Hotel Anika @ Kluang, Johor

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Since tak ada saudara mara kat sini untuk tumpang tidur, jadi marilah kita meriahkan semula industri perhotelan tempatan😂. kami pilih hotel ni sebab lokasinya yang strategik - dikelilingi kedai-kedai, restoran, bank, bangunan kerajaan dan paling penting, mestilah dekat dengan The Original Kluang Rail Coffee!

tapi sayang... last day kat Kluang, ingatkan nak singgah tapi hujan lebat pula. tak ada rezeki kami nak mencicip secawan kopi. tak apalah. nanti ada rezeki ke Kluang lagi, kami singgah.

okey, berbalik ke tajuk... daripada pemerhatian anies, hotel ni antara bangunan tertinggi kat Kluang selain hotel Prime City. tapi dari segi design, jelas kelihatan hotel ni dah lama dibina. pada tahun bila dibina, tu anies tak sure. 

namun yang paling penting bilik penginapannya tak menghampakan. sebaik tiba di lobi hotel berdekatan bilik, bau harum terus menerpa hidung. i likeeee!!! 

bila melangkah masuk, hati rasa happy sangat tengok suasana bilik. tampak kemas, selesa dan tak menakutkan😂 (menakutkan ni maksud anies, aura bilik yang ditinggal lama akibat pandemik)

bila tengok suasana bilik dah okey, jom kita check yang lain pula. air paip laju, shower okey, TV banyak channel dan clear, chiller sejuk, tingkap berdebu sikit, wifi laju, toiletries complete, perabot okey tak ada yang senget benget. 

cuma toilet flush je yang tak berfungsi dengan baik. terpaksa tekan kuat-kuat barulah air keluar. tak apa... masih boleh dimaafkan.

antara perkhidmatan lain yang disediakan hotel ni adalah parking, sarapan (anies tak ambil sarapan), dewan seminar, room service dan lain-lain.

untuk harga bilik, korang boleh check kat booking.com atau agoda.com ya.

so, overall... anies beri ⭐⭐⭐1/2 daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk hotel ni. kalau korang berkesempatan datang ke Kluang nanti, bolehlah menginap kat sini semalam dua.

sebahagian gambar yang ada...

view dari depan. bilik anies di tingkat 6. yang best nya, di bawah/sebelah hotel ada pasar raya borong. bila dah check out baru teringat tak snap gambar lobi hotel... hmm...

toilet bersih. tapi bidet tu, sekali picit rasa nak terpelanting. deras betul airnya😂😂😂

bath tub ada tapi tu laa... anies tak ada bath bom...adehhh...

bila staf hotel kata, iron ada dalam bilik, anies dah sengih lebar😂😂😂

double bed yang selesa. bantal empuk, tilam empuk. yang penting tidur lenaaaaa

ada pintu sebelah katil tapi tak boleh buka...cuak juga masa mula-mula masuk... bila ada pintu macam ni, bunyi kentut orang sebelah pun boleh dengar! siyes!

sofa pun ada... tapi macam biasa jadi tempat sangkut telekung😂😂 TV pun best. ada banyak channel termasuk channel dari Singapore.

pintu masuk. sebelah kiri pintu, bilik air dan sebelah kanannya almari terbuka. oh ya, air cond bilik ni sejuk giler! nasib baik boleh control suhu. sebab, ada sesetengah hotel yang pernah anies inap, diorang dah adjust suhu siap-siap. so jangan haraplah ada remote control air cond dalam bilik...


okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading dan comment.
daaaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

43 Words of Lo♥e

  1. Hotel nampak bersih, yang penting fasiliti lengkap. Boleh la consider klu nak ke Kluang (bila entah nak pergi tu tak tau la....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama lagi sampai laa tu... then boleh lajak ke mersing trs ;-)

      Delete
  2. Hahaaa ... Anies sayang! Memang betul akan rasa takut apabila rasa-rasa ada aura mata 'memandang' seram-seram akibat pandemik, akibat lama bilik hotel tak berpenghuni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kak...kite bkn nak fikir negatif tapi benda ni dtg secara tak langsung... tak ada cara lain nak cegah selain lps solat kena baca yaasin 'talkin' kan sikit blk ni ;-)

      Delete
  3. Wah, next boleh tidur di hotel ni. Terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2! alang2 dah smpi kluang boleh menginap kat sini

      Delete
  4. semalam baru sembang dgn husb dia ckp ada hotel yg ada pintu ke bilik lain. leyla x caya. eh rupanya betul ada ea hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke? hehehe... mmg ada esp hotel yg besar. hotel kecik2 mmg jarang jumpa ;-)

      Delete
  5. What a nice hotel :) thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik hotel ni.. Boleh nak singgah nanti sampai sana.

    ReplyDelete
  7. i like that kind of rooms:) Plain, clean and looks comfy

    ReplyDelete
  8. Yang penting ekon sejuk dan takde momok. Hehe

    ReplyDelete
  9. terer juga awak review hotel...saya selalu check in hotel tetapi tak reti sangat review...kaku jer rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa cacamerba je tu. apa yg terlintas kat kepala tu je laa yg saya taip.. hehehe. kalau selalu check ini tu bolehlah selalu share kat blog...mn tau org semenanjung nk datang sn boleh jg diorg belek2 kat blog kan?

      Delete
  10. Lindas habitaciones y que pena que llovió mucho. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Así es. actualmente nos enfrentamos a la temporada de lluvias

      Delete
  11. Wah.. bestnya hotel.. Seronok bila dapat hotel yang buat kita happy kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... selesa dan dapat lena dgn baik... tu dah memadai...

      Delete
  12. Haha lawak apabila Anies cakap bunyi kentut orang sebelah boleh dengar. Rasa berdebar tidak dengar bunyi ada orang?
    Apapun tengok bilik cantik dan perabot tidak nampak lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dgr bunyi apa2 lg ok drpd tiba2 ada bunyi kat sblh!😀

      Delete
  13. Antara faktor² nk pilih hotel kena yg senang cr mknn... hehehe... nmpknya tepatlah pilihan tu walaupun kentut org sebelah pun boleh dgr... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! lain laa kalau hotel tu 24 jam sediakan mknn...

      Delete
  14. besar hotel ni dan nampak selesa.. xperasan pula mama masa ke kluang dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jauh dr stesen keretapi kluang. nnt dtg ke sini bolehlah menginap

      Delete
  15. pernah stayback kat Pengerang jew...Kluang lum overnight lagi...insyaAllah

    ReplyDelete
  16. Hotel lama, tapi tetapnterawat baik ya kak 👍. Sukanya hotel lama tuh, mereka kebanyakan punya bath tub. Beda dengan hotel modern.

    Naaah masalah bidet yg terlalu kenceng airnya, kadang bikin kaget memang 🤣.makanya belajar dari pengalaman, harus coba dulu sebelum utk membasuh 😄.

    Kalo masalah aircon, kebalikan Ama Kaka, saya sukaaaa sangat dingin. Jadi makin dingin AC, makin cinta 🤣🤣. Kalo sampe tak dingin, dahlaah, confirm tak akan diinapin lagi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel lama, kalau management pandai jaga, sampai bila2 pun akan kekal 'cantik'

      sebab tu, sbeelum guna bidet, saya try dulu. tapi kadang terlupa juga esp bila dah tak tahan nak buang air... hahaha

      ooo ya ke? suka tempat sejuk ya... patutlah dah samapi US main salji di hari krismas ya haha

      Delete
  17. hotel bersih termasuk bilik dan air berfungsi.. boleh stay di sini walaupun bangunan nampak agak lama dibina

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan lama tp terjaga dgn baik, then boleh diterima. jgn bgn lama tp dibuatnya jd lbh seram😂

      Delete
    2. bangunan lama nk stay pun fikir 2 3 kali

      Delete
  18. wow aura tu betul. haha.. dia ada bau lain macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tak tahu nak describe tp tu laa yg dirasa. sblm pandemik x rs pun mcm tu

      Delete
    2. baca lah apa2 yg patut setiap kali nk masuk bilik hotel

      Delete
  19. Hahaha...kalau sudah tidur mana lah nak dengar bunyi kentut dari sebelah....kecuali kalau dahsyat sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya tak tidur lg tu yg dgr bunyi kentut😂

      Delete
  20. baru perasan ada bath tub. haha boleh la mandi buih

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆