Spark Heart, Mr Arrogant

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

Sun ialah Youtuber terkenal Thailand dan mempunyai rupa paras yang kacak. di sebalik kemasyhurannya, Sun ada suatu kelebihan yakni dia mampu mendengar dan membaca fikiran orang lain.

bagi orang lain ia suatu keistimewaan tapi bagi Sun, perkara ini sangat mengganggu hidupnya dan kerap membuatnya tertekan. disebabkan itu dia sering memakai earphone bagi mengelakkan situasi tersebut.

kerana hal ini juga, lama kelamaan orang ramai dan peminatnya berkurangan (menjauhkan diri). mereka beranggapan yang Sun ialah seorang yang sombong dan bongkak.

untuk mengatasi masalah ini, Sun membuat rancangan untuk ke kawasan pedalaman. di sana dia bertemu Anna; seorang penulis dan juga Brownie; peminat tegar Sun.

kedua-duanya cuba mendekati Sun dengan niat berbeza. Anna mahu menyiasat latar belakang Sun demi buku barunya manakala Brownie pula mahu menjadi kekasih Sun.

pelbagai peristiwa menimpa mereka. akhirnya Sun memilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan kekasih.

siapa pilihan Sun? akan terbongkarkah rahsia yang Sun sorokkan selama ini?


poster. credit. judul lain - Love You Mr. Arrogant. diterbitkan pada 2020.


review:

kalau korang sukakan filem romantik santai dan ada elemen lucu, nah! ini filemnya.

filem yang 90% berlatar belakangkan kawasan kampung berdekatan Empangan Bhumibol, daerah Sam Ngao, negeri Tak, Thailand ni telah menjadikan sinematografi filem ni lebih cantik dan 'tersusun'.

20 minit pertama filem ni agak perlahan disebabkan anies nak faham apa sebenarnya niat Sun datang ke kampung tu selain untuk buat content.

selain tu, 'keangkuhan' Sun tak berapa nak menyerlah sebaliknya dia lebih dilihat sebagai pendiam dan suka menjauhkan diri.

then, jujur cakap watak Brownie terlalu over sebagai peminat Sun. sampai satu tahap, rasa macam menyemaklah pula😂

tapi bila dah lepas 45 minit tayangan barulah feel romantik dan lucu tu 'datang'. watak-watak sampingan banyak menghidupkan kekuatan cerita hero dan heroin. kalau tak ada memang hambar laa filem ni.

anies tonton filem ni kat Youtube. ada Eng subtitle. credit.

that's all.
daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

34 Words of Lo♥e

  1. Wah kali ini review drama Korea, bagus kombinasi cerita Hero dan romantis. Saya taunya film trainn to Busan dan the flu (mirip Pandemi) doang hehe..n

    ReplyDelete
  2. wah menarik jalan cerita ni. mama mmg ska cerita macam ni

    ReplyDelete
  3. terakhir nonton film Thai yang cinta2an gini tahun 2011 lalu
    lupa judulnya, seingetku ada cewek yang jelek tiba2 jadi cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanyaaa... so try laa tonton movie ni... both heroin heroin kacak dan cantik

      Delete
  4. Baca tajuk tadi ingatkan Anies review novel.. kikiki.. rupanya filem ye..

    ReplyDelete
  5. Ohh tq tq boleh tengok ni hehe

    ReplyDelete
  6. review menarik memikat penonton

    ReplyDelete
  7. Wah... saya dah lama tak tengok cerita dari Thailand. Dulu-dulu, rajin juga layan drama bersiri Thailand, di tv3. Sebab pelakon dia, cantik-cantik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk laa yg ni. hero n heroin ensem n lawa jg😀

      Delete
  8. Ada enak ga enaknya bisa baca pikiran orang,rahasia orang bisa ketahuan,😁tak enaknya ya fikiran itu sendiri menggangu kalau dapat yg tak enak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. Sun rasa terganggu sebab bunyi bising daripada 'kata-kata dalam fikiran & hati' tu...sebba tu dia stress

      Delete
  9. Parece divertido. gracias por la receta. Ye mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. ni movie. tgk laa... durasi pun sejam++ je

      Delete
  11. jalan cerita menarik.. mestilah Sun pilih yg tak menyampah di mata dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp heroin pd awalnya buat menyampah jg sbb busybody😁

      Delete
  12. Ceritanya menarik. Review-nya bsgus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. sy review filem simple2 je

      Delete
  13. Haha kalau boleh baca fikiran orang memang susah. Sekali-sekala dapat baca takpe.
    Hehe ada unsur debaran siapa pilihan Sun akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp sbnr nya awal cerita dah ada hint da sun suka siapa 😁

      Delete
  14. wah, masuk wishlist ah, saya suka romantic comedy macam ini. Terima kasih, kak

    ReplyDelete
  15. Dah lama sangat tak nonton film atau drama Thailand 🤣. Sejak Korea mendominasi, lupa dah Ama film /drama Thai, China dan Jepang 😅

    Tapi kayaknya menarik ya kak. Untuk nonton santai dan tak perlu banyak mikir 😄

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆