✿...السلام عليكم✿
Hari Raya pada tahun ini jatuh pada pertengahan bulan. Ia bukanlah sesuatu yang baru tapi bilamana kakitangan kerajaan diberitahu bahawa mereka bakal mendapat gaji lebih
awal, ianya bukanlah sesuatu ‘yang indah’
jika diteliti sedalamnya. Mengapa? Ini kerana, mereka harus menunggu sehingga 25 Ogos (+- 47 hari) untuk menerima gaji yang seterusnya. Sudah pasti ‘perjalanan’
untuk menuju ke tarikh 25 Ogos itu amatlah perit lagi mencabar.
Itu baru kakitangan kerajaan. Bagaimana pula dengan
kakitangan swasta? Adakah nasib mereka sama atau berlainan?
Apa2 pun nasib yang bakal dihadapi, berikut ada beberapa tip
yang baik (dan bagus) untuk dikongsi bagi menghadapi cabaran ‘pre’
dan 'post’ Hari Raya.
1.
bila ada duit, BERJIMATLAH. Kalau taka da duit,
lagi kena berjimat.
2.
Jangan MAIN dengan HUTANG apatah lagi dengan kad
kredit hanya semata2 mahu membeli kuih raya.
3.
Hidup bukan hanya untuk hari raya sahaja. Hari
raya tetap hari raya meskipun tiada barang baru.
4.
Buang-buangkanlah sifat SUKA MENUNJUK (RIYA’)
tu… sofa baru, langsir baru, perabot baru, bini baru…
lepas raya semuanya akan jadi ‘barang lama’.
5.
Bulan Ramadan dan Syawal adalah bulan untuk
MENGGANDAKAN AMALAN DAN PAHALA. Bukan bulan untuk menggandakan perbelanjaan.
6.
Berkunjung ke bazar Ramadan bila RASA PERLU
sahaja. Bimbang, bila beli banyak2, barang2 (makanan) tersebut end up di tong
sampah. tak pasal2 dah jadi BFF syaitan.
7.
Kita TIADA DUIT bukan kerana kita TIADA DUIT
tapi ramai yang TIADA DUIT disebabkan TIADA DISIPLIN dalam simpanan dan
perbelanjaan. Cuba fikir… jika apa yang kita buat sekarang
tidak mendatangkan hasil, mungkin sudah masanya untuk kita buat perkara lain?
8.
Tiada langsir baru pun boleh raya juga. Tiada
sport rim baru pun, boleh sampai ke kampung juga kan?
9.
Pakai baju raya tahun lepas tetap boleh dapat
pahala solat raya kan?
10. Ini
merupakan saat untuk kita BERJIMAT CERMAT walaupun kita fikir kita ada banyak
atau sikit duit. Jika mahu berbelanja, alangkah bagusnya jika anda belanja
untuk mereka yang susah. Beri mereka makan kerana pahala orang yang memberi
makan kepada golongan berpuasa tinggi ganjaran daripada-Nya.
Jadi, cuba fikirkan begini… adakah apa yang aku beli
ini merupakan aset atau sebaliknya?
Mak saya ada berpesan, duit bukan ‘lesen’
untuk kita membazir sebaliknya duit membuatkan kita sentiasa berfikir
bagaimana hendak membantu orang yang lebih susah daripada kita.
Semoga perkongsian ini menjadi peringatan buat anda dan
diri saya. Insya Allah…
Sumber: yang diubah suai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR MUFFIN! kini anda boleh mendapatkan muffin yang gebu, sedap dan enak! macam mana? klik je kat >>>>>>>>>>> SINI.