Oversize Cops

2:15 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis ringkas:

Bersama-sama tiga rakan sekerjanya, Can ditugaskan untuk menangkap perompak dalam satu kes kecurian. namun operasi mereka menjadi buah mulut dan viral seluruh Thailand kerana kegagalan mereka memberkas penjenayah tersebut akibat fizikal mereka yang gemuk.

disebabkan mereka telah mencalarkan imej institusi keselamatan negara, ketua mereka memberi amaran. jika mereka tidak berjaya kurangkan berat badan dalam tempoh 3 bulan, jawatan mereka akan dilucutkan atau dalam kata lain, mereka dipecat!

Can dan rakan-rakannya berasakan amaran tersebut amat mustahil untuk direalisasikan. namun kedatangan zumba dance trainer bernama Meen berjaya mengubah misi mereka. mereka jadi lebih bersemangat untuk kurus dan sihat dan seterusnya dapat berkhidmat dengan lebih baik.

akan tetapi, kes rompakan lain yang lebih rumit telah membantutkan usaha mereka. antara kerja-kerja menyiasat dengan misi untuk kurus, mereka terpaksa memilih yang terbaik. jadi, apa pilihan yang mereka terpaksa akur?

poster. credit.

review:

antara filem komedi terbaik dari Thailand pernah anies saksikan. bukan sebab fizikal mereka tetapi kerana reaksi spontan yang mereka tunjukkan. filem ni diterbitkan pada 2017 dan diarahkan oleh penulis / pengarah Phuwanit Pholdee; yang juga pengarah bagi filem My Boss Is A Serial Killer (2021) & App War (2018).

bak kata orang jangan pandang sebelah mata. atau... don't judge the book by its cover. fizikal mereka bukan penghalang untuk mereka bertindak bijak dan menumpaskan penjenayah. yalah... kalau tak bijak masakan mereka boleh jadi polis, kan?

nak ulas panjang-panjang, anies memang tak reti. btw, kalau korang bosan atau terasa nak bersantai-santai, ni filem yang anies recommend untuk ditonton! sure korang puas hati!

trailer Oversize Cops. credit. 

selamat menonton!

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

42 Words of Lo♥e

  1. Jalan cerita lain dari yang lain.
    Hehe saya memang tidak pernah nampak polis yang gemuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sini je kot ada polis berbadan gempal. tapi polis2 kat thai mmg wajib kurus setau sy laa

      Delete
  2. Boa tarde minha querida amiga. Passando para desejar uma excelente terça-feira.

    ReplyDelete
  3. Dari ekspresi wajahnya, sudah bisa di guess, ini film lucu.
    Sudah lama tak nonton film Thailand.

    ReplyDelete
  4. Menarik bila baca reviews Anies.
    Mrs.A nak tengoklah nanti kat netflix ke?

    ReplyDelete
  5. Gracias por la reseña, se ve divertida. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. Menarik gak ni. Boleh layan nanti buat hilang stress lepas tengok liverpool

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko sekapal dengan pak meon ke ni? stress stress bagai hahahaha

      Delete
    2. hahaha. kesian tau pak meon. ni semua mesti tulah gaduh dengan Beckham WC98 dulu

      Delete
    3. laaa penyokong inglen rupanyaaaa

      Delete
  7. saya sudah lama kurus dan belum mahu lagi gemuk seperti polis tersebut hahaha

    ReplyDelete
  8. jenuh kalau polis chubby2 ni hehe

    ReplyDelete
  9. Mesti kelakar ni, dengan ada zumba hehe.. Untuk bergerak pantas berat badan main peranan kan..

    ReplyDelete
  10. cerita yg menarik ditonton ni

    ReplyDelete
  11. MENARIK..cerita Thai kalau ada unsur lawak memang menjadi lawaknya..hehe

    ReplyDelete
  12. Movie Thai kalau kelakar, memang kelakar. Bolehlah tengok nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... filem thai ni kalau kelakar mmg betul kelakar bkn main2 hehehe

      Delete
    2. Okay dah tengok movie ni. Ingatkan dorang akan kurus, rupanya tak jugak. Lawak betullah! Boleh relate dengan kita ni yang nak kurus, macam macam godaan. Mencabar sungguh. Paling tak boleh blah, ada pulak dewi anta makanan. Gelak besar scene tu. hahaha...

      Delete
  13. Kalau tengok a few cerita omputih, sherif mok mok tak larat nak lari kejaq pencuri sebab kuat makan donat manis berkrim 😂

    ReplyDelete
  14. wah menarik, ini ada di YouTube? pantas saya cari-cari di netflix tapi takde.. hehehe

    ReplyDelete
  15. lama tak tengok mobie siam ni

    ReplyDelete
  16. tak tgk lg movie ni.. ada kt netflix ke

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆