...السلام عليكم
Sambungan daripada:
30.03.13 : It's a beautiful day! (3.30am~5am)
30.03.13 : It's a beautiful day! (5am~7.45am)
30.03.13 : It's a beautiful day! (9.30am~12.30pm)
cepatnya masa berlalu.
seriously, tak puas berada kat Langkawi ni dalam tempoh kurang daripada 10 jam.
pejam celik, pejam celik... tup tup...
dah kena balik semula ke KL.
kepada yang bertanya, macam mana anies boleh dapat naik Charlie ya? (cerita tentang Charlie ada kat link di atas tu)
sebenarnya semua ni kerana tunang kepada officemate anies.
dia seorang pegawai tentera.
kerana beliaulah, anies dapat merasa pengalaman naik aircraft ni, sekaligus memberi peluang menyaksikan L.I.M.A 2013 secara percuma.
alhamdulillah...
satu moment yang pasti tak kan anies lupa sampai bila2.
well, lepas balik dari Pusat Bandar Kuah, kami terus menuju ke tapak di mana berlangsungnya L.I.M.A 2013, yang terletak bersebelahan airport Langkawi.
jalan sangat2 sesak sebab orang ramai nak menyaksikan pertunjukan udara untuk kali terakhir yang dijadualkan bernula pada pukul 2pm.
tak nak menceceh panjang2.
layankan je ye apa yang ada ni...
sebelum masuk Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), bergambar di hadapan pesawat Eurofighter Typoon ni hukumnya wajib.
oit, bukan replika tau!
nak duduk kat kokpit tu, mahu sejam beratur baru dapat turn!
antara pegawai tentera yang ikut serta dalam rombongan ni...
amacam?
ensem ke tak?
tak ensem?
tak pe...
view MIEC dari depan.
walaupun kelihatan redup tapi sebenarnya panas giler!
lai... lai... kita tengok apa yang ada kat dalam MIEC ni...
masa ni, orang ramai dah berpusu2 keluar.
sebab hanya beberapa minit sahaja lagi pertunjukan udara (HO) akan berlangsung.
directory ni banyak membantu.
jangan risau kalau tersesat or tak jumpa tapak pameran.
sebenarnya bukan nak ambil pun gambar mamat ni.
tetiba je dia muncul.
well, apa yang ada di dalam MIEC ni?
segala atuk nenek tentang maritim dipamerkan termasuk syarikat2 yang membuat kapal, syarikat2 yang membantu melancarkan sistem maritim dan banyak lagi.
MIEC sangat2 luas.
tak sempat nak menjelajah keseluruhan tempat.
bukan sahaja syarikat tempatan, malah syarikat2 luar juga turut mengambil bahagian.
jentera, kenderaan, replika kapal etc. turut dibawa masuk ke dalam MIEC ni.
kalau nak test drive pun boleh.
tapi tak bergeraklah...
macam pic kat atas ni...
segala maklumat tentang L.I.M.A 2013 akan dikumpulkan di sini oleh wartawan dan pemberita dari seluruh dunia.
jangan risau tentang makanan.
MIEC turut menyediakan kiosk.
tapi harganya mahal la...
moh kita tengok apa yang berlaku kat luar MIEC?
deretan bendera, termasuk bendera negara2 yang mengambil bahagian dalam L.I.M.A 2013.
orang sangat2 ramai, okey...
jangan tanya anies...
ni pesawat apa...
yang tu pesawat apa ya!
memang sepatah haram anies tak tahu...
hehehe
anak2 kecil dan budak2 muda lah yang paling teruja bila tengok pesawat2 canggih di depan mata.
yelah... sebelum ni cuma tengok kat langit je kan?
okey... yang ni anies tahu pesawat apa.
ni pesawat milik TUDM.
hehehe...
ada pesawat / heli yang boleh diambil gambar secara dekat.
ada yang tak boleh kecuali yu ols pakai tag 'reporter'.
any pesawat yu ols boleh terjah tanpa sebarang kawalan.
tak larat nak jelajah dari satu pesawat ke satu pesawat yang lain.
tak tahan cuaca yang amat2 panas.
walaupun langit kelihatan mendung.
cuma pesawat komersial sahaja yang tak dipamerkan di L.I.M.A.
yang lain2 semuanya ada.
yu ols juga boleh bergambar dengan pilot2 yang mengendalikan pesawat masing2.
nak yang local ke, foreigner ke...
semua ada..
tak dapat naik, dapat bergambar pun cukup laa...
oh ya...
kebanyakan yang ambil bahagian dalam L.I.M.A terutama bidang aerospace ni terdiri daripada kementerian pertahanan udara dari pelbagai negara.
kalau terer, heli ni milik TUDM ke, TLDM??
ketika ni, bunyi bingit dah kedengaran dari sebelah sana.
it means, pesawat2 yang bakal membuat pertunjukan udara tengah memanaskan enjin.
orang ramai sedang menanti pertunjukan udara.
pertunjukan pertama dimulakan dengan US Air Force.
antara pesawat terbesar yang dibawa ke Langkawi kali ini.
bunyinya memang dahsyat walaupun berada jauh di udara.
seterusnya...
pertunjukan Eurofighter Typoon.
antara pesawat tercanggih yang turut berada di L.I.M.A 2013.
tu bukan bom ya...
seterusnya, Keris Sakti.
pesawat milik TUDM dan aksi stunt ni juga dilakukan oleh anak Malaysia!
well done!
banyak pic yang diambil semuanya gambar langit.
so agak keciwa di situ.
tapi tak mengapalah.
yang penting dah puas hati dapat tengok dengan mata sendiri walaupun sakit2 tengkuk dibuatnya.
;-)
anies tak sempat nak saksikan semua persembahan yang ada.
sebabnya, kami terpaksa bergerak ke airport untuk check in pada pukul 4pm.
di kesempatan ni, anies nak ucapkan TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada Wani & tunangnya (kerana merealisasikan 'angan2' anies) Encik Zaki, Shah serta pihak TUDM yang banyak membantu kami sepanjang berada di Langkawi.
semoga budi baik kalian, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.
kepada kawan2 yang sudi membaca dan drop komen untuk entry2 yang dikongsikan ni, juga terima kasih banyak2.
jangan serik no...
see ya...
daaa....
...السلام عليكم
Sambungan daripada:
30.03.13 : It's a beautiful day! (3.30am~5am)
30.03.13 : It's a beautiful day! (5am~7.45am)
(anies memang suka buat 'drama' yang berjela2 episode nyer... ;-)
selepas menempuh perjalanan hampir 1 1/2jam dari airport Senai, alhamdulillah kami selamat mendarat di sini.
masa tu, sangat2 teruja!
sangat2 happy!
tapi pada masa yang sama berdebar2.
ni kali kedua anies menjejakkan kaki di sini.
kali pertama, kalau tak silap pada tahun 1993.
perrghh... diam2 dah 20 tahun!
kalau ada anak time tu, sure sekarang ni dah bermenantu.
;-)
moh layan mata yu ols dengan pic yang anies dah sediakan ni...
ni la jawapannya...
Langkawi...
here i come!!!
sebaik sahaja touchdown, perkara wajib yang perlu dilakukan adalah:
kita minum bergambar dulu!
oh ya!
aircraft kat belakang tu milik US Air Force one.
antara aircraft terbesar yang mendarat kat airport Langkawi ni.
mmm tak pastilah...
masa sampai kat sini, Langkawi tengah musim apa.
sekali tengok macam baru lepas membajak.
sekali tengok macam baru lepas mengubah.
tapi yang pasti, Langkawi sangat cantik, okey!
rasa macam nak berumah ada tangga kat Langkawi lepas pencen nanti...
;-)
kami bersarapan dulu sebelum bertolak ke Pusat Bandar Kuah.
jarak antara airport Langkawi ke Pusat Bandar Kuah...
macam tercatat kat atas tu...
oh, ya! kalau nak cari makanan esp. kat gerai2 kecil time ni memang payah.
sebab orang terlalu ramai and automatically makanan pun cepat habis.
kalau bernasib baik, dapatlah kerak and kuah je...
masa sarapan tu, anies terjumpa seorang blogger dari ampang.
terlupa pulak nak tanya nama dia.
destinasi pertama...
kedai merangkap kilang proses gamat di Ulu Melaka.
bersebelahan kedai ni ada jual pelbagai souvenir.
murah2 belaka.
buluh tumpat.
RM10 = sebatang.
bukan sekadar boleh buat ubat tetapi juga boleh buat rotan anak yang dah 10 tahun, tapi tak mo solat.
nak rotan mak nyer dan pak nyer yang tak nak solat tu pun boleh...
;-)
pilih pokcik pilih.
antara pegawai tentera yang ikut serta dalam rombongan ni.
belek, belek.
letak balik.
belek, belek.
nak letak... tapi teringat...
entah bila la nak sampai ke sini lagi...
so angkutlah sebotol dua....
well... next destination...
mana lagi kalau bukan ke Pusat Bandar Kuah.
kalau dah ke sini, menebeng kat HIG ni adalah wajibul ghunnah.
moh kita tengok apa yang ada kat HIG ni!
of couse la...
pinggan mangkuk hayon yang pastinya menggugurkan segala jiwa raga bakul yang ada.
lebih2 lagi orang pompuan kan?
elehh...tak yah la nak segan2.
memang betul pun kann...
kalau tak datang dengan si Charlie tu...
mau anies angkut satu set pinggan mangkuk tu!
rambang mata ai ols...
tak beli pinggan mangkuk, kita rembat... coklat!
perrghhh memang heaven lah!
kalau kat KL ni... bila masuk kedai, memang tak bernafsu langsung bila tengok coklat yang tersadai kat atas rak tu.
tapi kat HIG ni...
kalau boleh semua coklat yang ada nak angkutlah!
sik baik kau kecik wahai bakul.
kalau kau besar, mahu rabak juga purse ku ini.
(ni ayat untuk sedapkan hati ya tuan puan...)
tepat 12.30 tengah hari, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Pusat Bandar Kuah.
OTW ke airport, kami melintasi kawasan ni.
kalau tak silap namanya 'Permandangan Luas'.
orang Langkawi... betul ke tidak?
kalau waktu malam, mesti cantik agaknya Pulau Legenda ni...
banyak gerai jualan di sini.
tapi kami tak singgah pun.
nampak je redup tapi sebenarnya hangat membara...
okey, kami dah sampai ke destinasi terakhir.
nantikan final episode, esok.
daaa....