Selamat datang, Ramadan!

7:30 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Rasanya, tahun ni sambutan Ramadan tentu lebih meriah jika dibandingkan 2 tahun sebelum. yalah... selama 2 tahun kita dibelenggu pandemik hingga menjejaskan banyak perkara dan aktiviti-aktiviti di sepanjang bulan Ramadan.

dan tahun ni kita kembali meraikannya dalam suasana yang lebih baik namun terkawal. kepada yang berniaga di bazar Ramadan tu, haa... patuhilah SOP ya. kepada yang pergi ke bazar Ramadan tu pun sama. jangan asyik rambang mata tengok pelbagai juadah sampai terlupa nak jaga SOP. 

kepada yang menunaikan solat tarawih di masjid / surau, kebenaran untuk rapatkan saf solat tu, jangan ambil mudah, ya. rapatkan saf tu dah betul tapi pastikan anda sihat sebelum ke masjid / surau. kalau batuk-batuk atau badan rasa tak sedap tu, tangguh dulu. jangan nanti kerana anda seorang positif Covid, habis satu kariah tak dapat beribadah.

kalau tahun lepas ramai di perantauan tak dapat meraikan Ramadan bersama keluarga di kampung. jadi, ambillah kesempatan yang ada ini sebab Ramadan tahun depan... kita pun tak tahu sama ada kita masih lagi bernafas atau tidak.

apa-apa pun marilah kita panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana masih diberi peluang untuk menyambut bulan suci ini. mudah-mudahan, segala amalan dan ibadah kita diterima-Nya.

selamat menjalani ibadah puasa!

marhaban ya, Ramadan!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

43 Words of Lo♥e

  1. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, masih bertemu bulan yang suci di tahun ini, Welcome Ramadhan!

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa.
    Terima kasih atas nasihat diberikan.

    ReplyDelete
  4. syahdu je rasa bila Terawih boleh rapat sejadah, walaupun belum boleh berlaga bahu. moga makin lama makin pulih

    ReplyDelete
  5. Bagus atas peringatan, inshaAllah. Salam Rmadan maaf zahir batin. Moga dipermudahkan urusan beribadah buat Anies sekeluarga.

    Terima kasih Anies share contest tu dan harap Ramadan goodies dah sampai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama. sy pun begitu. insya allah nnt sy beritahu

      Delete
  6. semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua

    ReplyDelete
  7. selamat menjalankan ibadah puasa ya mbak
    semoga lancar jaya dan covid-19 segera hilang agar bisa bersua dengan rekan dan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mas. salam ramadan utk mas sekeluarga di seberang

      Delete
  8. Te mando un beso y mucha suerte con el ramadan.

    ReplyDelete
  9. salam Ramadan anies selamat berpuasa jiwa raga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. salam ramadan utk akak sekeluarga

      Delete
  10. Akhirnya senang blog ini aktif lagi. Saya pun ada fase malas nulis, biasanya artikel lama diupdate saja dengan tambahan tulisan atau bikin artikel baru yang sedang viral topikna sebulan sekali saja, biasanya lebih semangat hehe... Bertepatan dengan bulan Ramadan, semoga kita semua diberikan keberkahan dan kesehatan. Sukses selalu. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja hakiki harus diutamakan, mas.insya allah moga istiqamah. salam ramadan buat mas sekeluarga di seberang

      Delete
  11. Bom dia minha querida amiga. Um domingo cheio de paz e saúde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bom Dia. agora estamos no terceiro dia do Ramadã ;-)

      Delete
  12. setelah sekian lama tidak rapat saf di masjid...sedikit rasa kurang selesa pulak masa solat .

    sebab dah biasa keadaan jarak-jarak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sy pun rasa mcm tu. dah laa kebanyakan jemaah org tua..

      Delete
  13. Alhamdulillah.. memang nampak meriah Ramadan kali ini..
    Salam Ramadan buat Anies..

    ReplyDelete
  14. ramadhan kareem buat anie sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.
      salam ramadan juga buat sis sekeluarga

      Delete
  15. selamat berpuasa anies.. jgn lupa sahur

    ReplyDelete
  16. Salam Ramadhan.. selamat berpuasa untuk Anies sekeluarga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... salam ramadan jg buat cik tk sekeluarga

      Delete
  17. Alhamdulillah..tahun ni Ramadhan dan Raya lebih indah. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa Anies.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆