✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bahan-bahan untuk doh:
-tepung pulut
-labu
-garam
-air
bahan-bahan untuk inti:
-kelapa parut (putih)
-gula merah
-gula pasir
-daun pandan
-isi durian (jika suka)
-air
bahan-bahan lain:
-dadih (untuk resepi dadih kuih koci anies ada kongsikan di SINI)
-daun pisang - dilayur dan dipotong separa bulat.
-pengukus
cara membuat doh:
1. potong labu (jika menggunakan sekampit kecil tepung pulut, 1/2 biji labu saiz kecil sudah memadai).
2. rebus labu dan tambah sedikit garam hingga empuk.
3. biarkan rebusan labu sejuk seketika sebelum diuli bersama tepung pulut.
4. sebaiknya guna air rebusan labu ketika diuli.
cara membuat inti:
1. satukan gula merah dan gula pasir dalam kuali.
2. masukkan air dan sehelai daun pandan yang disimpul.
3. bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa parut dan kacau. pastikan api sederhana untuk mengelakkan hangus / hangit.
4. bila kelapa sudah sebati (kering) dengan gula, masukkan isi durian dan kacau hingga isi durian 'bersatu' dengan inti.
5. padamkan api dan asingkan biji durian dan daun pandan. sejukkan inti.
cara membuat kuih koci:
1. inti dibulat-bulatkan terlebih dahulu bagi memudahkan proses pembuatan kuih. ia juga bertujuan untuk membuatkan kuih lebih kemas (tak comot).
2. ambil kira-kira 5g doh dan leperkan sebelum masukkan inti. bulatkan kuih dan kemudian rendamkan dalam dadih.
3. cedok doh bersama sedikit dadih dan letakkan atas daun pisang. bungkuskan kuih. ulang proses 2 & 3 hingga doh habis.
4. pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu sebelum kuih dimasak. guna api sederhana.
5. tempoh mengukus kuih: 5-8 minit.
6. angkat kuih dan sejukkan. sedia untuk dijamah.
selamat mencuba!