Kehadiran Ustaz Fauzi Mustafa ke AM merupakan salah satu acara yang direncanakan oleh PPZ (Pusat Pungutan Zakat).
sebagai duta PPZ, beliau telah diamanahkan untuk menyampaikan tazkirah terutama hal2 yang berkaitan dengan harta dan pengurusannya.
tak kenal ustaz Fauzi?
beliau ialah salah seorang MC untuk rancangan Al-Kulliyyah di TV3.
err... dia masih MC lagi ke? (dah lama tak tengok rancangan ni sebenarnya ;-)
antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh beliau adalah:
- harta menjadi lebih berkat jika diperoleh menerusi saluran yang halal.
- harta menjadi lebih diberkati sekiranya dikongsi terutama dengan ibu bapa, isteri, anak-anak, etc.
- harta menjadi lebih diredai sekiranya kita tidak lupa untuk bersyukur kepada-Nya.
- harta bukan sahaja merangkumi wang ringgit serta hal-hal keduniaan tetapi juga apa yang ada pada tubuh badan kita sendiri.
- keberkatan sesuatu harta itu boleh dilihat menerusi ketenangan hidup yang kita jalani setiap hari meskipun pendapatan / gaji yang diperoleh adalah 'cukup-cukup makan.'
- sucikanlah hartamu dengan berzakat. keengganan menunaikan zakat ibarat bersedia untuk membiarkan tempat berteduh runtuh kerana salah satu tiangnya (Rukun Islam) adalah zakat.
wallahu 'alam.