Đà Nẵng, Vietnam: Đà Nẵng Museum of Cham Sculpture

10:00 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas rehat seketika dan solat jama', kira2 pukul 4.30 pm waktu Da Nang kami pun keluar hotel dan menuju ke lokasi pertama.

Da Nang Museum of Cham Sculpture (DNMCS) ni jaraknya dari hotel cuma 2.8 KM je. tapi disebabkan undang-undang jalan raya Vietnam tak membenarkan pemandu memandu melebihi 70 km/h, maka terasa macam jauh je perjalanan kami. jalan raya pada masa tu sedikit sesak. mungkin sebab dah sampai masa waktu pulang bekerja.

entrance ticket sudah dibeli oleh ayah En. Rashid yakni En. Yunus. jadi, sebaik turun bus, En. Yunus terus edarkan tiket. tanpa sempat membelek dan snap gambar tiket, pihak pengawal di pintu masuk collect semua tiket kami. aduhh... frust jugalah sebab tak ada kenangan boleh disimpan. masa nak balik, cari juga tiket tu kat tong sampah, tapi nan hado😕😕😕

kami tiba ketika museum hampir ditutup (tutup pukul 5.00 pm). jadi masa yang ada kami explore mana2 kawasan yang mampu 'dicapai' oleh kaki.

tapi paling bengang sekali adalah, sampai hati pihak museum tutup semua air cond! jadi cacing kepanasanlah kami dalam museum tu.

nak baca info2 menarik pun tak sempat. sekadar tengok2 macam tu je. kalau tanya anies, anies memang frust jugalah sebab bukan tiap2 hari kita dapat ilmu baru macam ni. grrr...



tentang museum ni pula, ia dibina bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai sculpture yang pernah dihasilkan / dimiliki bangsa Cham atau Champa yang sebahagiannya mendiami Vietnam, Cambodia dan Laos. mana-mana sculpture yang ditemui di Vietnam telah menyebabkan pihak arkeologi Vietnam memohon kerajaan agar diwujudkan satu galeri khas. akhirnya terdirilah Da Nang Museum of Cham Sculpture sekaligus menjadi lokasi wajib datang.

oh ya... sebelum tu, our tourist guide yakni En. Rashid dan ayahnya, En. Yunus adalah bangsa Cham. jadi, banyak info menarik yang tak diperoleh dalam museum ni, dikongsikan oleh En. Rashid. antaranya, tentang 'Muslim Bani.'

kata En. Rashid, ada dua kelompok Islam di Vietnam. pertama Muslim Sunni dan kedua, Muslim Bani. Muslim Sunni ni, macam kitalah, yang berpegang teguh pada Ahlus Sunnah Wal Jamaah. tapi Muslim Bani ni, totally memang jauhhhhh menyimpang dari ajaran Islam sebenar meskipun diorang mengaku beriman kepada Allah dan rasul. akan tetapi semua ajaran Allah dan Nabi ditolak mentah-mentah. Contohnya, solat sebulan sekali, berpuasa sama macam Muslim Sunni tapi mereka merayakan 'Hari Raya' pada 1 Ramadan. paling pelik, mereka turut meraikan Wesak Day!
dari segi amalan, praktikal, hukum hakam, Muslim Bani memang dah jauh terpesong. diorang juga ada masjid sendiri. pendek kata, diorang lebih banyak mengamalkan ajaran dan fahaman Hindu / Buddha berbanding ajaran Islam itu sendiri.

once again, info ni dikongsi oleh En. Rashid. anies cuma ambil main point je. ada banyak lagi yang dikongsikannya dan anies anggap ni satu ilmu baru yang berguna! terima kasih En. Rashid!
okeylah, panjang juga ya entry pertama kat Da Nang ni. pada hal nak share fasal museum je...

gambar agak banyak. jadi, silalah bertabah ya...

entrance DNMCS... ticket (walk in) juga boleh diperoleh di sini...

halaman DNMCS. pintu masuk yang warna hitam tu... straight je. dari main entrance, kami masuk dari sebelah kiri gambar...

sebelum masuk, En. Rasyid (black cap) terangkan kepada ahli rombongan info tentang Vietnam... anies tak dengar pun sebab sibuk bergambar hehehe


antara activity yang pernah dilangsungkan di DNMCS...

laluan sebelah kiri DNMCS... sebenarnya masuk dari mana2 pun akan ketemu ruang utama...

ahli rombongan yang terkesima kot tengok sculpture yang besar ni...

daripada pemerhatian anies, sculpture di sini banyak menerima pengaruh Hindu dan Buddha... tapi tak dapat nak pastikan mazhab yang mana satu...

kebanyakan patung / stupa ini diperbuat daripada tanah liat dan batu-batuan... kerana itulah warnanya sama sahaja...

bila tak sempat nak baca info yang disediakan, rasa menyesallah pula. tapi nak buat macam mana. masa yang ada memang suntuk...

replica kuil / stupa

oh ya, museum ini ada 3 tingkat...memang puas menjelajah (kalaulah kami ada lebih masa)

masyarakat dahulu dengan pedati memang tak boleh dipisahkan. bezanya ia ditarik sama ada menggunakan lembu atau kerbau atau gajah atau... semut? hahahaha

tembikar, tempayan etc antara peralatan yang memang tak boleh dipisahkan dari dulu hingga kini...

pelbagai alatan muzik orang Cham...

haa... ni lah gambar orang Cham yang dipanggil 'Muslim Bani'. cuba perhatikan gambar kiri atas. diorang tengah simbah air pada patung sempena meraikan Wesak Day. manakala orang perempuan mereka tak bertudung. kalau tak silap gambar kanan bawah, diorang sedang menghadiri satu majlis kematian...

masih lagi gambar orang Cham 'Muslim Bani'. anies tak pasti sama ada ini 'masjid' diorang atau kawasan perkuburan (menghadiri majlis kematian)

kalau tak silap anies, menurut kata En Rasyid, 'orang alim Muslim Bani' akan pakai selendang khusus. lagi panjang selendang, maknanya lagi tinggi 'kealimannya'... perhatikan gambar sebelah bawah kiri. ada lelaki berbaju putih dan berselendang merah...

bahagian pameran pakaian tradisi... sekali tengok macam ada campuran pakaian tradisi dari Timur Tengah... maaflah anies tak sempat nak baca info yang disertakan... tengah rushing kan...

another sculpture di tingkat bawah (ground floor)

sebelum balik jangan lupa dapatkan souvenir... tapi kami tak beli pun (hakikatnya mahal) lagi satu, kedai pun dah nak tutup...

eh... mestilah ada gambar mem besar kannn...

okey tu je perkongsian untuk hari ni... kalau ada kesilapan maklumat dalam entry di atas, mohon diperbetulkan...

thanks 4 reading
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

72 Words of Lo♥e

  1. Ala.. tak puas menjelajah dengan masa suntuk dan aircond tak ada.. Bila suhu tak best memang tak bestlah jadinya nak baca info ke apa kan Anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau tempat lapang ok lagi. ni bangunan yg x de tingkap, byg kan lah panasnya mcm mn... dah laa vietnam tgh musim pns skrg

      Delete
  2. Hai Kak Anies, terima kasih ucapan selamat paginya ya.
    Oh ya, dikarenakan nid kurang bisa memahami Bahasa Malay, jadi nid lebih suka lihat-lihat foto-fotonya. Menarik semua foto-fotonya. Maaf ya kakak, dikarenakan keterbatasan bahasa dan kalau dipaksakan jadi pusing. Hehe...

    Kak Anies liburan di Vietnam lama ya kayaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's okay mbak einid. kerana itu saya upload gambar banyak2. supaya yang tidak faham bahasa boleh tengok gambar.

      cuma 4 hari sahaja, mbak di sana...

      Delete
  3. nak kumpul duit pergi Vietnam la nanti.

    ReplyDelete
  4. Banyak barang antique di museum.
    Itu pedati, hahaha, manalah semut berdaya nak tarik pedati besar macam tu ?

    ReplyDelete
  5. Luas juga musieumnya. Tapi baru tahu ada muslim Bani. Kira-kira, mengapa ya mereka mengikuti fahaman hindu/buddha??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sangat2 luas. mengapa mereka ikut fahaman hindu / buddha? kerana mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman (bahagian tengah Vietnam). agama pertama yang tiba kepada mereka ketika itu adalah hindu + buddha. lepas kedatangan Islam, mereka ikut agama Islam. namun selepas orang alim meninggal, mereka tak punya sesiapa lagi untuk dibimbing. akhirnya, mereka mencampur adukkan ajaran Islam dgn 2 agama lain. lagi satu, dahlu mereka tidak berpelajaran berbanding sekarang. since Muslim Bani sudah lama wujud, jadi yang tinggal sekarang hanya ikut sahaja amalan orang terdahulu. wallahu 'alam

      Delete
  6. KALAU TAK RUSHING TENTU BANYAK KISAH DANANG YG ANIES BOLEH SHARE..OK DAH TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa...puncanya sbb flight delayed. kalau tak boleh lelama kt sini

      Delete
  7. Terbaiik cikgu..
    Done follow cg n kindly to follow balik.tq..
    Https://banban8.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm not a teacher. just a blogger...sama2

      Delete
  8. budak sekarang ni tak banyak yang suka ke Museum boring mereka bilang walau banyak nila sejarah disana, apalagi kalau seperti itu AC di bunuh seperti masuk sauna pula tak patut

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. padahal dia tak tahu kehidupan diorg byk terakam dlm muzium tu

      Delete
  9. mem besar rupanya tak tahan panas..


    saya pula pun sama dan persamaan itu bukan satu kebetulan sebab ramai lagi yang sama keadaan seperti kita.

    saya pun ada impian yang melawat Vietnam tetapi lebih suka kalau ke tempat yang ada cuaca sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahan panas sbb diorg ttp air cond. tingkap mmg tak ada langsung. kena pulak musim pns. mmg rs mcm dok dlm bara

      Delete
  10. Baru dengar soal Islam Bani. Kok bisa menyimpang gitu yah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sangat jauhhhhh menyimpang dari ajaran islam sebenar

      Delete
    2. Apakah ada riwayat mengapa terjadi demikian ?

      Delete
    3. itu kena tanya our tour guide lah. apa yang saya share kat sini, adalah info yang keluar dari mulut tour guide. selebihnya, mungkin kena pergi ke tempat mereka ;-)

      Delete
  11. Ke sana lah pulak dia. Seronoknya mek.

    ReplyDelete
  12. wow...nanti ada masa nak juga p sana

    ReplyDelete
  13. mbak anies coba ke indo hehe keliling bareng mas hima😊
    baju tradisi pun dimuseum kan rapih ya disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah dlm ms terdekat akan smpi ke sana, mas...

      Delete
  14. Such an interesting mueseum
    Jadi terbayang film Night at The Museum saat seluruh benda seni yang dipamerkan jadi hidup hihihi

    ReplyDelete
  15. pernah baca pasal bangsa Cham ni dalam novel Melur Jelita. Tapi first time tengok budaya masyarakat dari gambar kak anies tunjuk. Nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg hampir sama mcm kita esp fizikal cuma bahasa dan agama je lain2

      Delete
  16. sisss bantu promoin untuk follow blog saya entar di kasi hadiah template premium

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi mas harus rajin BW dan join GA atau segmen terlebih dahulu

      Delete
  17. Bacaan menarik Anies seronok Mrs. A baca budaya orang Champ ni
    Itulah tengok gambar-gambar ni rasa macam lebih kepada hindu dan buddha je Muslim Bani tu

    ReplyDelete
  18. Menarik juga infonya. Jadi, keturunan Muslim Bani tu masih adalah sampai hari ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya masih ada smpi skrg. diorg kebanyakan tinggal di bahagian tengah Vietnam

      Delete
  19. Pedati sampai sekarang masih digunakan di beberapa tempat di Indonesia, tentunya ditarik oleh kuda (horse), bukan gajah atau semut hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... saya rasa kebanyakan tempat di nusantara masih memerlukan pedati terutama di kawasan pedalaman

      Delete
  20. Menarik ni.. tempat2 mcm ni antara yg saya suka juga lawati. Seronok tengok seni budaya disamping sejarah mereka :)

    ReplyDelete
  21. Walaupun ke museum mau tutup tapi tetap bisa foto2 banyak,...asyik sekali wisata museum nambah banyak pengetahuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini dikira bertuah, mas sebab boleh snap gambar. ada sesetengah museum tak dibenarkan snap gambar langsung

      Delete
  22. baru tahu juga tentang muslim bani tu..kalau dah macam tu kepercayaannya, memang da bukan muslim da tu...huhuhu..wallahua'lam

    ReplyDelete
  23. Kat rumah ada kopi Vietnam... Tak tau nak minum bila😅😅

    ReplyDelete
  24. Muslim bank tu kenapa ye terpesong sampai MCM tu. Nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengaruh agama terdahulu + kebanyakan mereka krg berpelajaran akibat tggl di pedalaman

      Delete
  25. Kalau Akak masuk muzium.. Mesti rasa terbawa bawa ke zaman silam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada ms lama, sy pun boleh feeling2 mcm tu jg hehehe

      Delete
  26. nice.
    sharing yg bagus ni, anies.
    walaupun anies x sempat nak baca details, but at least da tgk, it is something, kan.
    muzium dan legend memang takkan dpt dipisahkan.
    epik.
    unik.
    budaya yg bercampur. mcm byk pengaruh hindu jer aida tgk.
    agama? hu hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengaruh hindu + buddha. tu yg plg ketara

      Delete
  27. Museum ini elok sekali, kalau kita kesana pastilah banyak pengetahuan yang kita dapatkan.

    ReplyDelete
  28. wow baru tahu pasal bani ni.. igtkan tak ada ajaran2 sesat. cantik museum

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun br tau. kalau x krn en rasyid yg bercerita mmg x tau langsung

      Delete
  29. Oh inilah tempat orang Champa tu yer. Teringat buku sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat utk.kenali bangsa cham dgn lbh dekat lg

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆