✿...السلام عليكم✿
Bila sebut billionaire, pasti sudah terbayang di fikiran kita bahawa individu tersebut seorang yang mempunyai harta yang banyak, empayar perniagaan yang besar, rumah agam, kereta berderet, jet peribadi dan memiliki $$$$ yang, jika dimakan / digunakan... sampai 7 keturunan pun belum tentu habis. Tanyalah kepada sesiapa pun, tiada yang tidak mengangkat tangan untuk menjadi seorang billionaire.
Tetapi, macam mana caranya? Boleh ke orang yang biasa-biasa ni jadi seorang billionaire? Boleh! Siapa kata tak boleh?
Tengok saja billionaire yang ada hari ni! Mereka lahir sama macam kita. Ada sebahagian tu, dilahirkan dalam keluarga miskin. Tapi, macam mana mereka boleh jadi billionaire? Mmm... Sudah tentu, satu daripada 'saluran' yang mereka gunakan adalah dengan berniaga.
Bagi anda yang memiliki bisnes sendiri, anda mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap kelancaran keseluruhan operasi bisnes. Percaya atau tidak, semakin banyak anda memberi semakin cepat dan mudah anda mencapai segala impian-impian anda?
Tetapi, macam mana caranya? Boleh ke orang yang biasa-biasa ni jadi seorang billionaire? Boleh! Siapa kata tak boleh?
Tengok saja billionaire yang ada hari ni! Mereka lahir sama macam kita. Ada sebahagian tu, dilahirkan dalam keluarga miskin. Tapi, macam mana mereka boleh jadi billionaire? Mmm... Sudah tentu, satu daripada 'saluran' yang mereka gunakan adalah dengan berniaga.
Bagi anda yang memiliki bisnes sendiri, anda mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap kelancaran keseluruhan operasi bisnes. Percaya atau tidak, semakin banyak anda memberi semakin cepat dan mudah anda mencapai segala impian-impian anda?
Tapi masih ada golongan di luar sana yang tidak yakin dengan idea ini. Malah, kebanyakan ahli bisnes masih hidup dikelilingi mitos atau kepercayaan ‘miskin’ sepanjang hidup mereka.
Sebenarnya, mitos ini tidak betul sama sekali.
Di sini saya ingin berkongsi 10 sebab kenapa kita perlu memberi dan menyumbang dalam kehidupan agar kita mampu menjadi seorang BILLIONAIRE DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. Insya-Allah, segala rujukan ini adalah berpandukan daripada Al-Quran dan Hadis.
Ciri-Ciri Orang Yang Beriman Dan Bertakwa
“Kitab Al-Quran ini, tiada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang (hendak) bertakwa. Iaitu orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Al-Baqarah: 2-3)
Siapalah kita untuk mendakwa rezeki yang kita miliki hari ini milik kita. Semuanya adalah milik Dia. Dia tidak mahukan rezeki kita, tapi Dia hanya mahu kita belanjakan untuk jalan-Nya. Moga semakin kita belanja, makin kuat keimanan dan ketakwaan kita.
Cita-Cita Orang Mati Dan Ingin Kembali Ke Dunia
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajalnya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi sebahagian daripada orang yang soleh.” (Al-Munafiqun: 10)
Ya Allah, orang yang mati meminta untuk kembali ke dunia untuk bersedekah. Kenapa kita yang masih hidup ini tak mahu bersedekah? Astagfirullahal 'Azim.
Sedekah Menyucikan Hati
“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (At-Taubah: 103)
Saya bukanlah pakar untuk menghukum setiap hati manusia sama ada akhlaknya baik atau buruk. Tapi saya pasti bagi mereka yang merasakan akhlak tidak berapa baik, suka fitnah sana sini, tiada sehari pun hidup melainkan untuk mengeji manusia lain, saya cadangkan supaya anda bersedekah. Insya-Allah, saya yakin dengan ayat ini, masing-masing boleh experience bagaimana dengan bersedekah, ia menyucikan hati. Hanya diri kita sahaja yang tahu akhlak kita baik atau buruk. Betul ke, tak betul?
Mendapat Payungan Di Hari Yang Tiada Payungan Kecuali Payungan-Nya
Ketika di akhirat, matahari akan berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing kepanasan sementara menunggu setiap amalan untuk dihisab. Tapi ada 7 kelompok manusia yang mendapat lindungan dan teduhan daripada Allah SWT. Antaranya, mereka yang bersedekah dengan tangan kanan, tetapi menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui.
Saya yakin anda pernah membaca hadis lengkap tentang perkara ini. Tapi bersedekah adalah antara perkara yang sangat mudah untuk dibuat oleh semua. Bagaimana nak buat supaya tidak ingat-ingat atau berkira bila bersedekah? Sedekah (dalam jumlah yang) banyak-banyak. Insya-Allah, anda tak akan ingat berapa banyak yang telah anda sumbangkan.
Sedekah Menghindari Daripada Bala Dan Bencana
“Apakah kemudaratannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepada mereka? Dan adalah Allah Maha Mengetahui keadaan mereka.” (An-Nisa' : 9)
Bala dan bencana merupakan kemudaratan kepada manusia. Sebagai hamba-Nya yang daif, kita memang tidak mampu untuk menggunakan kudrat sebagai manusia untuk menolak kemudaratan atau apa sahaja malapetaka yang menimpa. Akan tetapi, Allah yang Maha Pengasih itu mengatur sesuatu aturan yang terbaik untuk hamba-Nya. Melalui sedekah, Insya-Allah, kita yakin pada kalamullah, malapetaka akan dapat dielakkan. Terlalu banyak hadis dan athar daripada sahabat tentang sedekah boleh menolak bala. Ketahuilah, sekalipun seseorang itu banyak dosanya dengan tuhannya, sedekah mampu menjadi penyebab turunnya rahmat Allah SWT dan tertolaknya bencana Allah SWT.
Penyebab Untuk Menambah Harta
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Saba: 39)
Hanya kuasa Allah sahaja yang mampu memewah dan menyempitkan sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-Nya. Namun Dia langsung tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Maka diberikan rezeki untuk setiap hamba-Nya. Dan Dia juga mahu tambahkan lagi rezeki tersebut, tapi dengan syarat hamba-Nya itu menderma. Bukan saya yang cakap, tapi ini kata Allah sendiri. Makin bersyukur, makin ditambah. Tapi kalau kufur, pedih azabnya wahai sahabat.
Mendapat Kasih Sayang Allah SWT
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sedekah yang sembunyi dapat memadamkan kemarahan Tuhan.”
Memang tidak dinafikan, apabila seseorang itu menggembirakan makhluk-Nya yang lain, bukankah dia juga layak untuk mendapat kasih sayang daripada Penciptanya? Maka tidak perlu hairan kenapa sedekah mampu untuk menidakkan kemarahan Allah. Dalam masa yang sama, bersedekahlah dengan seikhlas hati, agar semuanya diberkati.
Penyembuh Penyakit
Rasulullah SAW bersabda, “Sembuhkan penyakit kalian dengan bersedekah.”
Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Ibnu Mubarak dan mengadu bahawa sudah 7 tahun dia menderita mengalami kesakitan di lututnya. Sesungguhnya dia telah mencuba pelbagai rawatan dan ubatan namun tiada satu pun yang berjaya dan berhasil. Tabib-tabib juga sudah tidak bermanfaat lagi baginya. Maka Ibnu Mubarak berkata padanya, “Pergilah kamu mencari kawasan yang manusia perlukan air, aku berharap penyakitmu akan beransur pulih.” Maka lelaki tersebut mengikut akan nasihat itu dan dia sembuh!
Mendapat Perhatian Daripada Malaikat
Setiap pagi, akan datang dua malaikat yang mendoakan kita.
“Doa Malaikat setiap pagi ialah: Ya Allah, Engkau berikanlah kepada penyumbang itu gantian, dan Engkau berikanlah kepada orang yang kedekut itu kemusnahan.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Alangkah istimewanya kehidupan para penyumbang. Mendapat doa yang bagus daripada malaikat yang merupakan makhluk yang sentiasa bersama Allah SWT. Tapi ingat, orang yang bakhil pun ada doanya. Moga harta kita tidak dimusnahkan oleh Allah SWT disebabkan kebakhilan kita.
Ketenteraman Hati
“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." (Al-Baqarah: 268)
Ramai yang takut miskin bila bersedekah. Tahukah anda yang menakutkan kita tentang kemiskinan itu adalah syaitan? Lebih keji daripada itu, selain melarang manusia bersedekah, mengajak pula ke arah kejahatan dan menjadi seorang yang bakhil. Ingatlah, ketenteraman hati itu apabila kita sentiasa mengingati Allah SWT.
sumber: diubahsuai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman