Đà Nẵng, Vietnam: shopaholic abroad - Hàn Market

10:40 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Han Market is a significant landmark in Da Nang, having been in operation since the French occupancy in the 1940s. this local market is set within a two-storey building at the grand intersection of Tran Phu Street, Bach Dang Street, Hung Vuong Street and Tran Hung Dao Street, where you can find hundreds of stalls selling an array of local produce, handicrafts, t-shirts and accessories.

it's very much like a miniature version of Ben Tanh Market, central market in Ho Chih Minh City. and even if you aren't necessarily looking to buy anything, it still offers a fascinating glimpse into local life in Da Nang.

since malas nak explain fasal Han Market ni. so anies just copy paste dari SINI. 😊😊😊😊

hari terakhir kami kat Da Nang...

lepas breakfast, kami mula bergerak menuju ke bazar. lokasinya berdekatan Dragon Bridge. kira2 3KM je dari hotel.

dalam.fikiran anies pada mulanya, bazar yang dimaksudkan adalah sebuah gedung membeli belah macam kat Tanah Abang atau di Ben Tanh. tapi rupanya... ia sebuah bangunan biasa je.

tingkat bawah, ada barangan basah dan kering manakala di tingkat atas menjual pakaian, bag, kasut serta kedai menjahit.

di sekeliling bazar pula, dipenuhi pelbagai jenis kedai. pendek kata, kalau nak dapatkan barang-barang di bawah satu bumbung, maka terjah jelah bazar ni.

anies dengan pak cik dan mak cik tak membeli sangat kat sini. cuma top up barang2 yang tak jumpa kat pasar malam, barulah kami beli.

bab tawar menawar pula, kena tengok keadaan. kalau beli t-shirt, memang payah nak dapat murah. kalau souvenir pula, kita belum sempat menawar, penjual dah hulur calculator. means, berapa harga yang kita nak, dia sedia pertimbangkan. al maklumlah, nak berkomunikasi diorang tak pandai BI. so calculator laa jadi medium pengantara hahaha...

selesai membeli belah, anies dengan pak cik dan mak cik terus beredar ke tebing sungai Han yang cuma 20 meter je dari bazar jaraknya. tak tahanlah nak duduk lama2 dalam bazar tu sebab terlalu panas. sementara tunggu diorang habis membeli belah, baiklah kami lepak ambil angin sungai sambil perhatikan gelagat penduduk tempatan. tambahan pula pemandu bas kami ada duduk kat situ. so, tunggu jelah...

nilah bazarnya. sebutan 'bazar' untuk Han Market ni bukan anies yang beri tapi our tour guide yang sebut... so, bazar pun bazarlah...

deretan kedai sebelum tiba bazar. ni laluan masuk dari main road...

main entrance...

tingkat bawah bazar

barangan perkakasan rumah...

bag and souvenir...

kopi, jajan dan local product....

pelbagai ukiran ada dijual...

lagi kedai perkakasan rumah...

bahagian barangan kering dan basah...

pelbagai jenis bijirin dan kekacang... oh ya kalau nak rasa kacang kagus bersaiz besar, datanglah ke sini. Da Nang memang popular dengan kacang gajus gergasi...

ikan, udang, sotong etc...

since Da Nang dekat dengan laut, so tak hairanlah kalau hasil lautnya besar-besar...

pelbagai pes dan ramuan memasak...

produk kesihatan dan kecantikan...

gerai bunga pun ada...

masa kami sampai memang tengah musim durian kat Da Nang...even depan hotel pun ada jual... harga lebih kurang sama dengan kat Malaysia... tapi kami tak beli sebab tak boleh bawa masuk hotel...

view tingkat bawah Han Market...

tingkat atas bazar

view tingkat atas Han Market...

kedai menjahit... lepas beli boleh tempah baju kat sini. sama macam kat Ben Tahn, HCM, kan?

pelbagai jenis kain ela... boleh tawar menawar... and mak cik sempat beli kain pasang...

kedai kasut is everywhere...

niat di hati nak beli Ao Dai (baju tradisonal Vietnam) tapi tu laa... sedar diri yang pinggang tak berapa nak ramping 😅😅😅😅😅

dari Han Market, kami ke tepi sungai Han. lepak kat sini sementara tunggu yang lain selesai membeli. kalau duduk kat bazar, panas yak mat. baik duduk sini dapat angin sungai...

Dragon Bridge. boleh baca perkongsian anies kat SINI.

view sungai Han...

di kesempatan ni, anies nak ucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 62. Merdeka! Merdeka! Merdeka! dan selamat bercuti!

thanks 4 reading
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

62 Words of Lo♥e

  1. Time shopping ler paling best🤗🌹🌹

    ReplyDelete
  2. puas hati shopping kat Vietnam sbb brg murah. Boleh tawar menawar lagi. semuanya ada..

    ReplyDelete
  3. Mantap kak anies dah sampai ke vietnam, dekat ke dengan malaysia? Saya nak sangat ke malaysia,doakan ada langkah ke sana ya kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh, mbak. naik flight lebih kurang 2 1/2 jam...aminnnn... nanti nak datang malaysia, beritahu saya ya

      Delete
  4. Oh what a nice post! I love everything :)


    Please check out my latest post, too? I'd love to hear something from you! :)
    www.cielofernando.com
    FACEBOOK | INSTAGRAM

    ReplyDelete
  5. What a nice places 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  6. masa u shopping2 tu..u ada teringat kat i tak?haha

    ReplyDelete
  7. Sudah ada sejak 1940an.. sudah lama sekali dan masih eksis yah. Sepertinya komplit barang-barangnya untuk suvenir khas vietnam. Cik Anies borong apa saja nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma beli gajus sahaja, mas... itu pun terbang duit USD20 hehe

      Delete
    2. wow mahal juga yah. Tapi nilai sejarahnya tak tertandingi pastinya karena special souvenir

      Delete
    3. mahal sebab guna mata uang USD...tambah pula currency sekarang tak berapa best sangat situasinya

      Delete
  8. WOW LUAS JUGA HAN MARKET BANYAK PILIHAN KALAU NK MEMBORONG

    ReplyDelete
  9. Tengok bazar dia memang rasa macam nak beli macam-macam. Huhu.

    Selamat Hari Merdeka, Anies dan selamat bercuti. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau duit berkepok mmg rs nk beli mcm2 hehe

      Delete
  10. Vietnam ternyata Indah juga ya kalo dikunjungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. banyak tempat di vietnam belum diteroka sepenuhnya

      Delete
  11. teringin nak tengok gadis vietnam hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu yg retis mmg lawa. yg biase2 pompuan melayu lg cun😆😆

      Delete
  12. INDAH SEKALI TEMPAT NYA KAPAN KAN BISA BERKUNJUNG INSIPIRASI BANGAT INI

    ReplyDelete
  13. Hai Kak Anies... Kak Anies senang sekali ya pergi ke pusat perbelanjaan. Belanja habis banyak nggak Kak Anies? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uang tidak cukup mbak einid mau belanja banyak hahaha

      Delete
  14. Salam Merdeka Anies, wah meriah sungguh bazar tu. Rambang mata tengok barang dijual.

    ReplyDelete
  15. Jauh jauh terbang ke Vietnam tak lah nak makan durian lagi. Beli baju Vietnam je lah, design baju Vietnam tu lah yang buat badan nampak ramping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kurus lagi mbak evi. so tengok jelah ao dai tu hehehe

      Delete
  16. Great post dear❤
    I m flooding you now

    ReplyDelete
  17. Saya belum pernah coba belanja di Vietnam. Sepertinya menarik sekali kalau belanja disana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi kalau berbelanja sediakan uang USD secukupnya ya mas ;-)

      Delete
  18. Fantastic post! You have a nice blog!

    Would you like to follow each other? Follow me and I'll follow you back!
    Have a great day!
    http://elenabienvenido.blogspot.com.es/

    ReplyDelete
  19. Dari luar, nampaknya kecil. Eh begitu masuk ke dalam luas juga..

    ReplyDelete
  20. Penuuuh barang. Pantesan panas, ya. By the way, ukirannya itu dari mana?

    ReplyDelete
  21. Fuhh.. lokasi mcm ni la yg seronok nak shopping.. silap2 boleh rambang mata juga ni hehee

    ReplyDelete
  22. Saya penyuka kopi nih.
    Wah jadi ingin tahu rasa kopinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kpoi vietnam memang terbaik. kalau mau rasa, beri saya alamat, mas. saya akan deliver kopinya ;-)

      Delete
  23. celik bijik mata yang mengantuk bila tgk tpt shopping cam ni. heaven ye anies.

    ReplyDelete
  24. Besar betul bazaarnya.. Memang puas jamu mata dan keringkan poket ini.. kikikiki..

    ReplyDelete
  25. dengar kata kalo nak shopping kat ben than ni, kena betul2...kalo tak nak beli, jangan tawar menawar, nanti penjual marah kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...dlm ms sm kena hati2 jg takut kena tipu

      Delete
  26. Pernah seludup masuk durian kat hotel di Sabah walaupun terang2 dah letak sign no durian. Time tu musim ribut dan tak ramai yang walk in ke hotel, so kami bungkus dalam sweater lepastu peluk kat tangan. Berjaya..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami belum berani nk buat mcm tu... bimbang kena penalti je hehe

      Delete
  27. besar lg bangunan ben thanh market.. tp bab panas tu haha tak boleh lawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ben tahn lg besar. sesak pulak tu... betul pns tu plg x tahan. mcm mn laa org yg berniaga kt dlm tu

      Delete
  28. Mcm Mana Lah Rasa durian Vietnam ye.. ramai org shopping Kat Vietnam sebab harga lebih murah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mungkin rs lg sedap kot... kalu dulu murah laa kot skrg USD pn dah RM4.00++ so tak ada laa murah sgt

      Delete
  29. rambang mata tu..mcm2 nk shopping hehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆