Ninh Thuận, Vietnam: explore the sand dunes @ Mũi Dinh #1

1:01 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI. jemput baca ya cerita basi anies ni!😂😂😂

>>::<<

jam menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah hari. bas yang kami naiki tiada tanda-tanda untuk berhenti. perut dah mula meniupkan keroncong. lapar beb...

tapi disebabkan pemandangan di luar bas sangat menarik, jadi anies bagaikan terlupa sekejap akan kelaparan tu. bila mata terpandang laut yang membiru dari kejauhan, rasa excited pula yang muncul. dalam hati menebak, adakah kami akan bersiar-siar di tepi pantai di tengah-tengah panas terik ini?

bas masih tidak berhenti walaupun kini ia sedang melewati satu kawasan 'gurun' yang mana hanya kelihatan pasir dan bukit batu semata. tak ubah macam berada di padang pasir! tapi sekarang kami berada di Vietnam! macam mana pula boleh sampai ke Gurun Sahara?😂😂😂

tiba-tiba anies teringat kata-kata blogger Farah Wahida. katanya, dia dah lama kepingin nak melawat 'gurun' Kedah ni bila datang ke Vietnam. so, anies assumed inilah gurun yang Farah maksudkan.

ralit memerhatikan kawasan pasir berdengung kiri dan kanan, tiba-tiba bas berhenti tepi jalan. anies dah cuak. bas rosak ke? ayo! mana nak cari bantuan kecemasan kat tengah-tengah gurun ni?😂😂😂

laa... rupa-rupanya kami dah sampai tempat yang dituju. sebaik turun bas, our tour guide; En. Yunos terus arahkan kami naik tractor! what?!!😅😅😅

tanpa berlengah, maka kami pun menghampiri tractor yang dimaksudkan. dari jauh, kelihatan dua buah tractor sedang menghala ke arah kami. disebabkan malas nak tunggu tractor lain, anies, pak cik dan mak cik terus tuju ke tractor yang berada di tepi jalan. anies pilih untuk duduk kat depan (tractor front loader bucket - betul tak namanya?) sama-sama pak cik dan mak cik. bila duduk macam ni terasa macam pekerja di tapak pembinaan pulak!😂😂😂

bila tractor bergerak, apa lagi? masing-masing mula menjerit. tak tahulah menjerit sebab excited atau menjerit sebab tractor melalui kawasan berbatu.

secara peribadi anies cukup puas hati dapat duduk kat tractor front loader bucket ni sebab dapat snap banyak scenery menarik. dalam hati masih tak percaya yang kami sedang melalui satu pengalaman yang sangat menarik.

anies tak tahu ke mana destinasi yang driver tractor akan bawa kami. yang pasti kami betul-betul enjoy dapat naik tractor dan menyaksikan sand dunes yang lain daripada yang lain.

disebabkan gambar terlalu banyak kat sini, jadi entry di Mui Dinh (disebut Mui Ne) ni anies bahagikan kepada beberapa bahagian.

insya Allah, anies akan sambung lagi part #2 pada minggu depan.

before that, enjoy the photos! 

lepas turun bas, kami pun seberang jalan. laluan ni adalah laluan untuk ke Nha Trang (ke utara Vietnam) manakala laluan sebelah (kanan gambar) adalah laluan ke selatan Vietnam. kenderaan memang tak banyak. kalau rasa nak kuak lentang kat atas jalan ni pun boleh😂😂😂

haaa... ni laa tractor yang anies maksudkan. 1 tractor boleh dinaiki 5-7 orang termasuk driver.

sementara menunggu tractor yang lain tiba, korang boleh berkumpul kat pondok (sebelah kiri gambar). kat pondok ni juga kami makan tengah hari selepas selesai explore kawasan ni. oh ya. kalau nak naik Jeep pun boleh juga. tapi harganya lebih mahal berbanding naik tractor. that's okay. sebelum ni kami dah pernah naik Jeep kat Da Lat (korang boleh baca entry anies naik Jeep di SINI)

kami dah get ready nak bertolak ni. cahaya matahari memang terik. tapi tak terasa panas sebab ada angin laut.

sebelum bertolak... cantik kan batu 'bertenggek' ni? entah macam mana laa kejadian ni boleh berlaku kan? batu dari laut boleh terdampar jauh ke daratan. Subhanallah! tak terjangkau akal fikiranku fasal batu ni. ni belum lagi tengok ciptaan-ciptaan-Nya yang lain.

okay. tractor mula bergerak. nun di sebelah sana adalah Laut China Selatan ya...

tractor bergerak lagi ke tengah... di kawasan ni korang masih boleh jumpa rumput-rumput dan batu-batan dalam pelbagai saiz dan bentuk. oh ya... kalau tak silap anies, kawasan ni dipanggil red sand dunes. kat Mui Dihn ni ada 2 warna pasir. putih dan merah. kat mana kawasan white sand dunes? nanti anies share ya...

boleh dapat gambaran tak macam mana kawasan kat Mui Dinh ni? ya... batu-batan atas bukit tu adalah batu-batan dari laut ya... perhatikan jarak dari laut ke bukit tu? macam mana batu-batan tu boleh 'berkumpul' lalu membentuk sebuah bukit batu? Subhanallah! akalku tak terjangkau ya, Tuhan...

tu bas kami. bukit batu laut ni sangat tinggi. tak sure laa sama ada ada yang pernah mendaki atau sebaliknya...

tractor yang kami naiki dah jalan dulu. gambar batu 'bertenggek' yang anies snap dalam foto pertama... cuba korang bandingkan saiznya dengan tractor tu?

well... tu jelah perkongsian untuk Ramadan ke-12 ni. kalau korang ada apa-apa nak tanya fasal Mui Dihn ni, drop je komen korang kat ruangan komen di bawah ya. 

thanks 4 reading.
daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

34 Words of Lo♥e

  1. BESARNYA BATU BERTENGGEK..TAKUT JUGA NK BEERTENGGK

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat kak cuma time angin jgn laa duduk bwh batu tu hehe

      Delete
  2. Seronoknya naik tractor memang menarik tempatnya, haha bole kuak terlentang ye atas jalan raya tu :))

    ReplyDelete
  3. lain kali ko offer la nak drive tractor tu, mesti lagi best. hehe. share lagi! basi pun takpe. haha

    ReplyDelete
  4. Jauh perjalanan luas pemandangan..

    ReplyDelete
  5. Boa noite. Desejo um excelente final de semana para você e sua família.

    ReplyDelete
  6. Bagus pemandu pelancong Anies buat kejutan tidak tahu pergi mana.
    Satu kejutan indah ada gurun yang luas dengan batu besar.
    Betul agaknya batu ditolak oleh laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada ckp rasanya tp tu laa selalu tak amik port. sy duduk belakang antara dgr dgn tak je hahaha

      Delete
  7. Ni bla mana punya perjalanan..haha..sblm covid kan?

    ReplyDelete
  8. Fuh !..betul-betul awesome la journey anies kali ini..

    ReplyDelete
  9. Tak expect batu tu besar dari tractor.. ingat besar biasa je..haha

    Salam kenalan

    ReplyDelete
  10. Bila tengok gambar last baru nampak besar rupanya batu tu.

    ReplyDelete
  11. Pana terik lah di gurun ni.
    Hati-hati nak jalan bawah batu, takut ada angin kuat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terik tapi tak terasa sebab angin laut kuat sangat

      Delete
  12. Combination langit biru Dan watna pasir mmg cantik sgt. Tentang je tgk

    ReplyDelete
  13. Unik betul batu bertenggek tu. Macamanalah dia boleh bertenggek elok macam tu kan. Semuanya kuasa Allah. Memang cantik permandangan di sand dunes ni.

    ReplyDelete
  14. Ala, rasa dah komen dah kat pos ni. Hilang lagi agaknya. huhu..sedih...
    Cantik memang cantik tempat ni. Terpaku tengok batu bertenggek tu. Risau je kalau tengah bergambar tiba tiba dia jatuh pulak.

    ReplyDelete
  15. subhanallah tak dpt nk fikir mcm mana batu2 laut tu ada kt situ. mungkin tsunami ke ombak besar ketika dulu mengubah bentuk

    ReplyDelete
  16. Ada yg bilang daerah sana dulunya juga lautan, tapi Krn terjadi gempa atau pergesaran lempeng bumi, jadi terbentuklah daratan. Makanya banyak baru2 lautan yg ada di sana. Wallahu alam ya kak. Tapi memang kalo dah liat hal2 begini, rasa tak sampai akal kita. Besar sangat kuasa Allah. Saya ke Vietnam hanya HCMc saja. Teringin pastinya nak balik kesana dan visit kota2 lain

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆