Otten Ville Boutique Hotel, Bandung

10:10 am

...السلام عليكم

Minta maaf banyak2 ye...
lately, anies banyak up entry pasal kat Indon je, kan?
SERIOUSLY, bukan nak menunjuk2 atau seadik-beradik dengannya.
sekadar memberi cadangan dan berkongsi dengan kawan2 semua.
manalah tahu, insya-Allah akan datang rezeki yu ols pula kan menjejakkan kaki ke sana.
anies doakan hajat yu ols tu akan tercapai.
amiinnn.

walaupun anies tak beri full guided, tapi sekurang-kurangnnya kalau yu ols yang pertama kali nak ke Jakarta / Bandung, bolehlah jengah2 blog ni untuk dapatkan idea2 cun ke mana nak pergi ke tempat2 yang best tapi berbaloi2 dengan RM yang dikeluarkan.
lainlah kalau pergi 'bersponsor'.
tu dah cerita lainlah pulak!

well, berbalik kepada title entry kali ni.
sepanjang berada di Bandung, hotel ni menjadi pilihan.
kenapa? mmm tak ada sebab sebenarnya.
mungkin juga kerana dekat dengan tempat2 bershopping dan bersukaria.

hotel ni terletak di Jalan Dr. Otten, di mana nama hotel ni digunapakai.
suasana persekitarannya tak bising walaupun berhadapan dengan jalan raya.
cuma yu ols kena bersabarlah bila pagi2 lagi sebelum yu ols nak keluar tu, para peniaga2 kecil dah menunggu depan hotel eps. yang datang secara rombongan.
once yu ols melangkah, bersedialah untuk disebu oleh mereka.

view Otten Ville dari tepi jalan.
cantik, macam rumah omputih kat London tu (ntah betul ke tidak anies ni?)
kalau wahida perasan, hotel ni cuma 50 meter je dari Amanda Brownies.
tu pun kalau perasan la... 

kalau gi ke Bandung dan nampak logo ni, hah... bolehlah singgah ke sini barang sehari semalam.
eceh, macam promoter iklan lah pulak!

TV memang disediakan tapi bukan tengok pun.
balik je terus zzzz..

sebilik ada dua katil.
oh ya, air cond pun ada.
bilik air? eh, mestilah ada!
cuma tak sempat nak snap je.

setiap bilik, dindingnya berbeza.


bilik hotel.
serba putih.
i looiiikkee!


tangga ke tingkat atas.
hotel ni cuma dua tingkat je.
so kalau dah bershopping satu lori, pandai2 la angkut barang sendiri bawa naik ke atas ya!
maafin mbak!
tak ada bellboy yang akan tolong yu ols angkat beg.

ruang makan.
masa ni dah tengah malam.

tingkat atas hotel pada waktu malam.

menu untuk sarapan pagi.
macam kat Malaysia juga.
ada bihun goreng, nugget, sosej dan scramble egg.
nasi lemak pun ada tapi dipanggil nasi uduk.
harga untuk sarapan pagi (kalau tak nak dimasukkan dalam pakej penginapan) adalah Rp45 000 (+-RM14)

ruang makan yang sekangkang kera.

laman yang terdapat di tengah2 hotel.
nak makan kat sini pun tak apa.
hotel ni pun bukannya besar sangat.

lobi hotel.
masa ni tengah bersiap2 untuk ke pasar baru.
excited ni!

kat lobi hotel jugak.
apa kena dengan anies masa tu?
nanti anies cerita ek!
tungguuu...

for more info about this hotel, click here.

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

25 Your Words of Lo♥e

  1. klasiknya hotel tu ddari luarrr :)

    ReplyDelete
  2. seronok nya jenjalan..nmpk gaya pnjg lah n3 kat kat indon ni ye,,x pe kita org eNJoy ngan n3 ANIES Ni;DD

    ReplyDelete
  3. Akak dah pernah pergi Bandung tapi dok berangan2 nak gi satu family pulak.

    ReplyDelete
  4. aku x perasan hotel ni nok...nampak cantik dari luar...cantik bilik serba putih...i like...

    ko sakit perut ke tu?

    ReplyDelete
  5. Cantik senibina hotel tu Anies.
    Betul tu Anies, kadang2 n3 macam ni dapat juga memberi panduan kepada yang ingin melancong ke sana.

    ReplyDelete
  6. chanteknye...nie yang buat rietta nk bercuti lgi nie...hehehe....

    ReplyDelete
  7. cantik..nti sesat2 bolehlah buka blog anies

    ReplyDelete
  8. suka la room tu. memang cantik. kalau berduit nak je deco bilik tido cam tu. hahahaha..

    ReplyDelete
  9. mamaD memang dia ada plan nak ke sana brcuti...bagus jgk anies bg idea..boleh rujuk sini nt bila sampai masanya..., uikss! awat anies tu...kecapekan eh ?

    ReplyDelete
  10. seronoknya....tgk bilik hotel terasa nak pi..

    ReplyDelete
  11. cantik...unik hotel tu...boleh tiru nak buat design rumah sendiri...hihihih

    ReplyDelete
  12. cantik...unik hotel tu...boleh tiru nak buat design rumah sendiri...hihihih

    ReplyDelete
  13. rujukan dah ada..carilah anies he..he..
    selesa sangat..

    ReplyDelete
  14. cantik yerk.. suka.. suka...
    kalau dah dekat ngan tempat shopping suka jer kan... akak suka blog orang jalan2...

    ReplyDelete
  15. wahh.. cantikk gilosss...
    anis pening kerr???

    ReplyDelete
  16. waa..cantik hotel ni,
    nxt tme leh check in kt sini..
    rm berapa semalam nies?

    ReplyDelete
  17. mmg cantik hotel ni :)) teringinnya nk pegi sana ..doa2kan,ye :)

    ReplyDelete
  18. kelihatan sungguh menarik dan pasti sangat selesa kan...

    ReplyDelete
  19. Cantik dekorasi dalam bilik, nampak tenang je ;D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆