✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Chef celebrity dari UK ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Jamie Oliver (JO) mula jadi bualan dunia apabila muncul dalam rancangan Naked Chef pada sekitar 2000 (kalau tak silap). kepakaran JO adalah masakan Itali dan pernah berguru dengan Antonio Carluccio.
pada 2008 JO telah membuka perniagaan restoran yang diberi nama Jamie's Italian, Barbecoa dan Fifteen.
namun, perniagaan itu berdepan dengan masalah setelah 10 tahun beroperasi. di manakah silapnya? adakah benar kata-kata 'hebat memasak tak semestinya hebat berniaga' yang ditujukan kepada JO?
jom baca 5 punca kerugian JO dalam bisnes restoran ini.
1. penglibatan family / kaum kerabat
bisnes ini dikatakan melibatkan / diusahakan / dilakukan oleh anggota keluarga JO sendiri yang kurang berpengalaman dalam selok-belok dunia perniagaan.
dalam bisnes, it's okay kalau kita nak lantik kaum kerabat sendiri. tapi sebelum tu, pastikan mereka ADA ILMU dalam perniagaan, urusan kewangan, sumber manusia dan lain-lain. jika tidak, lebih baik kita upah orang lain yang ada ilmu dan kepakaran.
2. lokasi tak strategik
kata CEO kepada syarikat JO ni, Jon Knight; lokasi restoran JO bukan berada di kawasan tumpuan ramai. ini menyukarkan pelanggan untuk datang dan menikmati hidangan yang mereka jual.
lokasi sangat memainkan peranan jika anda memilih untuk berniaga secara offline. walaupun 'brand' JO itu sendiri secara dasarnya agak kuat dan popular, tapi itu tidak menjamin pelanggan akan datang dan nak mencuba hidangan yang dijual.
kalau korang sendiri sebagai pelanggan, tinggal di KL tapi restoran kegemaran korang tu terletak kat Endau Rompin. sanggupkah korang nak turun ke sana semata-mata nak makan saja? dah tentu taklah, kan?
gambar sekadar hiasan.
3. cakap tak serupa bikin
JO pernah mencetus kontroversi di mana beliau menentang penggunaan gula berlebihan dalam makanan & minuman. JO menggunakan pengaruhnya untuk menyedarkan orang ramai akan bahaya gula berlebihan.
tapi, sebaliknya berlaku. restoran JO didapati menjual hidangan / makanan yang mengandungi gula dan minyak berlebihan. tindakan ini menyebabkan JO dilabel sebagai hipokrit.
dalam perniagaan atau luar perniagaan sekali pun, kejujuran sangat penting kerana ia adalah asas kepercayaan. bila pelanggan dah hilang kepercayaan ia boleh merencatkan imej perniagaan dan meruntuhkan reputasi yang dibina selama ini.
4. kerana Brexit
pada 2016, ada ura-ura UK mahu keluar dari EU. ini menyebabkan kedudukan mata wang Pound Sterling jadi tak stabil dan sekali gus membuatkan operasi restoran JO meningkat terutama yang berada di luar UK.
restoran JO memang ada masalah sebelum ni. tapi kerana Brexit, ia menambahkan lagi beban sedia ada.
5. tidak fokus pada sesuatu yang kecil
JO dilihat ghairah mahu membesarkan perniagaannya dalam tempoh singkat.
sepatutnya JO fokus pada 1 - 2 restoran dan kemudian kekalkan reputasinya, majukan restoran, tingkatkan keuntungan dan buatkannnya lebih dikenali. bila terlalu banyak cawangan kita tak mampu nak fokus semua. apatah lagi jika team anda lemah
kesimpulannya, bukan mudah untuk kendalikan sesebuah bisnes, sama ada kecil atau besar. ia menuntut banyak perkara selain modal.
asas bisnes paling utama adalah ILMU. kita tak boleh berniaga kerana 'rasa nak berniaga' sebaliknya kita berniaga sebab kita nak selesaikan masalah orang ramai. ini kerana bisnes wujud disebabkan 'wujudnya' masalah.
tapi ada antara kita berniaga sebab apa? sebab nak untung cepat atau kaya segera nak tayang Ford Mustang. kalau macam tulah niatnya, sampai ke sudahlah bisnes anda stuck di situ.
tak pun, berniaga sekadar isi masa lapang je ke, bang?😂😂😂
teks asal dan diubahsuai daripada SINI.
thanks 4 reading.
daaa
p/s belum habis BW
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
birthday mak ayah dah dekat. buntu nak cari hadiah istimewa untuk mereka? nah! ni penyelesaiannya!
more info, click here:
👇👇👇