✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
perut dah kenyang. azan Zohor pun dah berkumandang, jadi marilah kita ke masjid untuk solat.
kami sangkakan tak ramai jemaah. bila tiba kat halaman masjid... hah... hambikkk! beratur ko tunggu turn ke tandas dan ambil wuduk!
anies cakap kat 2 orang kawan baru tu: "apa kata kita curi curi masuk tandas lelaki yang tengah lengang tu?"
si Aishah terus setuju😂. sambil perhatikan security guard, tanpa berlengah dia terus masuk tandas lelaki!😁
Aishah bukan nak ke tandas tapi dia cuma nak ambil wuduk je. tambah pula kami kan kejar masa.
bila semua selesai barulah kami ke tingkat atas (ruang solat wanita) menggunakan lif. sebaik melangkah masuk, terasa sejuk sikit badan ni sebab ada banyak kipas angin😀
tanpa tunggu lama, kami terus solat jamak. usai solat, bersiap then terus keluar. tapi... takkan anies nak keluar macam tu je kan? so, snap laa beberapa keping foto untuk kenangan.😁
inilah masjidnya. dibuka kepada orang awam pada tahun 1932. means, 10 tahun lagi usianya mencecah 100 tahun! masjid ni sangat besar. kalau ada masa panjang, nak juga rasanya tawaf masjid ni seketika... almaklum laa... kami tak pernah sampai sini lagi...
ruang solat lelaki di tingkat bawah...
tingkat atas - bahagian belakang ruang solat wanita...
para jemaah wanita selepas solat. mungkin mereka berehat seketika sebelum beredar... oh ya, dalam masjid ni tak boleh tidur ya. nanti security guard datang kejut!😂😂😂
kedai-kedai dan restoran-restoran depan masjid...
trademark Masjid Sultan - kubah berwarna emas...
pintu gerbang - lorong untuk ke masjid.
suasana trafik di Kampong Glam. untuk ke masjid, masuk ikut laluan sebelah kiri (gambar).
sempena hari Jumaat terakhir untuk 2022, maka berakhirlah perkongsian daripada anies sekaligus menjadikan cerita ni sebagai entry penutup. terima kasih yang tak terhingga buat semua rakan blogger yang sentiasa beri sokongan tak berbelah bagi menerusi komen-komen yang ditinggalkan meskipun anies pernah 'hilang' seketika.ada sesuatu ingin anies berikan kepada rakan-rakan blogger terpilih. tapi urusan penghantaran belum dibuat lagi sebab ada amanah yang anies perlu dilaksanakan terlebih dahulu sepanjang Januari nanti. insya Allah bila selesai semua nanti, anies akan pos berperingkat.
TERIMA KASIH 2022 & SELAMAT DATANG 2023. panjang umur kita jumpa lagi.
daaa...