✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dua minggu lepas, sebelum member bertolak balik ke Sungai Petani, kami singgah sini untuk makan tengah hari. sebenarnya member anies tu yang beria nak makan kat sini. sebelum datang, dia siap share video tempat-tempat makan viral @ KL😂
so, kita layankan je laa permintaan dia. lagi pun, lokasi restoran ni senang je nak cari. tambah pula, saiz kedai dah lebih besar & selesa berbanding sebelum ni yang cuma pasang payung je kat belakang lorong.
restoran ni ada buka cawangan kat SOGO. kalau korang shopping kat SOGO nanti, bolehlah singgah.
sesiapa yang nak kahwin lagi satu bolehlah datang ke sini cari jodoh😂😂lokasi restoran baru ni kat Jalan Berangan, Bukit Bintang. kalau nak senang, Google je. confirm jumpa jodoh😂
suasana dalam restoran... cara makan kat sini: beratur dulu untuk pilih lauk. then makan. dah habis makan, baru bayar kat kaunter. make sure korang kena jujur ya...
member anies pilih lauk ayam ros + acar + telur rebus. anies pula pilih daging masak hitam + acar + papadom. portion nasi sangat banyak. jenuh juga nak habiskan. kat gerai lama dulu, daging masak hitam ni cuma available hari tertentu je. sekarang kedai pun dah besar. so lauk daging masak hitam ni sentiasa ada. untuk minuman pula, sama macam kenduri kahwin dulu dulu. sirap sejuk is a must. kat sini pun sama. sirap ni free ya. nak refill banyak kali pun tak apa. kalau tak minum air sirap, boleh order minuman lain. untuk harga pula, anies tak sure sebab member belanja. tapi rasanya untuk makan 2 orang ni, sekitar RM20++ kot.
lauk daging masak hitam is well recommended. daging tak liat. kuah hitam pun sedap. pekana dengan acar lagi👍👍. daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies bagi ⭐⭐⭐1/2 untuk rating restoran ni.
well, kalu korang terjah Bukit Bintang, bolehlah singgah sini. ni tak! asyik asyik pergi makan kat Jalan Alor tu. kat sana banyak non halal lah! better kau makan kat sini. dah laa sedap. halal pula tu...
that's all for today
daa...