Ninh Thuận, Vietnam: explore the sand dunes @ Mũi Dinh #3
12:48 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
>>::<<
yeayyy... ni entry terakhir tentang eksplorasi kami di Mui Dinh. macam yang anies beritahu sebelum ni, sebab gambar kat sini terlalu banyaklah, maka 'kisah' di 'gurun Vietnam' ni berlanjutan sampai 3 bahagian. tu pun anies dah tapis siap-siap. mana-mana 'gambar censored' diharamkan terus daripada masuk dalam blog ni 😂😂😂😂
hish korang ni... mana ada gambar censored laa... budak baik macam anies ni masih lagi waras part part macam ni 😂😂😂😂
well, sama macam sebelum ni. kita bercerita dengan gambarlah ya...
ini memang laluan tractor setiap kali mereka terima pelancong... agak beralun bila mana roda tractor 'termasuk' dalam pasir... so apa lagi? menjeritlah kami yang duduk kat front loader bucket ni😅😅
anies tak ingat yang sebelah kiri gambar tu tembok batu atau sebaliknya...
yeahhhh kami dah sampai di white sand dunes... ya... lebih kurang macam kat The Pinnacles Desert @ Perth. tapi kat sini tak ada pula orang main sand boarding. nampak macam rendah je bukit pasir ni tapi sebenarnya tinggi. kalau larat, silalah daki 😂😂😂
di sebelah kiri bukit pasir...
😂😂😂ni percubaan untuk ambil gambar macam Ha Ha of Running Man. pernah tengok tak episod Running Man kat Dubai? (episod 289 & 290). tapi tak menjadi 😂😂😂
tengok gelagat Ha Ha macam anies buat tu? acu pergi ke durasi 51😂😂😂
lepas bergambar kat bukit pasir, sekali lagi kami naik tractor dan menuju ke..........
tepi pantai! yeayyyy
sebelah kiri (anies) pantai... kat sini banyak sampah yang terdiri daripada ranting dan pokok-pokok mati. kalau tak pakai kasut tak mustahil akan terpijak serpihan ranting tajam...
sebelah kanan (anies) pantai... ya ada pondok didirikan... tapi kami tak pergi situ pun sebab pondok tu ada pemiliknya... jadi kami just santai-santai je kat sini. cuaca sangat sejuk, okay! sebab angin laut yang sangat kuat.
laluan ke pantai... maksudnya laluan dari bukit pasir ke pantai. kami datang dari arah sebelah kanan (gambar)
kemain lagi aunty aunty pencen ni... diorang nak masuk laut, u ols!!! tak nampak ke ombak tengah bergelora tu? 😂😂😂
gambar candid ni. entah bila agaknya makcik anies snap... diam diam je dia buat kerja😅
video kenangan @ Mui Dinh
lebih kurang 1/2 jam kami habiskan masa kat tepi pantai ni. lepas tu, kami naik tractor semula dan kembali ke parking bas. di sana, kami sempat lunch dulu sebelum beredar ke tempat lain.
okey tu jelah perkongsian untuk hari ini. kepada kawan-kawan yang akan bertolak pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya ya. semoga kalian selamat sampai di kampung masing-masing.
thanks 4 reading
daaaa
22 Words of Lo♥e
Cubaan pose macam haha tu bolehlah..hehehe...bestnya ada pantai cantik! Air biru jernih. Geram je rasa macam nak pergi tepi pantai tu.
ReplyDeletehaiiippp... yg penting jgn beritahu Ha Ha tau! hahahahaha... kalau laut tak bergelora mmg sy dah terjun dlm laut tu hehehe
Deletesaya suka dengan keadaan langitnya yang serba biru...cantik
ReplyDeletewarna yang berlawanan tu yg menyebabkan langit jd cantik
Deletecantiknya kwsn gurun penghujungnya laut
ReplyDeletebkn hujung kak tp sebelahnya laut...
DeleteMe alegro que se divirtieran te mando un beso.
ReplyDeletesolo recuerda mis viejos recuerdos en Vietnam ;-)
DeleteKo mention Bukit Pasir, teringat aku kampungku di Muar. Hehe.memang cantik laut dia. Sand dunes tu pun lawa
ReplyDeletejauh fikirnya hehehee... mmg lawa...tp takut nak mandi kat sini...ombak kuat
DeleteCantik lah kalo berada antara sand and sun....
ReplyDeletememang cantik sangat... 2 jam kat sini tak cukup masa
Deletesiapakah yg meniarap dipasir itu? haha yaya xtgok running man jd memang xfhm hehe. peminat running man la ni ea
ReplyDeletesiapa lg😂😂tgk video sy share tu😅
DeleteEh... dah part 3? Kena datang balik dan study part 1 dan 2 dahulu nampak gayanya ni.
ReplyDeleteya betul tu sila2😁
DeleteMenarik juga kawasan gurun tu. Zumal ni setakat lalu kat Gurun Kedah tu jer. Tu pun singgah RnR
ReplyDeletegurun tu dkt sgt😀
Deletecantik dan membiru laut kt sana.. cantik tak ada sampah sarap
ReplyDeleteada sampah sarap tp malas nk snap. menyumpah dlm hati je😂
Deletelahh.. ingatkan kawasan mcm ni tak ada sampah.
DeleteBagus gurun dan pantainya, bisa bikin foto dan video cinematik (^^)
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆