Ho Chih Minh, Vietnam: menyusuri Sungai Mekong
11:57 am
✿...السلام عليكم✿
Hari ni mem besar rasa macam terlebih rajin. jadi, marilah update entry seterusnya pasal JJCM HCM kami. ayuh dong!
part 1
part 2
part 3
part 4
jemputlah klik ya datuk datin...
sebelum kami memulakan 'ekspedisi' menyusuri Sungai Mekong, kami diperkenalkan terlebih dahulu dengan 'tour guide baru' yang bernama Moon. (nina, farah... jangan sengih2)
Moon yang fasih berbahasa Inggeris akan guide kami sampai laa selesai 'tour de Mekong' ni. oh, ya... jangan risau... bayaran untuk tour guide ni dah termasuk dalam pakej.
then, bermula laa aktiviti kami...
jom bercerita dengan gambar...
sepertimana yang diketahui umum, Sungai Mekong ni merupakan nadi terpenting bagi penduduk di 5 buah negara: Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam dan China. kami diberitahu, jika hendak ke Laos, arah Sungai Mekong berada di sebelah kiri manakala kalau hendak ke Cambodia, arah Sungai Mekong menghala ke kanan (kalau tak silap laa yek!)
gini laa rupanya Mekong river cruise yang kami naiki. luas, dan tak ramai orang masa ni. ada life jacket tapi sorang pun tak pakai. semuanya tawakkal tu 'alallah... ;-) bagi mem besar, ni river curise kedua (luar Malaysia) yang dinaiki selepas Nile river cruise. boleh belek2 entry nyer kat SINI.
selpiaq seketui lepas cruise mula bergerak meninggalkan terminal....
hah... yang pakai baju biru tu laa tour guide kami. Moon. Moon akan bercerita 'sejarah' Sungai Mekong ni dari A-Z tapi kami tak dengar pun hahahaha... memasing dok sibuk berselfie. haippp! nina, farah... jangan gelak kuat2 nanti diorang dengar!!
antara pemandangan yang terdapat di sepanjang Sungai Mekong... oh ya... masa ni cuaca mendung. alhamdulillah tak hujan tapi panas ya rabbi lepas tu....
tak tau laa apa motif mem besar snap pic ni... kan Moon dah tak nampak... sian nina.... sian farah hahahahaha....
kalau tak silap ni macam kapal korek. diorang korek tanah Sungai Mekong untuk tujuan perindustrian... rasanya macam tak betul je info ni hahahaa
diam tak diam rupanya kami dah sampai Penang! magik betul!!!
sebenarnya pic ni nak tunjukkan tumbuh-tumbuhan yang melata kat atas sungai Mekong ni... tapi dari jauh nampak cam sampah sarap je kan?
selpiaq lagik! apeni? (pinjam ayat Bujibu)
dah sampai Penang! yes! kata pak cik Saleh, jambatan ni baru je dibina. sebelum ni, kalau diorang terpaksa guna bot untuk menyeberang ke kawasan yang lain. jambatan ni tak de kena mengena dengan sempadan negara yaa...
okey, kami dah sampai di check point yang pertama...
well, apa yang terjadi dengan kami selepas tu? tuunggguuuu....
20 Words of Lo♥e
Kesian Moon cakap sorang-sorang ya!!!
ReplyDeleteMujur tak masuk periksa.
Tumbuh-tumbuhan itu nampak macam keladi bunting?
Muahaahahaaaaa betui ka?
sambil baca..terfikir...biar betoi sampai penang...hehehe...berjalan sakan nampaknya...
ReplyDeleteSUNGAI MEKONG MENGHUBUNG 4 NEGARA JIRANNYA INFO MENARIK NI
ReplyDeletebest jalan-jalan
ReplyDeletexsilap dorang korek utk jd bahan dlm tanaman sbb tu pokok2 sana subur. haha. ciskek cuaca kt sana nk hujan tp tak hujan. hehee
ReplyDeletepokok keladi bunting tu dr jauh nmpk mcm sampah. means dr laos bawa ke cambodia. haha. terasa mcm ada kt penang tp dgn si moon xleh terima :P
ReplyDeleteMenarik... sungai mekong ni mengingatkan saya ttg karya puisi Latiff Mohidin... banyak sejarah sungai tu kan...
ReplyDeletetempat yang menarik..cuma gambar tu jauh jauh je.
ReplyDeletemenumpang pemgembaraan...sendiri tak pernah pergi mana-mana...
ReplyDeletetak pernah sampai lagi...insyaallah one day...
ReplyDeletebesar jgk sungai dia
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin
Love,
Lya Afrina ;-)
nasib baik sampai penang bkn china ... heheheeee
ReplyDeletewoooo pestime kite tengok gambar kakak Anies ehehe =P
ReplyDeletekak Anies ni pemalu cam kak Sal jugak..hihi
Deletememula igtkan pemalu lepas tu sama ja 2x5 hahaha. kan nis
Deletememula igtkan pemalu lepas tu sama ja 2x5 hahaha. kan nis
Deletepakej kat Vietnam ni korang uruskan time kat Malaysia ke time kat sana ? macam uruskan semua2 tour ni ?
ReplyDeletebestlah tak ramai orang gitu..tenang je
ReplyDeleteKesian Moon cakap sorang-sorang, hamboi.
ReplyDeletesyok tengok bot bawak tanah tu.. besar mcm gunung!
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆