✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Walaupun ini trip berkumpulan / guna pakej, tapi anies berasakan patut untuk dikongsi sebab pada pandangan anies yang tak seberapa ni, Da Nang dan Hoi An ni tidak sama sekali macam Ho Chih Minh or Hanoi.
paling ketara, kat Da Nang dan Hoi An sukar nak dapat makanan / restoran halal. bukan tak ada langsung. restoran halal ada, tapi yang anies pernah terserempak... ada laa sebuah. itu pun restoran kat celah2 lorong mana ntah kat Da Nang.
dari segi pengangkutan, bas awam dan teksi memang banyak. tapi, kenalah berhati-hati kalau nak naik / guna lebih2 lagi kita ni orang luar. masalah communication (language barrier) pun satu hal. selain tu, anytime je kita boleh terdedah dengan penipuan / scammers. jangan ingat kat sini depa tak de ya. then, nak sewa kenderaan, not a big deal. sediakan fulus je😆😆😆 and get ready untuk memandu di sebelah kiri.
lain2 fasal Da Nang dan Hoi An... both places bersih dan menyenangkan. kedua2nya masih dalam fasa membangun. mungkin 10 tahun akan datang, Da Nang dan Hoi An dah setaraf Ho Chih Minh dan Hanoi kot...
waktu terbaik melawat Da Nang dan Hoi An? anytime except summer. yes, Vietnam adalah negara 4 musim. salji turun kat sana esp. di kawasan utara. kami datang musim panas. suhu mencecah 30 darjah Celcius.
oh, ya... ramai yang comment / tanya, adakah Da Nang dan Hoi An macam Ho Chih Minh dari segi membeli belah? sebenarnya tidak. tapi bukan tak ada langsung kedai kain ela. ada. namun jumlahnya tak serancak / sebanyak yang ada kat Ben Tahn tu.
oh ya sebelum terlupa, jual beli kat Da Nang tak boleh guna / terima duit RM ya... tak macam kat HCM. tak ada duit Dong or USD, ko boleh guna RM. kat sini, NO NO. (FYI blogger luar, orang Malaysia ni suka shopping kat Ho Chih Minh. bila tak ada / tak cukup duit Dong or USD, mereka guna RM. peniaga di sana sedia terima duit RM. tapi sekarang anies tak pasti. sebab currency sekarang tak berapa bagus)
ehhh... terpanjang laa pulak mukadimahnya. padahal nak share itinerary je.
p/s untuk hotel kat Da Nang dan Hoi An, anies akan share dalam entry akan datang.
day 1
💚berkumpul di KLIA 2 jam 7.15 am
💚berlepas jam 12.30 pm after 2 hours delayed😡
💚tiba di Da Nang Inter. Airport by 3.30 pm local time
💚heading to hotel, check in and solat
💚visit to Da Nang Museum of Champ Sculpture
💚lepak / selfie di Love Bridge / Dragon Bridge
💚dinner at hotel
💚free and easy
related entries: click HERE, HERE, HERE
day 2
💚breakfast at hotel
💚heading to Ba Na Hills. berada di sini kira2 5++ jam
💚back to hotel, lunch and solat
💚ke The Marble Mountain
💚singgah Marble Sculpture Gallery
💚bersiar-siar / ambil angin di My Khe Beach
💚dinner at hotel
💚shopping at Son Tra Night Market
💚free and easy
related entries: click HERE, HERE, HERE, HERE, HERE
day 3
💚breakfast at hotel
💚shopping at Han Market
💚lunch at hotel and check out
💚heading to Hoi An
💚check in hotel
💚free and easy (merayau2, cycling sekitar Hoi An)
💚diner at hotel, solat
💚bersiar-siar, shopping at Nguyen Hoang Night Market
💚free and easy
related entries: click HERE, HERE, HERE
day 4
💚breakfast at hotel
💚check out hotel
💚heading to Da Nang Inter. Airport
💚check in luggage (more than 1 hour due to technical problem)
💚berlepas pada jam 11.30 am local time
💚tiba KLIA 2 jam 2.30 pm local time
gigih mak noks nak snap gambar ni dari dalam bus sambil mendengar sokongan moral dari pak cik: "hah, cepat! angle ni okey!" "cepat snap! dah okey tu!" dan hasilnya.... ↑↑↑↑🤣🤣🤣🤣🤣
kami tiba awal. nampak macam lengang. tapi tak lama lepas tu, satu demi satu rombongan pelancong sampai. hingar bingar jugalah kawasan ni dibuatnya. kami terjumpa pasangan Cina Malaysia dari Sarawak, melancong bersama isteri. alasan dia datang ke Da Nang sebab dah tak ada tempat lain dia nak melancong lepas pencen, dah merata dunia dia pergi. see? lebih kurang sama je dengan group trip anies ni (geng pencen) 🤣🤣🤣🤣🤣
our Muslim tour guide sepanjang kami berada di Da Nang dan Hoi An - Encik Yunos (berbaju biru - kanan), merangkap ayah kepada Encik Rasyid. sebenarnya Encik Yunos bukan cover untuk Da Nang dan Hoi An saja, tapi seluruh Vietnam. kepada kawan2 nak melancong ke Vietnam dan nak guna khidmat tour guide Muslim, sila contact Encik Yunos ya. dia boleh berbahasa Melayu, tapi kurang fasih berbanding anaknya, Encik Rasyid (Encik Rasyid tinggal di Pulau Pinang dan akan pulang ke Vietnam bila ada kerja). ini nombor telefon Encik Yunos untuk dihubungi - +6019-4204201.
lepas hampir sejam beratur barulah dapat boarding pass. Alhamdulillah.... Malaysia... nasi lemak.... roti canai... boba tea... mu tunggu aku tau!!🤣🤣🤣
kopi paling mahal pernah anies beli. 3 gelas = USD27!!! pengsan mak noks! rempeyek + kuih suji kat belakang tu, hasil seludup kuih raya yang tak habis kat rumah. ingatkan bawa ke Da Nang boleh habis rupanya tak... 🤣🤣🤣🤣
departure hall.. muka-muka yang bakal pulang ke pangkal jalan balik Malaysia selepas berjimba jimbi sakan kat Da Nang 🤣🤣🤣🤣
masa kami sampai sini, transit bus ni tak wujud pun 🤣🤣🤣 bila nak balik tetiba dia muncul... 🤣🤣🤣
ingatkan jauh sangat laa transit bus tu bawa kami ke sini. rupanya 'sepelaung' je 🤣🤣🤣🤣 mungkin sebab cuaca panas kot. sebab tu diorang sediakan transit bus. sebenarnya kalau jalan kaki lebih kurang 100 meter je...
antara perkara paling best bila naik flight ni adalah.... dapat duduk sebelah tingkap. dia punya feeling tu lain machiam! 🤣🤣🤣🤣
flight meal. entah apa namanya. makan jelah...
bye-bye Da Nang... insya Allah ada rezeki kami kembali... so ada yang nak ikut ke? sila angkat CPU masing-masing!
so, kalau korang ada sebarang pertanyaan fasal Da Nang or Hoi An, sila drop soalan di ruangan comment ya.
insya Allah anies akan cuba jawab setakat yang termampu. kalau nak suruh belanja tiket flight.... bolayan!!!😆😆😆😆
okey, tu je nak share. moga itinerary simple ni dapat beri info berguna khas buat korang yang bercadang nak bercuti kat Da Nang dan Hoi An.
thanks 4 reading... daaa...
p/s tengah habiskan hutang2 BW...