30.03.13 : It's a beautiful day! (5am~7.45am)

9:39 am

...السلام عليكم

Sambungan daripada:
30.03.13 : It's beautiful day! (3.30am~5am)

sebaik sahaja semua penumpang selesai check in, maka seperti yang dijadualkan, kami mula bergerak meninggalkan Pangkalan Udara Subang.
bukan dengan kereta.
bukan dengan keretapi.
bukan dengan kereta bomba.
bukan dengan kereta kebal.
tapi dengan aircraft!

ya betul!
tak tipu.
dengan aircraft!
bukan aircraft kat fun fair tu.
dan juga bukan aircraft yang dibawa ke Lahad Datu tu ya...
tapi aircraft yang anies naiki ni, (lebih dikenali sebagai Charlie) adalah aircraft milik TUDM.
dan kami berlepas kira2 pukul 5.30am.

teruja tak, anies?
bohonglah kalau anies kata tak teruja.
walaupun mata mengantuk tahap gaban (bangun pukul 1am), tapi bila nampak je si Charlie ni...
terus hilang rasa mengantuk!
tambahan pula, ni mungkin pengalaman seumur hidup.

tapi siapa tahu kan...
insya-Allah, akan datang anak anies jadi pilot TUDM.
mungkin merasa sekali lagi naik Charlie ni...
oopsss... terlebey sudah...

well kalau ikut senarai sedia ada, ada 7 orang penumpang semuanya (yang bertolak dari Subang)
tapi ada la seorang hamba Allah ni... datang lewat.
so, bye2 laa...

kerja dengan orang tentera ni kena punctual.
kalau dia dah beritahu check in pukul 4am, memang tepat pukul 4am dia dah buat kerja.
(mmm kalau tahu dia terlewat, sure anies angkut sorang lagi pergi bersama!)

oh, ya...
agak2 yu ols, anies nak menuju ke mana ni?
dah dapat jawapan ke belum?
kalau belum, moh layan pic yang ada ni!

yeeeeeeehhhaaaaaa...
ni la aircraft a.k.a Charlie yang dimaksudkan.
masa ni dah selamat mendarat.
tapi... tapi... ni bukan destinasinya.
masa tiba kat sini, jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.
so kami pergi solat dulu sebelum posing2 maut macam pic kat atas ni.
nama posing ni adalah: i believe i can fly.

hah, acu teka.
anies kat mana?
Johor ke Kelantan?

siapa yang jawab Kelantan, sila ketuk ketampi 0.0021 kali.
yang jawab Johor, silalah melompat dengan gembiranya... 
yeahhh...
well, anies sekarang berada kat airport Senai.
perjalanan dari Subang ke sini memakan masa kira2 sejam.
masa pic ni diambil, waktu menunjukkan pukul 7 pagi.
cuaca amat baik.
tak ada hujan, tak ada salji.
suasana agak sibuk juga pagi tu.
ketika anies sampai, ada 2 flight Air Asia, dan sebuah flight MAS.
eceh... jadi promoter airport Senai la pulak kannn...

kunun2nya nak amik gambar view KL pada waktu Subuh...
tapi hapa pun tak nampak...

nak ambil gambar sunrise yang maha cantik, tapi... mmmmm....
so, tengok je la model yang tengah posing sakit pinggang tu yek!

susah sebenarnya jadi unpaid model ni.
ke mana je kita pergi, ada jeee orang nak sibuk interprem
;-)
nak muntah?
silakan...
FYI, pintu depan tu sebenarnya bukan laluan utama.
tapi kerana kami penumpang bertuah (bertuahlah sangat..), jadinya kami diberi peluang untuk lalu lalang kat pintu tu.
nak posing ke, nak menonggeng ke, nak kuak lentang ke...
no hal la...

masa ni, memang tahan telinga lah!
tapi, kerana pengalaman seumur hidup, anies redha je...
si Charlie ni, walaupun dah mendarat tapi enjinnya tetap dihidupkan.
sebab tu bingit ya amat!
pssttt... kenapa bila posing, mesti letak tangan kat pinggang, hah??
ada sesapa boleh tolong jawab?

jangan silap tafsir ye..
tu bukan peluru berpandu milik Israel.
dan bukan juga milik North Korea.

Charlie, dari bahagian sisi.
anies sempat telek tayar si Charlie ni...
dah botaklah...
tapi jangan risau.
JPJ tak check pun.

si Charlie ni nama sebenarnya adalah C130 (Angkasa 468).
bila ditanya tentang usianya, kata pilot TUDM tu, dah lebih 20 tahun.
dah tua rupanya.
oh ya... lupa nak cakap...
abang2 pilot tu... henseemmm...
ops!
karang ada yang kena tidur kat kandang kuda malam ni... 
;-)

Charlie, dari bahagian belakang.
laluan masuk utama.

moh kita tengok bahagian dalam perut si Charlie ni pulak!

laluan utama.
beg2 yang berwarna merah tu berisi makanan untuk yu ols kiteorang.
kali ni model dah tak posing sakit pinggang lagi.
posing tiang letrik pulak...

seat dalam Charlie ni boleh memuatkan penumpang seramai 80 orang (kalau tak silap) termasuk anak kapal (crew)
yang warna merah bertali2 tu adalah seat nyer ya tuan puan.
jangan mimpi nak naik Charlie tapi nak seat macam business class.
ada yang senget pipi tu nanti! ;-)

dinding perut Charlie.
walaupun nampak macam kat bengkel kereta Ah Seng, tapi air cord dalam Charlie ni...
ya Rabbi... sejuk giler3!
rasa nak terkancing gigi bila menahan kesejukan ya amat!

close up seat di dalam perut Charlie.

masa ni OTW dari Subang ke Senai.
yang dua orang tu kawan kami dari Utusan.

lantai 'si Charlie'.

bahagian enjin rasanya.
terletak di bawah kokpit.

air teh panas yang disediakan oleh crew Charlie.
best wooo...
dalam kesejukan tu dapat air panas.
macam dapat emas!


untuk sarapan pagi.
simple tapi dah cukup mengenyangkan.
alhamdulillah.

bila semua 70 orang penumpang di Senai dah berada di dalam Charlie, maka kira2 pukul 7.45am kami meneruskan perjalanan ke sini.
tahu tak kat mana ni???
tak tahu?
tak pe...
tunggu next entry ya...


p/s ada gambar di dalam kokpit semasa penerbangan tapi tak sempat nak ambil daripada kawan.
insya-Allah, senang2 nanti, anies share dengan yu ols okey!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

28 Your Words of Lo♥e

  1. Ko anies saja jekan kasi akak tertunggu-tunggu jerk...

    ReplyDelete
  2. Anies. Acaner anies boleh naik ni... hehe.
    Makanan tu memang letak sedia dalam box ehhh

    ReplyDelete
  3. bertuahnya.. bukan sng nak dpt peluang ni..

    ReplyDelete
  4. bertushnya anies.rugi kawan yg terlambat tu.tak sabar akak nk tggu entri seterusnya

    ReplyDelete
  5. kira bertuahler tu tak senang gak nak dapatkan... nak kemanalak ni.. suka teka teki..

    ReplyDelete
  6. bestnya dpt naik aircraft ni nok...jeles aku...

    pengalaman berharga tu...

    ReplyDelete
  7. bestla..bukan semua org awam dpt naik aircraft tu

    ReplyDelete
  8. seronoknya dapat naik aircraft tu...pengalaman berharga tuh anies..

    ReplyDelete
  9. Waa bestnya, tumpang excited ni, tak merasa lah ummi pengalaman cam Anies ni.

    ReplyDelete
  10. assalam anies..acik rasa macam takut pulak tengok seat nya tu..

    ReplyDelete
  11. tak sampai2 lg ke langkawinya..

    ReplyDelete
  12. jeles giler ok! mmg pengalaman yg indah weh... nmpk mcm scary je dalam charlie tu tp bestnyer dapat merasa naik charlie.

    ReplyDelete
  13. Wahh..best nya dpt peluang mcm no kan..:d

    ReplyDelete
  14. seronknyer.,. bertuah badan yer jeles2

    ReplyDelete
  15. sronok tgk pose anies... mmg nmpk hep[y sgt2...
    sejuk tp anies x pakai sweater pon ehhee

    ReplyDelete
  16. Seronoknya....akak pun teruja tengok...anies kat situ..

    ReplyDelete
  17. salam Anies....bertuahnya dia dapat naik Charlie...Ini mesti masa LIMA ari tu kan?

    ReplyDelete
  18. bestnya...tak pernah merasa dapat naik..

    ReplyDelete
  19. ni yang maleh ni..nak tahu sekarang jgk nak pergi mana...hehe

    ReplyDelete
  20. Bestnyerrr.. Bertuah badan..

    BTW pic 1st tu cantik...

    ReplyDelete
  21. dulu bunda pernah beberapa kali naik charlie ni masa arwah suami berkhidmat dalam ATM kat Sarawak..thn 80an..

    ReplyDelete
  22. syoknya!!!syoknya!!!!naik charlie!!!haaaa..nk g mane lak tu,yang?g langkawi ke?eheheeh!!

    ReplyDelete
  23. arrrrrr....bestnyer...bestnyer...bestnyerrrrr.....

    teruja tengok pic nie....

    ReplyDelete
  24. hahaha.. lawaks ko anies. siap ada nama lagi style ko bergambar .I believe i can fly" ahakssss

    ReplyDelete
  25. dapat gak merasa naik charlie . siap ada bekalan makanan lagi ... jeles wooo

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆