✿...السلام عليكم✿
AUTO PUBLISHED
Memula, kepada blogger Diana Rashid
ini bukan entry penyertaan ya!
ini entry menjemput rakan2 blogger
untuk join GA yang dianjurkan.
(sorry tak join sebab nak beri peluang
kat orang lain menang hadiah2 yang ohsem tu!)
;-)
TERIMA KASIH kerana sudi memilih
anies sebagai penaja untuk GA ni.
pada mulanya memang ada cadangan
untuk menganjurkan GA sendiri.
tapi disebabkan keadaan sekarang
tak mengizinkan, jadi bila ada blogger yang
mencari penaja, maka anies tak
teragak2 untuk 'mensudikan' diri
untuk menjadi sebahagian daripada penaja.
selain anies, ada juga penaja2 yang lain.
hadiah2 yang disediakan memang
hebat lagi menggiurkan tau!
antaranya...
of coz laa...
yang ni tajaan mem besar blog ni...
yu ols tak nak ke hadiah2 ni??
hah, kalau nak tahu hadiah2 yang lain,
klik je kat SINI.
last but not least, TERIMA KASIH DAUN KELADI
kepada mereka yang sudi follow blog ni.
insya-Allah, i'll follow you back!
oh, ya! GA ni sudah pun bermula sejak
14.4.14 dan akan berakahir pada 1.5.14.
so yu ols masih ada masa lagi untuk join.
macam mana nak join?
klik je kat SINI ya!
wish you all the best!!
sesiapa yang belum meletakkan LINK di senarai bloglist anies, sila klik kat SINI ek! terima kasih.
✿...السلام عليكم✿
Betul tu!
lepas 2 minggu, baru terhegeh-hegeh
nak kepoh sana, kepoh sini.
bila masuk bulan 3 / 4 ni,
dah rasa macam kepala kat bawah
kaki kat atas.
yang tu kena buat,
yang ni kena settle.
yang sana kejar dateline.
yang sini dihambat overtime.
huuuuuhh...
akibatnya, apa yang nak di share
jadi basi, masam wal kepam.
apa nak buat...
redha je laa...
apa khabar kawan-kawan semua?
sihat ke?
Alhamdulillah, harap2 semua sihat, ceria
dan berbahagia selalu.
sebenarnya, ada event besar yang
bakal berlaku pada penghujung bulan ni.
sebab tu agak busy sikit.
tipu la kalau anies tak jengah langsung
blog ni dan BW ke blog yu ols.
ada yang sempat tinggal jejak.
ada tu tumpang lalu je.
so maaf la kalau tak bertegur sapa
bila terjah blog tu...
insya-Allah, kalau tak semua
esok lusa anies akan tinggalkan jejak.
dalam sibuk2 tu, sempat la juga
menghabiskan masa untuk diri sendiri.
antaranya...
ke Penang.
Alhamdulillah, dapat juga jejak Jambatan Kedua ni.
memang teruja tak hengat!
sayangnya tak boleh berselfie kat tengah2 jambatan ni
macam kat jambatan pertama dedulu...
ke Amanjaya Mall, Sungai Petani
demi program Explorasi Ilmu Bersama Ana Muslim.
kepada orang Utara, terima kasih
di atas kerjasama yang diberi.
insya-Allah, tahun hadapan kita jumpa lagi, ek!
ke War Museum, Penang.
tapi tak masuk pun.
tengok2 kat luar je.
sebab apa tak masuk?
sebab dah pukul 7 petang.
dah close down...
ke Karnival Mahabbah, Masjid Andalusia
Bandar Laguna Merbok.
masa ni, anies berada kat booth Jabatan Penjara.
kalau yu ols nak tau,
ni la rotan yang digunakan untuk menyebat pesalah2.
uiii... ngeri...
apatah lagi kalau tengok video macam mana pesalah dirotan.
tapi anies memang tak sanggupppp nak tengok...
btw, terima kasih banyak2 En. Shaiful ;-)
ke MPH International Book Fair
kat PICC.
uiii... rambang mata sungguh!
tengok buku ni, nak beli.
tengok buku tu, nak rembat.
tapi cepat2 tarik nafas...
nafsu...nafsu...
control... control...
ke KLIA.
ek eleeh... ke KLIA pun lu nak kecoh ker?
hehehe... sebenarnya teruja bila
naik ERL ni.
almaklum la... pestime.
untuk apa ke KLIA?
hantar mama dan ayah yang
menunaikan umrah.
Alhamdulillah, selepas tertangguh
last year, akhirnya dapat juga pergi.
sekarang sedang menanti kepulangan mereka...
okey, rasanya tu je cerita basinya...
thanks for reading.
tata...
jom sertai blog list anies! klik kat SINI yek untuk info lanjut. TQ.