Larian Durian 2019

10:22 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Join event ni sekadar suka2 je sebab para peserta dikehendaki berlari bersama durian! kiranya macam sukaneka tapi dalam skala lebih besar. hahaha...

anies difahamkan event sebegini adalah pertama kali dianjurkan oleh pihak Bangi Golf Resort (BGR). so, bila cakap fasal golf, automatik dalam kepala dah boleh agak, larian ni akan berlangsung kat padang golf.

yap memang betul kami berlari kat padang golf tapi bukannya kat tengah2 padang tu. ada route tertentu yang perlu kami ikuti dan pastinya ia mengelilingi kawasan golf.

jarak laluan tak panjang. cuma 4.5KM. walaupun route pendek je tapi anies tengok bukan semua peserta mampu berlari. bukan sebab berat durian tapi sebab 'bentuk muka bumi' BGR yang pastinya tak rata macam padang biasa. turun naik turun naik 'bukit kecil' memang betul2 mencabar dan melelahkan. syukurlah cuaca hari tu redup je. disebabkan itu akhirnya durian run dah bertukar menjadi 'walk with durian' hahaha...

oh ya, larian durian ni merupakan sebahagian program dalam Durian Festival & Award 2019 yang diadakan / dianjurkan BGR. para pengunjung berpeluang untuk membeli pelbagai jenis durian termasuklah Musang King, Black Thorn, D24 dan sebagainya. turut dijual adalah anak benih durian, buah-buahan tempatan serta pelbagai food truck disediakan untuk pengunjung.

collect bib 2 hari sebelum event berlangsung. tiada running shirt diberi kali ni kerana.... (scroll down)

sebelum para peserta berlari, mereka dikehendaki mengambil durian masing-masing. dewan BGR ni semerbak bau durian

macam biasa, sebelum berlari, berzumbalah kita...

para peserta dah tak sabar nak lari sambil bawa durian. macam mana agaknya gelagat diorang ya?

macam2 gaya bawa durian. isi dalam beg, isi dalam plastik, isi dalam bakul etc.

selain kena bawa durian, pasa peserta digalakkan pakai costume. ada hadiah menanti untuk pakaian / costume terbaik. 

tak larat dah nak lari. asyik turun naik turun naik bukit je...

salah satu cara berlari dengan durian adalah, meletakkan durian dalam pasu gantung hahaha kreatif kan?

food truck

gerai jualan buah-buahan tempatan, anak benih etc.

alhamdulillah... selepas beberapa kali join event berlari, akhirnya merasa juga lucky draw prize... terima kasih BGR!

mesti korang tertanya2 kan? macam mana anies lari bawa durian? ni haa... letak terus dalam bakul! hahaha... mula2 rasa macam dah okey, tapi bila dah berlari terasa menyesal sangat. lenguh beb nak angkat durian ni. dah lah dapat durian bersaiz besar. berat pula tu. rasanya mahu sampai 1KG kot? nasib baik tak tercabut tangan hahaha...

ni laa durian yang anies dapat tu... patutlah berat. tengoklah besar ke tak dia punya isi... rasanya? uiiii memang sedap! pahit2 manis gitu. still ada dalam peti ais sebab cadang nak buat bubur kacang hijau durian weekend nanti...

.... (sambungan) para peserta diberi finisher t-shirt sebaik tiba di finishing line...

(updatefinisher medal pun bentuk durian cuma tak ada bau durian je hahahaha...

p/s maaf laa ya kalau gambar kelabu asap. remember, hp anies masuk air hari tu? so bertabahlah ya...

okey tu je nak kongsi hari ni... BW akan kayuh perlahan2...

thanks 4 reading
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

66 Words of Lo♥e

  1. wow..kreatifnya..betul2 menghargai buah buahan tempatan.

    ReplyDelete
  2. baru tau ada event lari bawa durian, pasti seru banget nih, selepas lari langsung santap durian lezat

    ReplyDelete
    Replies
    1. thrn lemak ketika berlari kembali berkumpul slps mkn durian😆

      Delete
  3. Oh what a nice post! I love everything :)


    Please check out my latest post, too? I'd love to hear something from you! :)
    www.cielofernando.com
    FACEBOOK | INSTAGRAM

    ReplyDelete
  4. WAH,
    BESTNYA DAPAT MAKAN DURIAN
    FREE
    MESTI BAU DURIAN JE HIHI...

    ReplyDelete
  5. Penat berzumba mana kuat berlari lagi, so makan durian yang banyak dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time berzumba cuma gerakkan tangan je hehehe

      Delete
    2. Medal durian is so cute. Love it :)

      Delete
    3. but sy prefer bentuk sebiji durian!

      Delete
  6. alahai kreatif betul run macam ni...kena bawak durian lagi..hahahah...berbaloi2 tu, dapat makan durian lepas habis lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau durian ringan ok lg ni durian beratttt hehehe

      Delete
  7. track nya ada yang injek rumput golf
    durian nya kirim kesini😃😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hantar ke sana, nanti tinggal biji durian sahaja haha

      Delete
  8. wah bestnya kiranya durian yang kita bwak lari sama2 tu memang kita dapat free.
    Saya x tau ada event nie duduk kat PJ jauh jugak klau nak pergi bangi

    ReplyDelete
  9. ish ish ish..berat la bawak dereyan...manang tak?

    ReplyDelete
  10. Baju tu ohsemlah Anies.. Sukanya words dia.. Memang king of fruits.. hehehe..
    Medal tu pun sweet.. hahaha.. i is very jealous..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka kaler ijau tu ke? xyah jeles laa... kalau sy dpt musang king sbg lucky draw br boleh jeles hehe

      Delete
  11. Best ooo... Lepas larik. Makan durian

    ReplyDelete
  12. Unik juga lihat event-nya sambil bawa durian. Apalagi durian bisa dibawa pulang, makin menggoda nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya join sebab lain daripada yang lain hehe

      Delete
  13. unik sekali event macam ni Anies

    ReplyDelete
  14. Pasti seru yah berlari sambil menenteng durian. Lebih seru lagi jika duriannyaasih utuh belum dikupas hehehe.

    Comgrat Cik for lucky giftnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau duriannya ringan, it's okay...tapi duriannya beratttt. sakit tangan!

      Delete
    2. Tapi terhibur dengan doorprize yah

      Delete
    3. Alhamdulillah...1st time menang ni

      Delete
  15. Great post, Thanks for sharing,
    I'm following you! X.

    ReplyDelete
  16. Hohoo medal tu awesome.. tahniah dpt lucky draw

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. kalau bentuk durian sebiji cun jg

      Delete
  17. Saya jadi ingin beli bibitnya nih. untuk ditanama di halaman belakang rumah. Jadi penasarn banget seperti apa rasa speciald duriannya.

    ReplyDelete
  18. Durian di bawa lari
    Buah kesukaanku karena wangi
    Nampak indah mengisi hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian ku wangi sudah masuk perut tapi berbunyi2 (lapar)😄

      Delete
  19. yang untungnya dapat makan durian..

    berlari dapat sihat

    duit dapat bau yang semerbak..

    kira serba serbi beruntung

    ReplyDelete
  20. kalau aku gerenti x sampai penamat durian yg d bawa dah habis aku mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat ke nak kopek durian tanpa parang? hehehe

      Delete
  21. ha ha ha ha menarik nyer event ni, anies.
    rare la lari bwk durian.
    berbaloi anies join ni. event legend :)

    ReplyDelete
  22. Menarik kalau bawa stroller lagi senang kan hahaha

    ReplyDelete
  23. Di tempat saya banyak loh durian. Tapi milik orang, hahahah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. kat tempat saya banyak durian tapi bukan saya punya hahaha

      Delete
  24. hahahaa... kelakar bila lari dgn durian. skrg dh jemu nk mkn

    ReplyDelete
  25. Pestime dengar larian bersama durian. Papepon tahniah sebb Berjaya habiskan larian. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla musim durian semua benda nk diduriankan😆😆

      Delete
  26. bila musim durian..larian pn ada bertemakan larian durian

    ReplyDelete
  27. Sempoi juga larian bawa durian mcm ni eh.. unik. Medal dia pun kreatif. Nak sikit bubur kacang hijau durian nanti hahaa :D

    ReplyDelete
  28. Durian memang memiliki aroma menyengat tapi oran Asia sangat menggemarinya... Bravo durian!

    ReplyDelete
  29. Cantik medal. And idea BGR memang kreatif!

    ReplyDelete
  30. wahaha kalau saya join ni, mau tengah jalan dah abes durian tu..

    btw, unik medalnya.. :D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆