Kyoto, Jepun: sewa kimono @ Gion Nishiki, Arashiyama

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

jujur cakap, kalau anies buat solo trip... rasanya memang takkan jejak bumi Arashiyama ni. kenapa? sebab overrated dan sebenarnya ada tempat yang lebih baik daripada Arashiyama ni. kat mana tu? tu nanti anies cerita.

tapi disebabkan farah dan nora teringin sangat nak ke sini dan memenuhi hasrat untuk pakai kimono (tak jadi nak pakai kimono kat Gunung Fuji), jadi anies ikut jelah keinginan diorang tu.

so, sebelum ke hutan buluh kami ke singgah dulu kedai sewa kimono. kedai ni farah yang cari. so anies pun follow sampai laa jumpa kedai ni.

agak jauh jugalah jaraknya dari stesen. pusing punya pusing... akhirnya jumpa juga. lokasinya memang agak jauh dari hotspot area. 

bila dah jumpa kedainya, kami pun masuk. masa tu cuma ada seorang je pelanggan. jadi tanpa berlengah, staf pun suruh cari warna dan corak pilihan.

selesai pilih, kami naik ke tingkat atas untuk tukar baju dan juga bersiap untuk dipakaikan kimono. bila tengok diorang pakaikan kimono, barulah anies faham kenapa budaya ni sangat dipelihara oleh masyarakat Jepun.

bukan mudah ya nak pakai kimono ni kalau tak ada yang bantu. kerja-kerja nak kemaskan lipatan dan pakaikan obi bukan mudah. tapi disebabkan diorang dah mahir, zip zap zup zap... dah siap!

oh ya, FYI kedai ni pernah disinggahi krew Projek Bapak-Bapak tau! fotonya ada kat bawah👇 


ni laa kedainya... tipikal rumah kampung Jepun yang dijadikan kedai...

ada harga sewa kimono kat situ...

depan kedai...

deretan bunga depan kedai...

ni laa buktinya yang kru Projek Bapak-Bapak pernah singgah sini! uncle Roy, Dato Jalal dan Tok Ram😁

deretan kimono untuk dipilih. corak memang cantik. warna pun best best. rambang nak pilih!

deretan obi (tali pinggang), beg, kipas dan lain-lain aksesori tambahan untuk dipakai bersama kimono.

ni dalam bilik persalinan. kat sini ada hair accessories, mekap artis dan hair stylist untuk mereka yang nak add on selain pakai kimono semata. untuk gambar masa pakai kimono, maaf laa ya tak boleh share. aurat oii!😂

pakai kimono wajib ada 'terompah' ni. oh ya... sebelum pakai kimono kena pakai stoking dulu, ya. kalau tak memang susah nak bongkok sebab obi besar. dan stoking boleh simpan bawa balik 🇲🇾😂😂


well... tu je laa ceritanya! nak tengok kami pakai kimono dan siapa bakal jadi 'geisha'... tunggu cerita selanjutnya minggu depan ya!

thanks for reading!

selamat hari kebangsaan yang ke-67!🫰🇲🇾 31 Ogos 2024

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

25 Words of Lo♥e

  1. Pakai kimono ni macam berlapis kan? Lepas tu bila nak jalan tak boleh langkah besar2. Langkah kecik2 je. Macam ala ala kita pakai baju kurung tapi yang ni langkahnya lebih kecik kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selapis je. yg berlapis2 tu kalau ada majlis mcm majlis kahwin... dia x ketat sbnr nya. ms lipat tu ia ikut lebar punggung kita.

      Delete
  2. Mana tuh foto pakai kimononya...sewanya mahal gak, make up-nya putih tak kayak wanita Jepang yang biasanya pakai kimono 😁....selamat hari kemerdekaan ...semakin jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next entry sy share
      boleh tahan juga laa mahalnya

      Delete
  3. Tak share posing gambar berkimono ke?

    ReplyDelete
  4. Okay, ditunggu cerita dan foto dengan busana kimononya!
    Selamat Hari Kebangsaan ke-67 🎉🎉🎉

    ReplyDelete
  5. Me gustan los kimonos. Te mando un beso

    ReplyDelete
  6. teringin nak ke Jepun. belum berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  7. kenapa harga sewa kimono lelaki lagi mahal dri perempuan ye kalau tgok gambar tu? sampai 2900++ yen :O saya ingat perempuan punya macam lagi complicated nak pakai kan?

    ReplyDelete
  8. Uncle baru tau ada show nama projek bapak2... huhuhuu

    ReplyDelete
  9. Walau rumah kampung yg dijadikan kedai tapi still nampak hebat, lawa, unik huhuu.. betul budaya yg diperlihara oleh masyarakat jepun.. btw korang tempek bedak tebal jugak ke hihiiii

    ReplyDelete
  10. Happy Merdeka Day! Dah pakai kimono sekali dengan terompah mesti kena jalan kepit-kepit… 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk nmpk cm geisha kena laa jln terkepit2 🤣

      Delete
  11. pi jepun wajib la ada pki kimono tanda hadir...tp kalo pi bukit tinggi-japanese park ada juga depa sewakan kimono

    ReplyDelete
  12. Tak pernah ada experience pakai kimono...mesti best kan...sesekali pi Jepun elok cuba semua..

    ReplyDelete
  13. Saya rasa macam saya ada komen kt sini haritu, tpi komen saya maybe tak terpublish kott. Tkpela saya komen balik 🤣
    Harga sewa baju kimono lelaki tu mmng lagi mahal dri perempuan ke? Sebab rasanya dri terms of corak cantik dan leceh nk bersiap tu kimono perempuan mcm lagi susah kan? Tertanya-tanya pulak kenapa sewa kimono laki lagi mahal 🤣

    ReplyDelete
  14. Agreee kalo arashiyamanitu overrated. Makanya saya tak kesana juga saat ke Kyoto.

    Kami rental kimono di salah satu mall saja, lalu shopping di Kyoto 🤣.tak nak ke hutan bambu.

    Saya pun JD tahu kalo kimono memang tak mudah pakainya. Berat jga kain mereka kan. Salut lah yg sering pakai ini 😄. Tak bisa sendiri pakainya

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆