Shopaholic abroad chapter 2 : Pasar Baru, Bandung

11:27 am

...السلام عليكم

Sambungan daripada Shopaholic abroad : chapter 1.

sebut je pasar baru, semua shopaholic dah terbeliak biji mata kan?
yelah, sapa yang tak suka membeli-belah kan?

sebelum sampai ke sini, anies tertanya2 jugalah, apalah yang best sangat dengan pasar baru ni?
yelah, sana sini dok canang.
kalau pergi Bandung, wajib singgah pasar baru ni tau!
kalau tak singgah, memang meloponglah sepanjang hayat.
tu kata orang la.
kata anies?

well, moh la kita layan apa yang ada ni yek!
tak banyak pic yang diambil sebab masing2 dah meroyan bershopping.
anies pulak masa tu tak berapa sihat.

suasana biasa di pintu masuk pasar baru.
memang sesak.
walaupun bukan weekend / hari cuti umum.
bukan takat berlaga bahu je, malah berlaga tumit!

huiii... kedai2 baju bersulam ni memang menggoda jiwa.
yu ols tawar-menawarlah sampai kering air liur.

disebabkan kenal sesangat dengan empunya kedai kain ela ni, maka memboronglah kami sebanyak yang boleh.
almaklum je lah, nak raya tak lama lagi.
tapi, puasa dah habis ganti ke??

kedai ni ada dua buah. 
di level yang sama.
banyak kain yang cantik2 dah tinggal 3 meter je.
so nak tak nak cari yang lain.
memang gile2 diskaun dia beri esp. untuk kain kasa Rubiah.
untuk 4 meter, dia kasi Rp 80 000 (RM27) daripada Rp 150 000 (RM48) je.
mama anies bila dapat je baju kasa Rubiah, jam tu juga dia nak potong and terus jahit!

borong borong...
jangan tak borong..
kalau tak memborong, melopong....

baju casual untuk menyengetkan almari oeky!

telekung Indon ni kalau nak dibandingkan dengan telekung Vietnam, lagi best telekung Vietnam.
tapi dah singgah kat pasar baru ni, memang rugilah kalau tak memborong.
tempat yang anies pergi ni memang murah giler.
almaklumlah, kami kenal sesangat dengan tauke nyer.
dari harga Rp 300 000 (RM98), dia beri Rp 200 000 (RM65) untuk kain telekung paling mahal (a.k.a telekung hantaran)
tapi telekung paling mahal bukan macam yang kat atas ni.
yang dalam pic ni biasa je.
kalau tak silap, Rp 210 000 / sehelai.


waduh...penat sudah membeli belah.
purse semakin kempis.
tapi nafsu membeli belah masih tak kempis2 jugak!
cam ne ni??
tolong jawab!
(antara dialog kawan anies pada hari kejadian...)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

24 Your Words of Lo♥e

  1. assalam ..
    wah! betul2 memborong sakan nih..nama pun tmpt tumpuan pelancong tentu lah sesak sentiasa kan..bez bez..

    ReplyDelete
  2. bab2 shopping ni anies, yang membaca ni pun jadi bersemangat juga, rasa nsk terbang ke Bandung je ni.

    ReplyDelete
  3. Nyaris2 booking AA ke Bandung lagik taun depan...hahaaa...

    ReplyDelete
  4. boleh tahan sesaknyer kat sini yer

    ReplyDelete
  5. alamak tolong jangan... akakni yang tak penah sampai2 lagi sini alahai.. next year tripler kot...

    ReplyDelete
  6. tu dia shoping, pilih baju mcm dok pilih ikan kat market. punya la nampak sesak...

    kayo rayo la peniaga kat situ..

    ReplyDelete
  7. haha..tu la sape suruh pergi Bandung? kan dah kempis perut dan poket? takpelah...yg penting baju raya dah ada.

    ReplyDelete
  8. tak pernah sampai bandung lagi...huhu

    ReplyDelete
  9. Byknye borong...bestnye....ada peluang, nnti nk ke sana jugak la...

    ReplyDelete
  10. assalam dear, mama tak jumpa pun tangga yg bersesak tu dear..t/guide mama park keta kat aras atas & kami naik lift..memang gila sakan bershopping..sedar2 poket dah kosong..he2x..

    ReplyDelete
  11. wah! dah shopping raya huhu

    ReplyDelete
  12. tq coklat tadi..tak sempat mkn..dah habis..mmd dgn iman belasah..

    ReplyDelete
  13. amboi... borong sakan nampak.. bestnya :)

    ReplyDelete
  14. kain2 bersulam tu memang memukau..cantik kalau pkai time raya :)

    p/s: mnjwb soalan awk.. sy undi di plau pinang

    ReplyDelete
  15. salam Anies...shopping sakan no. sampai ke Bandung....

    ReplyDelete
  16. seronok juga ye....rasanya hujung tahun nie nak pergi juga...

    ReplyDelete
  17. bawak rm sebuntil puntak cukup kan anies..

    ReplyDelete
  18. mmg sesakla tgk..
    mak aii..syokner shopping..harga sgt2 murah

    ReplyDelete
  19. erkkkk sesaknya... kalau moon..mmg xmampu nak sesak camtu.... huhu

    ReplyDelete
  20. hari kedua madam kat sana pun madam migrain!
    ngkin sbb keletihan..
    apa taknyer celik mata keluar sopink blk malam2...
    selama 5 hari 4 malammmm anis..
    tp bandung mmg heaven!

    ReplyDelete
  21. wah!wah!!!geramnya tgk u ollsss brshopping :)

    ReplyDelete
  22. Bestnyer.. mesti rambang mata nak memilih

    ReplyDelete
  23. kat malysia masa nak raya je sesak lagu tu ... klu saya x sanggup rasanya nak bersesak ...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆