✿...السلام عليكم✿
Berniaga merupakan satu daripada cabang untuk memperoleh /
menambah pendapatan. Ia juga merupakan satu sunnah yang harus diikuti. Pun
begitu, bukan semua orang mahir / mahu berniaga terutama apabila memikirkan
risiko / kerugian yang bakal ditanggung.
Bagi mereka yang baru menceburi atau berjinak2 dengan dunia
perniagaan, ianya tidak hanya fokus terhadap untung rugi sahaja. Ada beberapa
perkara yang harus anda hadam dan fahamkan dengan betul2 demi ‘memanjangkan
hayat’ perniagaan anda. Insya-Allah, tip ringkas ini boleh
membantu anda yang baru memulakan atau membina perniagaan:
1.
kos mesti control rendah. Maksudnya, mulakan
perniagaan yang berkos rendah. Kos rendah = kerugian / risiko rendah.
2.
jangan sesuka hati mengambil duit daripada
bisnes untuk perbelanjaan persendirian. Asingkan antara keuntungan dengan
modal. Keuntungan disimpan dan jika boleh, jangan diusik langsung.
3.
rekod semua perbelanjaan dan jualan keluar masuk.
Ini penting untuk menentukan hala tuju belanjawan. Di sini anda boleh detect
sama ada perniagaan anda mengalami keuntungan atau kerugian.
4.
utamakan perbelanjaan yang boleh membawa lebih
banyak pelanggan dan jualan. Contoh, penggunaan data internet yang laju untuk
memasarkan produk.
5.
banyak / sentiasa memaksimakan pemasaran yang
tiada kos atau rendah seperti media sosial dan blog serta menggunakan WhatApps,
Telegram dan SMS.
Semoga bermanfaat!