✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
"Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka, Soleh. Dia berkata: 'Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dia-lah yang jadikan kamu daripada isi bumi serta mahu kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun daripada Allah di atas perbuatan syirik dan kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat dan sentiasa perkenankan permohonan hamba-Nya.” (Hud: 61)
bersambung dari SINI.
perjalanan selama 4 jam++ akhirnya terhenti seketika di sini. sepanjang perjalanan, driver tak singgah mana-mana tempat pun. anies pula tak tidur langsung. asyik layan view padang pasir, bukit-bukau batu dan sesekali melewati kawasan penempatan kecil. tiada sebarang bangunan pencakar langit atau binaan zaman silam yang kami temui untuk laluan sejauh lebih 400KM++ ni.
tapi suatu perkara anies nak puji. highway Sinai ni memang terbaik. boleh dikatakan jarang jumpa jalan berlubang. diorang tar jalan dengan baik. jauh beza dengan keadaan jalan raya kat Kaherah tu.
setiba di pekan kecil Saint Catherine, barulah terasa dunia ni macam 'hidup' sebab adanya kenderaan, manusia dan bangunan. di sini kami berhenti untuk dapatkan cop masuk dan pemeriksaan passport. tapi kami tak perlu turun van. segalanya driver yang uruskan dengan pihak tentera.
lebih kurang 20 minit menunggu, kami sambung semula perjalanan. ada 3 cabang jalan kat sini dan driver ambil simpang ke kiri.
pekan Saint Catherine. banyak bas pelancong berhenti di sini sebelum meneruskan perjalanan. BTW, if you wonder why this place doesn't sound Arabic like other places throughout Egypt, click HERE to read the info.
dari pekan kecil Saint Catherine, driver melalui laluan yang hampir sama kami lalui sebelum. bukit-bukau batu dan padang pasir. sedang asyik layan scenery tiba-tiba ustaz bersuara: "okey, dah sampai makam Nabi Soleh!"
teruja betul bila dengar kata-kata ni. van berhenti tepi jalan yang sunyi. tiada sebarang kenderaan lalu lalang. kiri kanan kami bukit batu. tanpa berlengah, kami terus keluar dan menyeberang jalan.
masa melintas tu, tiba-tiba terasa seperti krew siri Jejak Rasul😂 korang mungkin pernah ikuti siri ni ketika rakaman di bumi Mesir dulu. ingat lagi tak?
kalau ingat, so kiranya perkongsian anies ni lebih kurang macam 'update' keadaan terkini laa tentang makam seorang daripada nabi Allah yang dikurniakan mukjizat iaitu mampu mengeluarkan unta dari celahan batu.
"Dan wahai kaumku! Inilah unta betina daripada Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah ia cari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang segera (pembalasannya).” (Hud: 64)
sebelum tu, anies nak maklumkan bahawa bila sebut makam, ia boleh dirujuk sebagai:
1. persinggahan para nabi-nabi atau...
2. perkampungan nabi atau...
3. nabi pernah lalu di situ.
kalau ada jenazah (nabi) seperti di Masjid Nabawi, ia dipanggil dhorih (ضريح) (info ni dikongsikan ustaz a.k.a our tour guide)
dan macam biasa, anies share beberapa keping foto untuk tatapan korang.
ni laa tempat yang dikatakan makam Nabi Soleh AS. terletak di kaki bukit batu. so kami kena panjat sikit untuk melawat. tak tinggi pun. tapi kena berhati-hati sebab pasirnya lembut. jom melintas!
anies cakap kat ustaz: "sama ada benar ada jenazah Nabi Soleh AS kat sini atau sebaliknya, tapi bila tengok keadaan sekeliling, ia tak mustahil kalau nak disabitkan dengan peristiwa unta keluar dari celahan batu (anies refer kepada bukit batu di sekitar kawasan ni). ni bermakna kawasan ni suatu ketika dahulu pernah jadi penempatan manusia."
ustaz balas, "ya, tu tak mustahil."
Alhamdulillah... sampai jua ke sini... binaan kecil ni dibina penduduk setempat. tiada bayaran masuk dikenakan.
al-Fatihah... (dibaca)
dalam bangunan kecil ni ada ruang kecil untuk pengunjung dirikan solat sunat.
tahap kebersihan dalam makam ni sederhana bersih. mungkin ada cleaner tapi rasanya bukan hari-hari dia datang mengemas.
short video di makam
short video dari tepi jalan...
tak ada foto kat makam. so anies decide ambil gambar kenangan kat tengah-tengah jalan. ini baru rare😎
Alhamdulillah... 'krew siri Jejak Rasul' selesai menyudahkan 'tugasannya' di makam Nabi Soleh AS😀 kami akan teruskan perjalanan 'memburu bukti wahyu' kalam Ilahi.
di mana? apa bukti wahyunya?
stay tuned...
thanks for reading...
daaaa
seronoknya dapat melawat tempat nabi terdahulu/ orang - orang soleh. semoga saya pun ada rezeki untuk ke sana
ReplyDeleteinsya allah aminnn
DeleteYa Allah merinding rasanya, teringin sangaaaat nak kesana melihat makam nasi sholleh ini kak ❤️❤️
ReplyDeleteSederhana makamnya yaa. Tapi memang lah makam dalam Islam tak boleh ditinggikan atau berlebihan 👍
Semoga aja dalam waktu dekat Fanny bisa kesana juga ❤️
ya rata-rata makam.yg saya lawati beginilah keadaannya.
Deletemudah-mudahan... sy doakan.. aminnn
What a magical places, thanks for your sharing...
ReplyDeletethat's right😀
DeleteLapang jalanraya. Tak ada divider macam kat Malaysia, kan. :)
ReplyDeleteBest, dan beruntung Anies, dapat menjejaki tempat macam ni.
tak de divider. dipisahkan oleh 'longkang pasir'😁
Deletesuch a great place with an amazing story!
ReplyDeletethat's right. thanks dear
Deletetak dapt ke sana tapi bila baca cerita anies dah rasa macm dok sana dah..:)
ReplyDeletenak lg feel buka balik siri jejak rasul yg dulu2 punya😁
DeleteMemang rare ambil gambar di tengah-tengah jalan tu Anies.
ReplyDeleteSetakat ini belum pernah ziarah makam-makam nabi kita selain di Madinah dan Makkah.
sbb x de kerera tak. tu yg berani posing atas jln😁
DeleteSeronok baca pengalaman anies mengembara ke benua anbiya ni.
ReplyDeleteterima kasih... saya just share apa yg ustaz beritahu je...🤭
DeleteGreetings from Turkiye...
ReplyDeletethanks dear👍
Deletetempat yang tak semua mampu atau berninat nak pergi...untung dapat jejak kaki ke sana..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sbnr nya kami pun x tau yg trip kali ni akan singgah kat sini
DeleteAlhandulillah dah sampai Mesir, indah permandangan tanpa cemaran manusia, menarik expedisi mencari wahyu. Rare foto anies, eksklusif.
ReplyDeletealhamdulillah... sesekali bergambar mcm tu😁
DeleteBom dia de domingo com muita paz e saúde.
ReplyDeleteLuiz Gomes.
obrigado luiz✌️
DeleteWah seru ya mbak bisa pergi ke makam salah satu nabi Allah, kalau tidak salah nabi soleh itu nabi ke 5 ya mbak. Meskipun tidak pasti itu benar-benar makam nabi sholeh atau bukan tapi disana adalah tempat nabi sholeh pernah singgah.
ReplyDeleteSalam kenal mbak😊
ya betul kalau ikut susunan nabi soleh nabi ke 5
Deletesalam kenal juga.
Serunya dapat pengalaman berkunjung ke makan Nabi...sederhana tapi sangat berkesan melihat nya....sepi juga jalan.. Anies sempat berfoto ria😀
ReplyDeleteya sebab berada di kawasan lapang dan berbukit. sebab tu kelihatan sepi
Deletesesekali berfoto atas jalan😁
sama jelah mcm jalan ke mesia ni.. mana ada yg elok. kalau elok time nk PRU. hahah. memang boleh selfie puas2 tak ada kereta
ReplyDeletetapi sebab ni kawasan pelancongan jadi kena laa buat jalan elok2
DeleteMelawat makam Nabi Soleh.
ReplyDeleteLepas ini pergi mana pula.
tunggguuu😁
DeleteMaa syaa Allah.. semoga saya juga bisa berkunjung berziarah ke makam-makam Nabi dan Rasul seperti kak Anies
ReplyDeleteinsya allah sy tolong amin kan... aminnn
DeleteIni perjalanan yang mengasyikan sekali Mbak. Selain melancong ke negeri orang juga menelusuri jejak rasul.
ReplyDeleteSaya menikmati foto-foto yang ditampilkan disini. Senang melihatnya.
Salam persahabatan,
itu tujuan asalnya... dapat ziarah makam nabi itu bonus..
Deleteterima kasih mas👍
bestnya kalaulah mama dpt ke sini. tapi tgk post anies pn seronok
ReplyDeleteinsya allah suatu hari nanti pasti akan smpi ke sini
Delete