✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI. jemput baca ya cerita jalan-jalan basi anies ni😂😂😂
>>::<<
perjalanan yang memakan masa lebih 2 jam dari Mui Dinh akhirnya sampai di suatu destinasi yang kami tak jangka! kenapa tak jangka? sebabnya kami akan singgah di kampung En. Yunos! (tour guide kami)
wah! En. Yunos nak ajak kami ke rumah dia ke? 😂😂😂 tapi bila dah sampai, rupanya tidak. kami cuma singgah di masjid yang terletak tak berapa jauh dari rumah En. Yunos. kata En. Yunos, kalau kami nak datang rumah dia, kena jalan kaki lebih kurang 1KM ke dalam. kalau naik bas, sure tak lepas sebab lorong masuk tu hanya muat sebuah kereta sahaja.
since waktu Asar pun dah masuk, jadi kami pun terus ke masjid untuk solat jamak. kedatangan kami disambut isteri tok imam dan rakan-rakannya. walaupun tak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, tapi dari body language dan senyuman yang diberi, ternyata mereka gembira menerima kedatangan kami.
oh, ya kepada yang tanya, apa maksud title entry ni? Thánh đường Islam 102, Làng Chăm bermaksud: Masjid Islam 102, Kampung Cham.
sepertimana yang korang tahu, masyarakat Cham (Champa) ni, ada Muslim dan bukan Muslim. bukan Muslim ni juga antara penganut agama Islam Bani selain agama Buddha. apa tu Islam Bani? anies ada share kat SINI. jemput baca ya.
selesai solat, kami merayau sekejap meninjau kawasan sekitar masjid. di sebelah masjid ada sungai. khabarnya, kadang kala jemaah yang datang ambil wuduk terus dari sungai ni.
sedang kami meninjau-ninjau kawasan tiba-tiba muncul anak En. Yunos yakni En. Rashid! anies dan yang lain-lain terkejut bila nampak En. Rashid terutamanya yang pernah ikuti trip ke Da Nang dulu (boleh baca di SINI).
kata En. Rashid, dia akan sambung tugas ayah dia. means, dia akan guide kami sampailah hari terakhir kami di Vietnam. pak cik anies sukalah sebab dia dah jumpa geng. masa dekat Hoi An dulu, kemain kamcing diorang berdua ni.
bila tengok jam, dah nak hampir 6.00 petang. tapi bas kami belum muncul lagi. hmm... entah ke manalah driver bas tu. perut kami dah mula lapar. perjalanan ke destinasi seterusnya agak jauh. waduhh... bertabahlah.
laaa.... anies baru perasan rupanya anies tak ada cerita pun fasal masjid ni. err... anies bercerita dengan gambarlah ya! senang sikit 😂😂😂
pintu masuk / main entrance masjid.
ruang solat wanita.
ruang solat lelaki. tiang tu diperbuat daripada batu, ya. bukan kayu.
koridor masjid yang menghadap halaman.
koridor laluan untuk jemaah lelaki.
ruang lapang di belakang masjid.
juga ruang di belakang masjid. untuk ambil wuduk dan ke tandas, ikut laluan sebelah kiri (gambar)
ni lah masjidnya. dibina hasil sumbangan orang ramai. jadi kalau korang ke sini, bolehlah hulurkan bantuan untuk mengimarahkan masjid ni...
halaman belakang masjid...
lokasi: depan masjid. nampak tak ada lorong kecil tu? tulah laluan ke rumah En. Yunos.
another lorong ke rumah-rumah penduduk... ada sekumpulan kanak-kanak, bila nampak kami, melompat-lompat diorang. agaknya suka tengok orang luar datang ke kampung mereka.
kami (bas) datang dari laluan ini. sebelum tiba area ni, bas kami melewati kawasan bendang yang terbentang luas. nampak tak ada ruang kosong di sebelah kiri gambar? haa... tulah sungai yang anies maksudkan di atas.
isteri tok imam sempat petikkan mangga untuk kami sebelum kami pulang.
okey tu jelah perkongsian untuk hari ini. thanks 4 reading.
daaa