrat untuk pakai kimono (tak jadi nak pakai kimono kat Gunung Fuji), jadi anies ikut jelah keinginan diorang tu.
so, sebelum ke hutan buluh kami ke singgah dulu kedai sewa kimono. kedai ni farah yang cari. so anies pun follow sampai laa jumpa kedai ni.
agak jauh jugalah jaraknya dari stesen. pusing punya pusing... akhirnya jumpa juga. lokasinya memang agak jauh dari hotspot area.
bila dah jumpa kedainya, kami pun masuk. masa tu cuma ada seorang je pelanggan. jadi tanpa berlengah, staf pun suruh cari warna dan corak pilihan.
selesai pilih, kami naik ke tingkat atas untuk tukar baju dan juga bersiap untuk dipakaikan kimono. bila tengok diorang pakaikan kimono, barulah anies faham kenapa budaya ni sangat dipelihara oleh masyarakat Jepun.
bukan mudah ya nak pakai kimono ni kalau tak ada yang bantu. kerja-kerja nak kemaskan lipatan dan pakaikan obi bukan mudah. tapi disebabkan diorang dah mahir, zip zap zup zap... dah siap!
oh ya, FYI kedai ni pernah disinggahi krew Projek Bapak-Bapak tau! fotonya ada kat bawah👇
ni laa kedainya... tipikal rumah kampung Jepun yang dijadikan kedai...
ada harga sewa kimono kat situ...
depan kedai...
deretan bunga depan kedai...
ni laa buktinya yang kru Projek Bapak-Bapak pernah singgah sini! uncle Roy, Dato Jalal dan Tok Ram😁
deretan kimono untuk dipilih. corak memang cantik. warna pun best best. rambang nak pilih!
deretan obi (tali pinggang), beg, kipas dan lain-lain aksesori tambahan untuk dipakai bersama kimono.
ni dalam bilik persalinan. kat sini ada hair accessories, mekap artis dan hair stylist untuk mereka yang nak add on selain pakai kimono semata. untuk gambar masa pakai kimono, maaf laa ya tak boleh share. aurat oii!😂
pakai kimono wajib ada 'terompah' ni. oh ya... sebelum pakai kimono kena pakai stoking dulu, ya. kalau tak memang susah nak bongkok sebab obi besar. dan stoking boleh simpan bawa balik 🇲🇾😂😂
well... tu je laa ceritanya! nak tengok kami pakai kimono dan siapa bakal jadi 'geisha'... tunggu cerita selanjutnya minggu depan ya!
thanks for reading!
selamat hari kebangsaan yang ke-67!🫰🇲🇾 31 Ogos 2024