Empat fakta wajib tahu tentang pembiayaan peribadi
10:52 am✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sama ada untuk merancang perkahwinan, renovate kediaman, bercuti ke destinasi impian atau untuk kes-kes kecemasan; pembiayaan peribadi sering menjadi pilihan untuk menampung kewangan individu. ia juga merupakan antara cara untuk dapatkan wang tunai dengan segera.
namun, ketika kita terlalu selesa dengan pembiayaan peribadi ini, adalah penting untuk kita ambil tahu beberapa perkara berkait.
berikut beberapa fakta tentang pembiayaan peribadi yang (mungkin) ramai tak tahu.
1. kadar faedah tetap
kadar faedah tetap yang ditawarkan oleh pembiayaan peribadi boleh memberi keuntungan sekiranya kita mampu menguruskan kewangan dengan baik. dengan ini, kita tidak akan berdepan dengan kenaikan bayaran balik atau installment tidak dijangka.
tempoh diperlukan untuk lunaskan hutang pembiayaan peribadi juga dapat dijangka dengan lebih mudah. jumlah faedah yang ditetapkan biasanya bergantung kepada bank atau syarikat kewangan yang kita pinjam. jadi, penting untuk kita tahu berapa kadar faedah yang telah ditetapkan ke atas pinjaman kita.
2. tempoh pembayaran tetap
kadar dah tetap, tempoh pembayaran balik pembiayaan peribadi pun dah tetap. semua ini ditentukan sebelum pembiayaan tersebut diluluskan.
jangka masa pembayaran balik inilah yang akan menentukan berapa installment bulanan yang kita perlu jelaskan (bayarannya).
3. tidak bercagar
pembiayaan peribadi tidak memerlukan kita mencagarkan sebarang aset yang dimiliki seperti kediaman atau kenderaan untuk membuat penebusan sekiranya tidak mampu untuk membuat pembayaran balik. sekiranya ingkar untuk bayar balik pembiayaan, bank atau syarikat kewangan tidak boleh menyita kediaman atau kenderaan kita.
secara amnya, mereka akan menuntut hutang dengan mengemukakan tuntutan terhadap kita, menghantar agensi pemungut hutang ataupun melaporkan pembiayaan yang tertunda kepada biro kredit.
bila nama kena blacklist, sukar untuk kita memohon mana-mana pembiayaan lagi selepas ini. sebab ini juga, kadar faedah pembiayaan peribadi adalah (sedikit) tinggi.
4. sukar untuk diperoleh
sebelum memperoleh pinjaman, pihak bank pastinya akan memeriksa kelayakan kita terlebih dahulu. jumlah pembiayaan peribadi pula bergantung kepada sejarah pembayaran balik dan pendapatan.
semakin bersih sejarah kredit dan semakin tinggi pendapatan kita, maka semakin besarlah jumlah pinjaman yang layak untuk diperolehi.
kesimpulannya, pembiayaan peribadi adalah fleksibel dan sesuai untuk pelbagai perkara yang mungkin memerlukan kita memiliki dana tambahan ketika kecemasan. sebab itulah ia menjadi pilihan ramai.
namun, penting untuk kita fahamkan dulu beberapa perkara sebelum terjebak dengan pembiayaan peribadi.
ini kerana, disebabkan ketiadaan ilmu pengetahuan tentangnya, ramai dalam kalangan kita diisytiharkan muflis.
sumber & diubahsuai dari SINI.
korang pernah ada masalah dengan pembiayaan peribadi? jom share!
thanks 4 reading
daa...
66 Words of Lo♥e
dh lama benor wak x buat personal loan., huhuhu
ReplyDeletebagus2... wak dah ada serba serbi lengkap ;-)
Deletekadang kadang terma dan syarat ramai yang ambil mudah..
ReplyDeletebila ade kes...kita dah sign..
point point begini bagus untuk rujukan
bla loan dah diluluskan perasaan teruja tu over excited sbb tu timbul rs mls nak baca terma2 yg dikemukakan ;-)
DeleteKesianlah pulak kalau diistihar muflis sebab tak dapat bayar pinjaman. Itulah perlunya memiliki ilmu mengurus duit.
ReplyDeletemmg kesian tp tu laa...kalau kurang ilmu... diri sendiri mmg patut dipersalahkan bla muflis
DeleteBelum pernah lagi buat pinjaman peribadi.
ReplyDeleteni mesti byk tabungan ni ;-)
DeleteBaru tahu personal loan ada keuntungan dia juga ye. Bayar pada masanya tu penting. Dah pinjam kena lah bayar pada masanya. Kalau tidak,ada lah bunga bunga dia. Susah nak dapat pun satu hal juga tu. Banyak nak kena check. Lagi lagi kalau kita ni banyak buat loan. Loan rumah, kereta dsb. Apapun kita urusakan kewangan dengan baik. Thanks share Anies :)
ReplyDeletetp tu laa tak ramai yg perasan tentang keuntungan tu. mrk fikir bla untung je berkait dgn duit pd hal maksudnya meluas...
Deletesama2 ;-)
mungkin kita fikir 'pinjam' tu tak ada apa apa melainkan pinjam. Rupanya ada juga untungnya ya. Tapi itulah, susah juga nak buat personal loan pun :)
Deletebetul tu. tp kalau boleh elak drpd buat, elakkanlah... belajar menyimpan ;-)
Deletenak buat apa pun kena batul2 research dgn kemampuan kita kan
ReplyDeleteya... hal2 melibatkan kewangan ni mesti ada extra ilmu ;-)
DeleteMEMINJAM KALAU PERLU SAJA N PERLU AMBIL TAHU APA SAJA MENGENAINYA KAN
ReplyDeletebetul. nk meminjam pun perlu ada ilmu
DeleteGreetings from Turkey:) korona dolasıyla işsizlik problemleri ne yazık ki arttı. Umarım ekonomi en kısa zamanda normale döner
ReplyDeletehaklısın. hepimiz aynı sorunla karşı karşıyayız. saklanamayız ya da kaçamayız. bununla yüzleşmek zorundayız. ve dua et ki bir an önce yok olsun
DeleteSalam kak,
ReplyDeleteSangat bermanfaat sekali, terimakasih untuk sharingnya ya
wsalam
Deletesama2 ;-)
Buenos consejos, gracias por la entrada. Te mando un beso
ReplyDelete¿Tienes algún problema con respecto al préstamo personal?
DeleteTQ Angie's.. good sharing
ReplyDeleteu r welcome ;-)
Deletekalau sebut pembiayaan peribadi memang menakutkan tetapi tidak tahu pula dengan orang lain hehehe.
ReplyDeletekalau rs x bersedia baik jgn terjebak ;-)
Deletekena pandai ukur baju di badan sendiri dulu lebih-lebih lagi masa wabak nie :)
ReplyDeletebetul... jgn cepat gelap mata kalau pinjaman diluluskan...
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteTerima kasih utk share ni... sekurangnya terisi jugak ilmu di dada sikit sebanyak mengenai kewangan ni.
wsalam
Deletesama2..
moga2 bermanfaat ;-)
Tak pernah nak apply sebab sendiri pun hahah
ReplyDeletebagus2 ;-)
Deleteterima kasih atas perkongsian :D
ReplyDeletesama2 ;-)
DeleteBoa noite. Parabéns pela excelente matéria.
ReplyDeleteobrigada. de nada ;-)
Deleterajin awak update blog tiap masa :)
ReplyDeletesy just prepare je. publish ikut masa yg ditetapkan😊
Deletenak kena berilmu betul pasal pengurusan kewangan ni sbb muflis ni lah paling kena dirisaukan
ReplyDeletebetul sgt. org muda skrg ramai dah muflis. jgn kite terjebak sm
DeletePersonal loan tak pernah lagi😜😜
ReplyDeletebagus2 ;-)
DeleteTerima kasih untuk info ini, Anies. :)
ReplyDeletesama2 ;-)
Delete1 jak loan yg ada, ptptn. huhu
ReplyDeleteit's okay... sbb kite guna utk belajar kan?
Deletepersonal loan tak pernah buat.. huhu takut tak tertanggung
ReplyDeletekalau rs terbeban mmg patut dielakkan sblm jd parah
DeleteBt loan kereta dgn asb pun rasa dh cukup. Tak nak lah dicop muflis. Kena ada ilmu baru tak terjebak
Deletecukup laa 1-2 hutang yg ada kannn😊
DeleteCukup sudah cukupppp hahahah takkan sampai ke tua nk bayar hutang
DeleteThanks share. Yang penting pinjam dari pihak bertauliah. Pinjam dari Along, tak dapat la nak tolong
ReplyDeletesama22 ;-)
Deletepinjam dgn angah... mesti dpt hehehe
rumah mampu milik
ReplyDeleterumah mampu milik johor
rumah pertamaku
rumah pertama
ok ;-)
DeleteThanks for this info!
ReplyDeleteAnies kaya lah, banyak duitnya :)
sama2 ;-)
Deletesaya kaya? aminnnnn
Hmm, ini membicarakan tentang hutang dan pinjaman ke bank kan ya? saya menangkapnya demikian. Salam dari Indonesia!
ReplyDeleteya, mas.. ;-)
Deletetak pernah lagi buat pinjaman peribadi ni. btw nice sharing :)
ReplyDeletemesti banyak simpanan ni ;-)
Deletetak terasa nk buat lg anies..shida ni jenis xsuka berhutang..kalau hutg mesti nk cepat2 nk selesaikn..
ReplyDeletekalau boleh elak, mmg bgs... lg pun agama pun x menggalakkan kite berhutang kan? ;-)
DeleteTQ share ilmu ini Anies..
ReplyDeletesha bab2 ini memang fail.. Yang rajin calculate adalah encik suami.. hehehe..
sama2😊
Deleteya fhm2😆
Yg ada skrg ni hutang BW �������� Mommy is busy
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆