Nak raya, tapi tak ada duit?
12:06 pm
✿...السلام عليكم✿
Hari Raya pada tahun ini jatuh pada pertengahan bulan. Ia bukanlah sesuatu yang baru tapi bilamana kakitangan kerajaan diberitahu bahawa mereka bakal mendapat gaji lebih
awal, ianya bukanlah sesuatu ‘yang indah’
jika diteliti sedalamnya. Mengapa? Ini kerana, mereka harus menunggu sehingga 25 Ogos (+- 47 hari) untuk menerima gaji yang seterusnya. Sudah pasti ‘perjalanan’
untuk menuju ke tarikh 25 Ogos itu amatlah perit lagi mencabar.
Itu baru kakitangan kerajaan. Bagaimana pula dengan
kakitangan swasta? Adakah nasib mereka sama atau berlainan?
Apa2 pun nasib yang bakal dihadapi, berikut ada beberapa tip
yang baik (dan bagus) untuk dikongsi bagi menghadapi cabaran ‘pre’
dan 'post’ Hari Raya.
1.
bila ada duit, BERJIMATLAH. Kalau taka da duit,
lagi kena berjimat.
2.
Jangan MAIN dengan HUTANG apatah lagi dengan kad
kredit hanya semata2 mahu membeli kuih raya.
3.
Hidup bukan hanya untuk hari raya sahaja. Hari
raya tetap hari raya meskipun tiada barang baru.
4.
Buang-buangkanlah sifat SUKA MENUNJUK (RIYA’)
tu… sofa baru, langsir baru, perabot baru, bini baru…
lepas raya semuanya akan jadi ‘barang lama’.
5.
Bulan Ramadan dan Syawal adalah bulan untuk
MENGGANDAKAN AMALAN DAN PAHALA. Bukan bulan untuk menggandakan perbelanjaan.
6.
Berkunjung ke bazar Ramadan bila RASA PERLU
sahaja. Bimbang, bila beli banyak2, barang2 (makanan) tersebut end up di tong
sampah. tak pasal2 dah jadi BFF syaitan.
7.
Kita TIADA DUIT bukan kerana kita TIADA DUIT
tapi ramai yang TIADA DUIT disebabkan TIADA DISIPLIN dalam simpanan dan
perbelanjaan. Cuba fikir… jika apa yang kita buat sekarang
tidak mendatangkan hasil, mungkin sudah masanya untuk kita buat perkara lain?
8.
Tiada langsir baru pun boleh raya juga. Tiada
sport rim baru pun, boleh sampai ke kampung juga kan?
9.
Pakai baju raya tahun lepas tetap boleh dapat
pahala solat raya kan?
10. Ini
merupakan saat untuk kita BERJIMAT CERMAT walaupun kita fikir kita ada banyak
atau sikit duit. Jika mahu berbelanja, alangkah bagusnya jika anda belanja
untuk mereka yang susah. Beri mereka makan kerana pahala orang yang memberi
makan kepada golongan berpuasa tinggi ganjaran daripada-Nya.
Jadi, cuba fikirkan begini… adakah apa yang aku beli
ini merupakan aset atau sebaliknya?
Mak saya ada berpesan, duit bukan ‘lesen’
untuk kita membazir sebaliknya duit membuatkan kita sentiasa berfikir
bagaimana hendak membantu orang yang lebih susah daripada kita.
Semoga perkongsian ini menjadi peringatan buat anda dan
diri saya. Insya Allah…
Sumber: yang diubah suai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR MUFFIN! kini anda boleh mendapatkan muffin yang gebu, sedap dan enak! macam mana? klik je kat >>>>>>>>>>> SINI.
31 Words of Lo♥e
BETUL TU ANA SETUJU HIHIH :)
ReplyDeletegood entry..:)
ReplyDeletesetuju dengan no.7
ReplyDeletekebanyakan kita ni, kalau ada duit je, semua nak beli...
saya pun dulu macam tu jugak.. hehehe
bila duit tak ada baru nak termenung menyesal.. :)
Bila m'beli tu ukur baju dibadan sndri, sbnrnye klu pndi kwl p'belanjaan xjd mslh kot....
ReplyDeleteTak de duit susah, ada duit pun kdg2 susah hehee.. mmg skrng waktu apa yg org tua cakap.. "kena pandai berhalus". Kita mmg kena mula belajar mengurusan wang dgn sebaiknya.. kalau tak, makin lama bangsa lain makin ke depan & kita makin mundur.. takut dijajah kembali.. wallahualam..
ReplyDeleteBila berbelanja tu ukur la baju di badan sndri... Sebenarnya kan kalau pandai kawal diri& kawal duit, gaji lambat mane pun xjadi mslh kot anies tp jgnla sampai xdibayar gaji langsung.....
ReplyDeleteUntuk GA ni Cikna tag anies ye..
ReplyDeletehttp://cikna136.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html
Jom join, hadiah best tau syarat dia pun simple je....;-)
salam ramadan selamat berpuasa anies...sambut raya cara sederhana saja xsusahkan diri r sesiapa...
ReplyDeleteberjimat cermat la ye..lepas rya pon nk kna guna duit jugak
ReplyDeleteTerlebih duit pula bukan untuk belanja sakan, sepatutnya membantu yang kurang kemampuan... Kan Anies...
ReplyDeleteadoiii..takut bila mengenangkan lmbt lagi nnti..harap2 dpt berjimat cermat
ReplyDeletetime harga barang tengah naik ni la kita kena berjimat.
ReplyDeletenasib baik nina private.. dpt duit raya before raya..
ReplyDeletethn ni 1st time start bg duit raya. sampul tu syg nk guna :)
salam.. rindu kat awak.. awak sihat...
ReplyDeleterindu nak menulis tapi busy sangat sekarang nie...
bilalah kita boleh jumpa and borak2 lagi?
Nice piece of sharing dear...=D
ReplyDeleteterpaksa berpada² laa berbelanja.. :)
ReplyDeleteberbelanja seadanya..
ReplyDeletesalam ramadhan , hee ;p
ReplyDeleteSetuju sangat! Kita kena pandai2 jimat sendiri. Berbelanja dgn bijak, ikut keperluan bukan ikut trend dan nafsu :)
ReplyDeletebagi yg anak ramai mcm my kakak ni , perbelanjaan raya utk 6 org anak dr hujung rambut sampai hujung kaki , mmg x blh nak jimat . terpaksa rela juga berbelanja . mujurnya suami kakitangan swasta . jadi masa terima gaji x sama ...
ReplyDeleteSetuju sangat dgn Anies. Kini bukan lagi masa untuk bermewah. Bila raya semua nk baru. Cukuplah sekadar yg termsmpu..itu pun kalau mampu. Raya tetap berlalu..walau takde baju baru..
ReplyDeletemuhasabah diri kejap!
ReplyDeleteJemput join GA kad raya nina
ReplyDeleteAda gak bini baru untuk sambut raya yer. Hebat ler orang tu. Hehe...
ReplyDeleteNice tips Anies ^-^
Sangat setuju...
ReplyDeletejauhilah sikap..biar papa asal bergaya...uuhhhhh
betoi.. betoi.. akak melihat kita orang Islampun dah jadi macam orang lain menjadikan duit sebagai yang terpenting.. kita melihat materialistiktu sebagai penunjuk aras...
ReplyDeleteanyway perkongsian yang baik.. akak memang jarang bertukar langsir atau barang2 rumah.. yang adanipun tak tahu mana nak simpan... maalumler rumah kecik damit..
zaman skarang,..semua duit..
ReplyDeletecomelnya smapul ana muslim tu.. mana dapat??nak beli jugak....
Setuju... sekarang ni nak beli apa pun kena pikit berpuluh2 kali... beli hanya perlu... kena displin diri utk buat simpanan...
ReplyDeletehehehe.. yang bekerja krajaan mmg trasa sungguh kan..
ReplyDeletegap terlalu panjang.. dok tngk mak ayah pening jugak walaupun gaji tu bleh kata ckup dah.. tpi biasalah.. bila da gap panjang.. sesak gak..
tabahlaaaa wahai rakyat marhaen..
saya tengah berjimat cermat... hehehehe
ReplyDeletetiba masanya tukarkan duit raya.. huhu
ReplyDeleteharap2 lps raya nina xsesak nafas, sesakkan dompet
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆