✿...السلام عليكم✿
Sinopsis
gabungan watak2 serta sedikit elemen
daripada cerita dongeng seperti
Cinderella, Little Red Riding Hood,
Rapunzel, Jack and The Beanstalk;
filem berbentuk muzikal ini (macam
filem Magika) mengenengahkan
konsep 'suasana di dalam hutan'
sebagai main background.
kisah sepasang suami isteri
yang memiliki kedai roti dan tidak
dikurniakan anak menjadi tunjang
cerita sebaik sahaja mereka mendapat
tahu bahawa sebenarnya si suami
telah terkena sumpahan ahli sihir
yang menyebabkan dia mandul.
untuk menghapuskan sumpahan itu,
ahli sihir berpesan kepada pasangan
suami isteri tersebut bahawa mereka
harus mencari 4 perkara (yang dianggap
mustahil) dalam tempoh 3 hari.
jika gagal, mereka akan kekal dan
hidup dengan sumpahan tersebut.
4 perkara tersebut adalah seekor
lembu berwarna putih susu,
matel berwarna merah, rambut
seperti bulu jagung dan sepatu
berwarna emas. dapatkah mereka
mencari barang2 tersebut di dalam
hutan yang aneh itu? adakah sumpahan
itu akan berakhir atau terus menghantui
mereka?
my review
sebaik sahaja mukadimah filem ini
dimainkan dengan satu nyanyian,
anies dah dapat agak bahawa filem
ini adalah filem muzikal. so, meter
excited untuk tengok filem ni
merudum sedikit. tapi bila satu demi
satu watak dikupas, tetiba rasa macam
nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya
yang terjadi apabila keempat2 watak
daripada cerita dongeng terkenal ini
bergabung dengan watak utama
(pasangan suami isteri).
overall, jalan ceritanya teratur dan
mudah difahami walaupun setiap
10 minit, akan ada nyanyian (dah
nama pun filem muzikal). cuma
yang kecewanya, 15 minit terakhir,
entah macam mana anies boleh terlelap
(sampai bermimpi tuu...). mungkin
sebab terlalu banyak dialog sampai
jadi bosan nak tunggu pengakhiran
cerita. diklasifikasikan sebagai P13,
filem ini sesuai untuk bersantai dan
me'rileks'kan kepala yang serabut.
untuk filem ni, daripada 5*, anies beri 3*.
terima kasih banyak2 kepada pihak Nuffnang yang sudi menjemput anies ke #NNPremiereScreening #IntoTheWoods ni. FYI, pada asalnya #NNPremiereScreening ni berlangsung kat NU Sentral on Monday (12/1/15). tapi disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, maka tayangan perdana ni berpindah ke GSC 1Utama. so, with all the inconvenience caused, GSC dengan murah hatinya memberi sepasang tiket baucer, 2 kotak popcorn dan 2 botol air mineral. and Nuffnang pulak beri cenderamata stick note #IntoTheWood. suka suka suka! tapi kalau datang awal semalam, dapat beg #IntoTheWood lagi best...
nampak je kecik tapi jenuh nak menghabiskannya!
dikesempatan ni, anies nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada blogger Nurashikin ZA a.k.a NAZECK, Salbiah M dan Amanina Mads di atas hadiah2 ni. top komentator katanya... so apa lagi? jom terjah blog depa!
jarang berblog lately. ada beberapa perkara harus di settle kan...
✿...السلام عليكم✿
Sinopsis
masih berkisar tentang Bryan Mills
(Liam Neeson) di mana dalam sekual
terakhir ini, beliau dituduh kerana telah
membunuh bekas isterinya. demi
membuktikan bahawa dirinya tidak
bersalah, Mills; dengan bantuan
daripada rakan-rakannya cuba
menjejaki pembunuh sebenar.
pun begitu, tindakannya itu bukan
sahaja menyusahkan pihak berkuasa
serta membahayakan nyawanya, tetapi
juga mengheret anaknya, Kim yang
secara tidak langsung menjadi sasaran
pembunuh. setelah berhempas pulas,
akhirnya Mills berjaya menemui
pembunuh bekas isterinya, Oleg
Malankov; seorang businessman
yang berasal dari Rusia.
pun begitu, Malankov mendakwa sebenarnya
pembunuh bekas isteri Mills (Lenore)
bukan dirinya tetapi orang lain!
mendengarkan pengakuan itu,
Mills menjadi bertambah tertekan.
adakah Mills mempercayai kata2 Malankov?
jika benar, siapa sebenarnya yang membunuh
Lenore dan melarikan Kim? adakah pembunuh
sebenar ialah orang yang berada berdekatan
dengan mereka?
ulasan anies:
oleh kerana tak tengok Taken 1 dan 2,
so anies tak dapat nak menghuraikan
kaitan cerita ni dengan sekuel sebelum
ni. tapi dari segi keseluruhan persembahan,
jalan ceritanya teratur dan mudah difahami
meskipun anies tak berapa nak kenal
watak2 yang telah berlakon menerusi
sekuel terdahulu.
overall, cerita ni memang menarik
dan sentiasa membuatkan anda
tertunggu2, apa tindakan yang akan
diambil oleh Mills setelah cubaan
demi cubaan yang dilakukannya
kurang berjaya.
tapi filem ni agak kurang sesuai
untuk membawa anak2 menonton
bersama sebab banyak aksi ganas
dipertontonkan. tapi kalau setakat
nak rileks2 minda, filem ni... okey je...
daripada 5*, anies beri 3 1/2*
filem ini akan menemui penonton pada 8 Januari 2015 (hari ni la!)
terima kasih kepada pihak Nuffnang yang masih sudi menjemput anies ke #NNPremiereScreening ni. but it doesn't mean that i am anak emas Nuffnang ye, blogger Diana Rashid! ;-)
sebenarnya, banyak juga jemputan ke #NNPremiereScreening yang diterima sebelum ni. cuma anies je yang tak share kat blog ni... err... dalam bahasa Uganda keadaan ini dipanggil, malas.... ngeh ngeh ngeh...
first time datang ke Quill City Mall means first time juga laa tengok movie kat sini. syok ooo dapat benda2 baru ni... wangi je panggung dengan bau cat ;-)
moh ler kita intai2 apa yang ada kat Quill City Mall ni. tak banyak lagi kedai yang dibuka tapi jenuh jugak laa nak berjalan. ada 6 tingkat uuu... oh, ya! yang melengkung tu giant screen ya... kellassss...
'lengkungan' giant screen... nak ber selfie ke wefie ke... no hal laa...
suka sangat bila ada eskelator yang bersebelahan macam ni. tak macam sesetengah mall tu. eskelatornya 'terpisah'. so, kena berjalan sebatu baru boleh turun... grrr....
kat mana lokasi Quill City Mall ni? senang je... cari stesen Monorail Medan Tunku (Jalan Sultan Ismail) dan mall ni terletak 20 meter je dari stesen ni. mmm... tak tahu juga? tahu tak bangunan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) @ Kampung Baru? hah... mall ni terletak kat sebelah bangunan UniKL. harga parking, RM3 untuk 2 jam pertama. RM2 untuk jam seterusnya. tapi kalau datang on weekdays selepas pukul 5PM, parking adalah FOC! kalau datang on weekends, FREE PARKING bermula pukul 7PM.
blog tengah make up. so bertabah laa yek!