✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Entry ni bersambung dari SINI tau! kalau nak mengendap, silalah klik ya tanpa segan silu.
dah penat berjalan, maka tibalah masanya untuk kami menyeberang laut. ada 2 mod pengangkutan yang boleh digunakan untuk sampai ke Pulau Hong Kong (Central) iaitu dengan feri dan kedua, dengan MRT. so far, belum ada lagi jambatan yang menghubungkan antara 2 bahagian ni (salah kalah fakta, maaf ya!)
since kami dah ada Octopus Card, maka segalanya berjalan lancar. oh, ya... nak naik feri ni senang je. lokasi dia bersebelahan HK Cultural Center. kami tak nampak sebarang signage untuk ke jeti Star Ferry ni, tapi kami ikut je laluan orang ramai.
Alhamdulillah... tak susah mana pun...
dan macam biasa, kita berceloteh dengan gambar ya!
feri yang bakal kami naiki... of coz tak sama macam feri kat Penang tu... yang ni bawa orang je...
laluan menuju ke feri. ikut je signage tu. token korang boleh beli kat orang tengah berkumpul tu. ada mesin token kat situ. harga tambang? korang boleh refer kat SINI ya.
ramai juga penumpang hari tu. masa ni kami tengah tunggu gate dibuka. sekejap je kena tunggu...
sebaik je naik feri, kepala anies terus pening. mungkin sebab feri ni teroleng-oleng dek ombak (tak sama macam naik feri Penang yang stable). so, memang tak sempat nak ambil gambar suasana dalam feri. cuma ingat nak makan je bagi nak mengelakkan muntah (lapar pun ya). Sal okey je masa ni. siap boleh pindah tempat duduk lagi. oh ya, feri ni free seat ya.
nasib baik tak lama. dalam 15 - 20 minit kami dah sampai Central. hilang terus pening kepala. tapi masa ni agak cuak sebab langit mendung semacam je.
anies tak tahu apa laa motif amik gambar ni... nam tunjuk gambar tram jauh laa pulak... masa ni kami tengah tunggu naik naik trem...
dalam trem... bila tengok map tram route ni, Sal cakap nak berhenti kat Arsenal Road. nanti amik gambar dan boleh laa claim yang kami dah sampai sana... 😁😁😁tapiiii... kami tak turun pun... kami turun kat tempat lain... naik tram ni senang je sebab route dia sama je...
Sal nampak KFC terus dia cakap, lapar laa (okey... tipu je 😋)
tram ni memang slow ya amat. so amik gambar pun tak bergegar sangat. tapi rasanya slow lagi tram kat Iskandariah. korang boleh baca kat SINI.
suasana dalam tram... memula kami kena berdiri tapi lepas tu dah dapat seat. duduk tingkat atas so boleh laa tengok view sekitar Pulau HK yang maha sibuk tu... oh ya, berapa harga tambang tram ni? alamak, sorry laa...since kami guna Octopus Card, kami main scan je masa naik dan turun...
macam ni laa tram kat HK. lebih besar dari tram kat Amsterdam dan kat Iskandariah... yang penting selesa dan kami selamat sampai ke destinasi yang dituju...
okey, tu je sharing hari ni... nanti anies sambung destinasi kami yang seterusnya ya...
thanks 4 reading...