✿...السلام عليكم✿
Hari ni mem besar rasa macam terlebih rajin. jadi, marilah update entry seterusnya pasal JJCM HCM kami. ayuh dong!
part 1
part 2
part 3
part 4
jemputlah klik ya datuk datin...
sebelum kami memulakan 'ekspedisi' menyusuri Sungai Mekong, kami diperkenalkan terlebih dahulu dengan 'tour guide baru' yang bernama Moon. (nina, farah... jangan sengih2)
Moon yang fasih berbahasa Inggeris akan guide kami sampai laa selesai 'tour de Mekong' ni. oh, ya... jangan risau... bayaran untuk tour guide ni dah termasuk dalam pakej.
then, bermula laa aktiviti kami...
jom bercerita dengan gambar...
sepertimana yang diketahui umum, Sungai Mekong ni merupakan nadi terpenting bagi penduduk di 5 buah negara: Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam dan China. kami diberitahu, jika hendak ke Laos, arah Sungai Mekong berada di sebelah kiri manakala kalau hendak ke Cambodia, arah Sungai Mekong menghala ke kanan (kalau tak silap laa yek!)
gini laa rupanya Mekong river cruise yang kami naiki. luas, dan tak ramai orang masa ni. ada life jacket tapi sorang pun tak pakai. semuanya tawakkal tu 'alallah... ;-) bagi mem besar, ni river curise kedua (luar Malaysia) yang dinaiki selepas Nile river cruise. boleh belek2 entry nyer kat SINI.
selpiaq seketui lepas cruise mula bergerak meninggalkan terminal....
hah... yang pakai baju biru tu laa tour guide kami. Moon. Moon akan bercerita 'sejarah' Sungai Mekong ni dari A-Z tapi kami tak dengar pun hahahaha... memasing dok sibuk berselfie. haippp! nina, farah... jangan gelak kuat2 nanti diorang dengar!!
antara pemandangan yang terdapat di sepanjang Sungai Mekong... oh ya... masa ni cuaca mendung. alhamdulillah tak hujan tapi panas ya rabbi lepas tu....
tak tau laa apa motif mem besar snap pic ni... kan Moon dah tak nampak... sian nina.... sian farah hahahahaha....
kalau tak silap ni macam kapal korek. diorang korek tanah Sungai Mekong untuk tujuan perindustrian... rasanya macam tak betul je info ni hahahaa
diam tak diam rupanya kami dah sampai Penang! magik betul!!!
sebenarnya pic ni nak tunjukkan tumbuh-tumbuhan yang melata kat atas sungai Mekong ni... tapi dari jauh nampak cam sampah sarap je kan?
selpiaq lagik! apeni? (pinjam ayat Bujibu)
dah sampai Penang! yes! kata pak cik Saleh, jambatan ni baru je dibina. sebelum ni, kalau diorang terpaksa guna bot untuk menyeberang ke kawasan yang lain. jambatan ni tak de kena mengena dengan sempadan negara yaa...
okey, kami dah sampai di check point yang pertama...
well, apa yang terjadi dengan kami selepas tu? tuunggguuuu....