Lima punca kerugian bisnes Jamie Oliver yang boleh dijadikan pengajaran

12:28 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Chef celebrity dari UK ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Jamie Oliver (JO) mula jadi bualan dunia apabila muncul dalam rancangan Naked Chef pada sekitar 2000 (kalau tak silap). kepakaran JO adalah masakan Itali dan pernah berguru dengan Antonio Carluccio.

pada 2008 JO telah membuka perniagaan restoran yang diberi nama Jamie's Italian, Barbecoa dan Fifteen.

namun, perniagaan itu berdepan dengan masalah setelah 10 tahun beroperasi. di manakah silapnya? adakah benar kata-kata 'hebat memasak tak semestinya hebat berniaga' yang ditujukan kepada JO?

jom baca 5 punca kerugian JO dalam bisnes restoran ini.


1. penglibatan family / kaum kerabat

bisnes ini dikatakan melibatkan / diusahakan / dilakukan oleh anggota keluarga JO sendiri yang kurang berpengalaman dalam selok-belok dunia perniagaan.

dalam bisnes, it's okay kalau kita nak lantik kaum kerabat sendiri. tapi sebelum tu, pastikan mereka ADA ILMU dalam perniagaan, urusan kewangan, sumber manusia dan lain-lain. jika tidak, lebih baik kita upah orang lain yang ada ilmu dan kepakaran.


2. lokasi tak strategik

kata CEO kepada syarikat JO ni, Jon Knight; lokasi restoran JO bukan berada di kawasan tumpuan ramai. ini menyukarkan pelanggan untuk datang dan menikmati hidangan yang mereka jual.

lokasi sangat memainkan peranan jika anda memilih untuk berniaga secara offline. walaupun 'brand' JO itu sendiri secara dasarnya agak kuat dan popular, tapi itu tidak menjamin pelanggan akan datang dan nak mencuba hidangan yang dijual. 

kalau korang sendiri sebagai pelanggan, tinggal di KL tapi restoran kegemaran korang tu terletak kat Endau Rompin. sanggupkah korang nak turun ke sana semata-mata nak makan saja? dah tentu taklah, kan?  

gambar sekadar hiasan.



3. cakap tak serupa bikin

JO pernah mencetus kontroversi di mana beliau menentang penggunaan gula berlebihan dalam makanan & minuman. JO menggunakan pengaruhnya untuk menyedarkan orang ramai akan bahaya gula berlebihan.

tapi, sebaliknya berlaku. restoran JO didapati menjual hidangan / makanan yang mengandungi gula dan minyak berlebihan. tindakan ini menyebabkan JO dilabel sebagai hipokrit.

dalam perniagaan atau luar perniagaan sekali pun, kejujuran sangat penting kerana ia adalah asas kepercayaan. bila pelanggan dah hilang kepercayaan ia boleh merencatkan imej perniagaan dan meruntuhkan reputasi yang dibina selama ini.


4. kerana Brexit

pada 2016, ada ura-ura UK mahu keluar dari EU. ini menyebabkan kedudukan mata wang Pound Sterling jadi tak stabil dan sekali gus membuatkan operasi restoran JO meningkat terutama yang berada di luar  UK.

restoran JO memang ada masalah sebelum ni. tapi kerana Brexit, ia menambahkan lagi beban sedia ada.


5. tidak fokus pada sesuatu yang kecil

JO dilihat ghairah mahu membesarkan perniagaannya dalam tempoh singkat. 

sepatutnya JO fokus pada 1 - 2 restoran dan kemudian kekalkan reputasinya, majukan restoran, tingkatkan keuntungan dan buatkannnya lebih dikenali. bila terlalu banyak cawangan kita tak mampu nak fokus semua. apatah lagi jika team anda lemah

kesimpulannya, bukan mudah untuk kendalikan sesebuah bisnes, sama ada kecil atau besar. ia menuntut banyak perkara selain modal. 

asas bisnes paling utama adalah ILMU. kita tak boleh berniaga kerana 'rasa nak berniaga' sebaliknya kita berniaga sebab kita nak selesaikan masalah orang ramai. ini kerana bisnes wujud disebabkan 'wujudnya' masalah.

tapi ada antara kita berniaga sebab apa? sebab nak untung cepat atau kaya segera nak tayang Ford Mustang. kalau macam tulah niatnya, sampai ke sudahlah bisnes anda stuck di situ. 

tak pun, berniaga sekadar isi masa lapang je ke, bang?😂😂😂

teks asal dan diubahsuai daripada SINI.

thanks 4 reading.
daaa

p/s belum habis BW
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

birthday mak ayah dah dekat. buntu nak cari hadiah istimewa untuk mereka? nah! ni penyelesaiannya!

 
more info, click here: 
👇👇👇

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

68 Words of Lo♥e

  1. uncle roger anti betul dengan jamie oliver ni, tak habis kena bahan dgn dia..haha

    ReplyDelete
  2. huhuhu wak xkenal JO sapeni..

    kalo JLo wak kenal lah.. 😅

    ReplyDelete
  3. Setuju. Nak berniaga ni bukan sekadar 'oh aku nak berniaga jugaklah!' Kena ada ilmu juga.
    Bahagian akhir yang kena strikethrough tu bikin saya terhibur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau semua ada rs mcm tu, dunia ni dah x heran dgn status billionaire ;-)

      Delete
  4. Yang no 1 tu betulll sangat, tolonglah ambil orang yang ada pengetahuan dalam bisnes, tahu nak tolong family members tapi atleast biarlah berilmu dulu hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... bla dah rugi br perasan...mmg da terlambat laa jwb nya😊

      Delete
  5. Wujudnya bisnes sebab wujudnya masalah setuju dengan statement ni.
    Tapi tulah ramai orang meniaga sebab nak kaya sebab tengok ramai orang kaya sebab meniaga. Ilmu malas nak gali modal malas nak keluar eh! emo pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap... dia nmpk org tu kaya je. dia x nmpk org tu punya struggle nak kaya tu!

      Delete
  6. Adik saya peminat Jamie Oliver. Siap beli buku.
    Tidak sangka perniagaan dia 'bungkus'. Betul kena fokus. Baik ada satu restoran atau tumpu sahaja rancangan memasak atau tulis buku masakan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh dasat tu.. mesti terer msk mskn itali😊

      Delete
  7. Banyak rupa- rupanya sebab musabab punca kerugian bisnes Jamie...akak suka tgok rancangan memasak dia..best

    ReplyDelete
  8. Saya antara lelaki yang suka menonton rancangan masakan. JO antara chef selebriti yang saya minati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so pandai msk masakan itali laa ni yek?😊

      Delete
  9. Bom dia minha querida amiga, obrigado pela maravilhosa matéria.

    ReplyDelete
    Replies

    1. espero que você goste de lê-lo. obrigada ;-)

      Delete
  10. Buen análisis siempre tener un negocio lleva riegos . Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. nada es fácil en este mundo. necesitamos esfuerzo y conocimientos adicionales para manejarlo.

      Delete
  11. Banyak sekali pengalaman bisnes JO yang bisa kita pelajari ya kak. Harus ada ilmu perniagaan dan pastikan lokasi yang strategis untuk berniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. pengajaran ini buat kita lebih berhati2 di masa hadapan😊

      Delete
  12. Berniaga bukan hanya tentang ingin kaya ya mba, tapi juga harus bermanfaat untuk sekitarnya juga ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. ada ilmu dan usaha, pasti 'kaya' akan menyusul

      Delete
  13. Banyak isu juga JO ni. Harga makanan pun bukan biasa biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org famous kan... tak ada isu nnt org cari isu pulak hahahah

      Delete
  14. dia memang tak sesuai jd org bisnes. ckp tak serupa bikin tu dh nampak customer always right. hati pembeli kena pandai ambil

    ReplyDelete
  15. ok saya tak kenal siapa dia 😂

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas ilmu bisnes ni =)

    ReplyDelete
  17. point number satu pun dah nampak sngt dah betul.. family involve ni mmg brings no good

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kalau diorg berkemahiran lain ceritanya kan..

      Delete
  18. Sayang sekali ya kak bisnis kuliner milik Chef UK Jame Oliver bisa jatuh bangkrut. Punya nama besar saja tidak cukup dalamsebuah bisnis. Banyak hal lain yang harus diperhitubgkan dalam menjalankan bisnis restautan seperti 5 hal yang telah diungkapkan kak Anies di ataa. Makasih banyak kak Anies sudah berbagi tips dan info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. bukan JO sahaja. ramai lagi nama2 besar dan terkenal yang buka bisnes seperti ini. contoh, Restoran & Bar Planet Hollywood milik Demi Moore, Bruce Willis dan lain2. hanya bertahan seketika sahaja. kemudian tutup selama-lamanya....

      Delete
  19. Belum tebus lagi sticker pisau dekat aeon ni :D

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. next time terjah blogger nina tu haa😆😆😆

      Delete
  21. Nice sharing. Meniaga ni bukan boleh main taram je, kena ada ilmu. Punca kejatuhan Liverpool plak apa? Haha

    ReplyDelete
  22. Love your review as always ))

    ReplyDelete
  23. boleh diambil iktibar..

    bisnes sama seperti pertaruhan.

    boleh jadi berjaya dan boleh jadi gagal

    biasanya jarang-jarabg bisnes yang pertama kali buat boleh berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau trs berjaya tu ank megah holding😆

      Delete
  24. Bila cakap tak serupa bikin tu memang boleh mengundang..
    Perjuangan dan perniagaan nya tak sama..

    ReplyDelete
  25. admire klu tgk laki yg suka tonton rancangan memasak ni

    ReplyDelete
  26. #3. He thought he was in a play :)

    ReplyDelete
  27. Ada juga pisau dan pan Jamie Oliver ni. Masa pergi Bali, pernah nampak Restoran Jamie Oliver ni kat area Kuta.

    ReplyDelete
  28. Former tak semestinya berjaya. Jamie Oliver kena menuntut dgn uncle Roger buat Nasi goreng dulu la

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆