Nha Trang, Vietnam: shopaholic abroad - Trung Tâm Thương Mại Nha Trang
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Cerita basi ni bersambung dari SINI.
.
.
.
lepas sarapan, bas kami menuju ke suatu lokasi yang kedudukannya masih lagi berada dalam bandar Nha Trang. meskipun dekat (dengan restoran) perjalanan pagi tu agak perlahan disebabkan keadaan trafik yang sesak. mungkin sebab orang ramai nak pergi kerja.
oh, ya... maksud title di atas adalah: Nha Trang Trade Centre. (shopaholic abroad tu, refer kepada novel karya Sophie Kinsella) kalau korang pernah pergi Ben Thant @ Ho Chih Minh City, haa... lebih kuranglah macam tulah keadaannya. bezanya, kat sini tak ada jual kain ela atau tudung Neelofa tepi jalan (blogger Nina Mads jangan sengih-sengih!).
kat sini banyak menjual barangan keperluan harian seperti baju, buah-buahan, kudap-kudapan dan tak lupa juga, souvenir. tapi souvenir yang ada tak berapa nak best sebabnya lebih kurang sama je dengan souvenir di tempat-tempat lain (di luar Nha Trang). jadi, anies tak beli apa-apa kecuali bidai pintu.
agak lama jugalah ahli rombongan habiskan duit masa kat sini. disebabkan bosan lepas membeli belah, anies dengan mak cik duduk kat gerai jual air kelapa sementara tunggu yang lain selesai shopping.
dan macam biasa... beberapa keping foto anies sertakan kat sini untuk tatapan korang.
nilah tempatnya... agak besar dan puas jugalah menjelajah pasar ni. kalau tak percaya, cuba tanya blogger Salbiah M. dia pun pernah ke sini. tapi janganlah korang tanya entry tentang pasar ni kat dia. dia cakap, entry Dalat & Nha Trang dah tergantung sepi😂😂😂
kawasan hadapan Nha Trang Trade Centre... banyak gerai-gerai kecil menjual pelbagai jenis barang termasuk makan minum.
sebaik tiba, our tour guide terus bawa kami ke tingkat atas dan 'serbu' kedai souvenir. so, semua ahli rombongan pakat serbu kedai kecil ni. kesian pula anies tengok kedai-kedai yang lain. diorang pandang je mak cik-mak cik ni membeli belah tapi tak singgah kedai diorang...
view dari tingkat atas (ruang niaga di tingkat bawah). laluan antara kedai-kedai ni sempit. kalau orang ramai, confirm berlaga tumit!
view dari aras bawah (ruang niaga tingkat atas). kawasan di tingkat atas tak seluas aras bawah.
pergilah ke mana-mana ceruk di dunia ni. yang nama kedai pakaian, is everywhere...
yang selalu lupa daratan lepas membeli belah tu, bolehlah bertandang ke kedai ni. jangan nanti dah sampai airport baru nak menyesal sebab luggage dah membuncit😂😂😂 (p/s blogger Nina Mads: macamku kenal situasi ni)
ni cuci-cuci mata je. lepas dapat bidai dah tak cari yang lain dah. oh, ya bidai tu sebenarnya officemate anies punya. dia pernah cakap, kalau anies ada terjumpa bidai yang diperbuat daripada manik / kayu, dia minta tolong belikan. last last jumpa kat Nha Trang ko! jauh betul bidai ko ni ya, Adah!😂😂😂 bila balik Malaysia, si Adah ni cakap bidai yang anies beli tu cantik. jadi, dia minta belikan lagi. kebetulan blogger Salbiah M datang ke sini, jadi anies terus kirim duit kat dia.
dari dalam pasar, moh ler kita ke luar pasar. jom tengok apa yang ada...
macam-macam perkakasan rumah pun ada kat sini.
kawasan menjual makanan kering termasuklah pelbagai jenis kekacang. tapi kami tak borong gajus kat sini.
gambar ni ter snap tau! ingat nak share suasana kat pasar basah tapi ter snap yang ni. ya ampunnn...🤭
gerai buah-buahan memang banyak. yang geramnya, saiz buah kat sini besar-besar. nak beli tapi takut tak muat luggage😂😂😂
daaaa
46 Words of Lo♥e
mama nampak durian tuu.. yumyum bestnya jenjalan shopping
ReplyDeletems tu kat siji baru start musim durian. nak tanya harga tp tu laa org sn x tau ckp BI
DeleteDurian belanda menarik perhatian ku..hahaha
ReplyDeletenak kirim ke? alaaa sy dah blk hehehe
DeleteAnggaplah entry ko ni mewakili entry aku. Haha
ReplyDeletetak boleh! berdosa wakil2 ni hahahahha
DeleteKalau perempuan dah sampai tempat macam ni kata tak nak membeli jangan percaya hehehee...
ReplyDeleteitu dustaaaaaaaa😂
DeleteMe pareció un genial lugar. Te mando un beso.
ReplyDeletesí, es un gran lugar para visitar y hacer compras jajaja
Deleteshoping buah durian vietnam ka anies sedap tu
ReplyDeletex kak... nnt x lps msk kapal terbang😁
DeleteHello, i didn't translate your post but your photos look good. Thanks for sharing. :)
ReplyDeleteHave a good weekend..
thank you ;-)
DeleteNice post. Regards.
ReplyDeletethank q😀
DeleteDoyan... Uishhhh geram tgk doyan.. ;)
ReplyDeletesabarrr sabarrr
DeleteShopping kat sana mesti murah2 kan. Klu sebut Vietnam terus terbayang kain tudung branded tiruan dan kain-kain cantik hehe.
ReplyDeleteyg kat sini, ada murah ada mahal. tp nak dpt murah kena guna tour guide hehehe
DeleteHadoilah.. Kalau muat memang Anies nak beli ke buah-buah tu bawa balik.. Sakan ye Anies.. Tapikan kalau beli nak kirim juga lah.. Boleh ke? hehehe..
ReplyDeletetu laaa... bla travel ni, ni laa masalahnya. shopping tak hingat dunia. bla nak beli yg lain br tersedar beg dah x muat hehehehe
DeleteIni perkara biasa Anies.. Kikiki.. Beli dulu, muat atau tak kita fikir kemudian.. Kalau tak beli, nanti teringat-ingat.. hehehe..
Deleteteringat2 tu yg payah hehehehe
DeleteTempat shopping macam nih saya sukaaa tiap kali traveling 😄❤️. Dan terkadang langsung bingung karena Luggage tak cukup. Yang sudah2, pastilah harus beli Luggage baru 🤣.
ReplyDeletedan kebanyakan masalah tak cukup luggage tu terjadi pada orang perempuan, kan mbak fanny? hahahha
DeleteBom início de semana com muita paz e saúde minha querida amiga.
ReplyDeletetudo de bom para você também
DeleteKalo lihat dari foto2nya, suasananya mirip spt ITC di Jakarta ya Mba.......
ReplyDeleteITC saya belum pernah sampai lagi, mas. kalau Tanah Abang, yes...saya pernah sampai
Deletedone baca yg ni.
ReplyDeletemau reverse baca old entry :)
suka baca bab jalan-jalan ni.
terima kasih... sila2 ;-)
DeleteBanyak yang bisa dilihat, apalagi buah-buahannya. Soalnya di medan, masih terbatas buahnya. Kalaupun ada, harganya lumayan tinggi..
ReplyDeletemungkin belum tiba musimnya?
DeleteIni memang tempat borong barang.
ReplyDeleteKalau beli buah tidak tahan lama sangat.
boleh beli buah tp sebelum bergerak ke airport hehehhe
DeleteGaya macam masuk Pasar Payang kat Ganu la wak, pasar lama yang dulu...tapi tak jumpa durian la bezanya
ReplyDeleteya ke? alamak! sy x penah smpi lagi pasar payang ;-)
DeleteBanyak pilihannya ya, rasa mau diborong semua...
ReplyDeleteKalau saya di sana, mungkin segala macam manik nak dibeli...
yap pilihan sangat banyak. yang penting pandai tawar menawar
DeleteWah. macam macam adaaa..Sampai sini memang shopping sakan lah beli apa yang perlu. Kadang yang tak perlu pun ngikut balik. Hehehe...
ReplyDeletebetul mcm2 ada. tp yg best semestinya kekacang. murah2 esp gajus
Deletekalau jelajah solo agaknya buah2 tu dh beli bwk mkn di hotel haha.. ya pastikan beli luggage lain utk souvenir kalau tak memang tak muat beg haha
ReplyDeletetu laa mkn kat hotel je. tp ada masalah jg sbb x de pisau nk potong😁
Deletekalau bawak mak2 memang semua benda nk borong.. kesiannya kedai2 yg lain kenapa tak masuk beli souvenir
ReplyDeletetak tau laa nina. sy nmpk keadaan tu cpt2 beralih trn bwh. x leh tgk muka2 penjual sblh kedai tu. kesian😔
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆