Kyoto, Jepun: 448 Yon Yon Hachi
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
keluar dari hutan buluh, kami terus ke Gion Nishiki; kedai sewa kimono tu. hanya farah dan nora je yang pergi. anies tunggu kat tepi sungai Katsura sampailah diorang kembali. kat situ ada public toilet dan tempat duduk. so, bila penat tengok sungai, kita tengok toilet pula😂😂
lama jugalah diorang tukar baju. bila dah selesai and jumpa semula, farah cakap diorang sesat. tak jumpa kedai. adoiii😂 patutlah lama bebenor...
dari tepi sungai Katsura, kami kembali semula ke stesen Saga-Arashiyama. tapi OTW ke sana, tiba-tiba ternampak logo halal 👇👇
kebetulan perut memang tengah lapar. apa lagi? kami terus masuk dan cari restoran tu (dalam bangunan tu ada beberapa kedai dan restoran)👇👇
bila masuk, kami terkejut sebab tak ada pelanggan. jadi tanpa berlengah kami terus buat pesanan melalui mesin pre order.
hampir 15 minit menunggu, loceng pun berbunyi menandakan burger kami dah siap. kami order menu sama sebab malas dah nak fikir banyak time tengah kebulur ni.
lepas tu kami terus ke stesen. OTW ke stesen farah singgah kedai nak beli air mineral. kebetulan ada kerusi meja kat situ. tak tunggu lama, masing-masing buka pembungkus dan terus ngap burger!
ni laa restorannya. sunyi je. bila kitorang datang barulah bising sikit sebab kami berborak memang tak hengat dunia😂
buat order kat. mesin ni terima duit tunai je ya! syukurlah duit tunai sentiasa ada sebab sebelum datang, kami dah maklum bukan semua kedai kat Jepun ni terima QR Code ke, wave ke, kad debit ke... diorang masih guna kaedah lama...
kami order yang ni. tu kira paling murah dah tu. yang lain-lain semua ¥2000 ke atas. haa... pepandai ler korang covert to RM ya!
buktinya...
ni laa burger nya. laa... kenapa tak sama macam dalam gambar? ah... malas nak fikir. perut lapar dah ni. komen fasal burger ni? walaupun tak ada sos tapi patty daging wagyu dia fuhhh... memang terbaik! rasa smoky tu tak ketara sangat tapi... memang sedaplah. tak tahu nak describe macam mana. kombinasi rasa masam dan manis pun ada. overall kami puas hati dan paling penting, kami boleh teruskan perjalanan dengan senang hati.
Isnin depan kita akan menyambut 2 perayaan serentak. Hari Malaysia dan Maulidur Rasul. kepada yang bercuti panjang, selamat bercuti.
jumpa lagi minggu depan.
daaa
22 Words of Lo♥e
Nampak sedap burger tu
ReplyDeletemmg sedap cuma x de sos je
DeletePelik kan, jepun tak mesra qr code?
ReplyDeletedlm bandar ya. luar bandar payah sikit. x tau kenapa
DeleteKenapa ejaan 'With' kat papan tanda mesin tu kedua-duanya 'Witth'?
ReplyDeleteBiasa lah burger. Nak jumpa yang sebijik macam iklan memang payah.
🤣🤣🤣jgn tanya
DeleteNasib baik dah prepare cash awal. Kat sana mostly order guna mesin juga kan. Kalau dah lapar memang tak fikir lain dah, nak ngap terus je. Jangan difikir sama ke tidak dalam banner tu.hihi...Cuti panjang le rakyat Malaysia minggu ni. Tambah lagi dengan cuti sekolah lagi.
ReplyDeletesbb mmg dah tahu kat sini masih guna cash. tu yg dah prepare siap2
Deletejammed melekat!
Best baca jalan-jalan Jepun ni. Selamat bercuti juga utk anies, apa plan cuti. Kami masih memikir nak habiskan cuti di mana.
ReplyDeletecuti hari tu blk kg je
DeleteI hope the meal was tasty :)
ReplyDeletesoo good!
DeleteTak usah convert kalo sedang traveling 🤣. Makanya saya selalu buat ITIN budget dengan mata uang negara yg akan divisit. JD tak payah convert. As long as msh masuk budget, hajar saja 🤣
ReplyDeleteYa Allah beda sangat tebalnya dengan foto yaa 😅. Memang selalu begitu kalo burger ini. Nasib baik patty beef nya sedap kan 😄
mmg tak convert fanny
Deletekalau tak nanti terus tak membeli🤣
Isi burgernya ke mana😁tapi lumayanlah,kalo lagi lapar..hajar aja..yg penting perut kenyang hehe
ReplyDeletejgn tanya mana isi burgernya🤣
Deleteburger halal sedap meyakinkan
ReplyDeletejanji kenyang kak
DeleteComelnya roti burger tu.. Berkilat haaa
ReplyDeleteroti dia pun sedap
DeleteKat jepun ni kalau harga bawah 2000¥ tu masih kira kategori murah. Padahal bila convert duit kita..... 😭
ReplyDeletenanges x berlagu🤣
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆