Kemalangan di pagi kenduri
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
BTW, kenduri yang anies maksudkan adalah kenduri INI. boleh baca DI SINI.
masa snap gambar ni, bunga telur dah susut sikit...
masa kami tengah sibuk gubah bunga pahar 'gergasi' ni, tiba-tiba terdengar bunyi kuat, macam ada benda kena langgar.
kami terus toleh ke jalan raya tapi tak nampak apa yang berlaku sebab terlindung dengan kenderaan. bila berganjak ke depan, automatik jantung ni terus berdegup laju bila terpandang someone tengah menggelupur! tanpa berlengah anies terus dail 999.
"macam mana keadaan mangsa sekarang?" soal operator 999 di hujung talian.
"dia... dia... macam tak bernyawa! eh, tak! dia pengsan kot?" jawab anies, tak keruan dan menggigil teruk bila terpandang tangan mangsa yang tiba-tiba terkulai.
disebabkan tak dapat kawal perasaan, anies terus serahkan telefon pada adik. biar dia je yang jawab.
mangsa dialih ke tepi jalan. tiba-tiba datang idea untuk cari air. jadi anies terus masuk rumah sebelum bergegas keluar untuk serahkan sebotol air mineral pada pak cik.
air mineral tadi dituangkan ke atas tangan mangsa. anies tak tahu sebab apa. dalam masa sama, hati dah gelisah sebab ambulans tak muncul-muncul.
tak lama kemudian, ada MPV hitam berhenti tepi jalan. seorang perempuan berlari keluar dan menerpa mangsa.
tiba-tiba kedengaran suara meraung. ahh sudah... lagi berdebar dibuatnya. otak dah mula fikir bukan bukan.
10 minit berlalu. ambulans masih tak sampai lagi. seorang demi seorang dok tanya anies, betul ke dah call ambulans? of coz lah... anies dah call tapi bila tak datang, siapa yang tak risau?!!
agaknya sebab lama tunggu ambulans, kami tak mampu nak buat apa-apa bila mangsa diangkat masuk ke dalam MPV. mungkin tu kehendak keluarga mangsa sedangkan kalau ikut cakap operator 999 tadi, mangsa tak boleh digerakkan / dibuat apa-apa ke atasnya sampailah ambulans muncul.
5 minit lepas MPV berlalu (mungkin ke hospital berdekatan), barulah ambulans tiba. masa tu, rasa nak marah je sebab lewat sangat diorang bertindak. pada hal keadaan trafik pagi tu, taklah sesak mana pun. grrr sabar jelah...
kepada korang yang suka cycling tu, hati-hati selalu ya. kalau boleh, masa cycling tu, biarlah berlawanan arus / arah kenderaan. ni untuk keselamatan bersama.
thanks for reading & comment.
daaaa
52 Words of Lo♥e
Bunga bunga yang melilit di tiang sangat cantik.
ReplyDeleteKasihan sama mangsa. Saya takutlah naik basikal...
kalau sebatang tu, kami panggil bunga telur. kalau sejambak besar macam ni dipanggil bunga pahar. dulu2 kenduri kahwin wajib ada bunga telur. sekarang masih ada tapi tengok 'kerajinan' tuan rumah hahaha
DeleteAllahuakbar! Faham sgt panik bila kena call 999 ni huhu... boleh jadi trauma tgk mangsa kemalangan depan mata. Teringat pengalaman balik raya masa di Sarawak 5 tahun lepas, depan2 mata tgk penumpang kereta depan kereta kiteorang melambung keluar kereta mcm anak patung. Bila kereta kami sampai kat tempat tu, penumpang tu dah meninggal on the spot, head trauma. Kami tolong call 999 tapi susah nak bgtau kat mana sbb takde landmark, nasib baik ada org rumah panjang kat situ bgtau nama area tu. Pemandu kereta yg eksiden tu sempat ucap terima kasih kat kiteorg lepas dia dah pulih dari shock & trauma tgk makcik dia dah takde. Mlm tu saya tak boleh lelap mata asyik teringat je arwah melambung keluar kereta ke atas jalan raya...
ReplyDeleteya allah! meninggal? betul mmg boleh trauma. sbb benda melibatkan nyawa. kalau berdarah2 tu lagilah seriau dibuatnya. alfatihah buat mangsa tu
DeleteKeadaan pakcik itu bagaimana lepas diangkat ke MPV?
ReplyDeleteHarap semua ok.
budak muda, NA. baru 21. separa sedar masa diangkat tu...
Deletei am in love with those flowers;)
ReplyDeletelet's come to malaysia I'll give you this flower for free ;-)
DeleteMalang tak berbau
ReplyDeleteSemoga mangsa dapat diselamatkan
alhamdulillah mangsa selamat... tp kecederaan dalaman sy x pasti
DeleteAllahuu, seramnyaaa. Mudah mudahan baik2 saja mangsa tu.
ReplyDeletealhamdulillah dia ok. cuma kecederaan dalaman tu sy x pasti
DeleteTakutnya bila kejadian mcm ni jadi depan mata.. jadi panik kita dibuatnya kan... Harap2 mangsa selamat laa
ReplyDeletetak panik tapi sy gigil teruk jugalah...
Deletetetap hati2 kalau mengendarai baisikel di jalan raya
ReplyDeletebetul tu. bukan basikal je. semua kenderaan, kita mesti berhati-hati
DeleteAllahu!!!!! Risaunya. Sejak anak saudara ibu meninggal eksiden motor bulan 6 yang lepas ibu fobia bila bab eksiden ni. ;,(
ReplyDeletekan... tak boleh nk bayang mcm mn kesakitan yg menimpa diorg...
DeleteSelamlar Türkiyeden Anie :) yazı tam olarak cevrilmedigi için anlamıyorum ancak bloguma yaptığın ziyaretler için çok teşekkür ederim
ReplyDeleteSemoga korbannya sudah ga apa2 ya kak. Sekarang nih banyaak sangat accident yg menimpa cyclist. Teman saya baru saja kena dan parah. Langsung rawat hospital beberapa Minggu. Nasib baik dia ada medical insurance yg bagus. Bahkan belum lama ini ceo dari salah satu perusahaan besar Indonesia, meninggal Krn ditabrak saat sepeda. Suami saya rutin sepedaan. Makanya selalu saya wanti2, hati2 selalu di jalan tuh.
ReplyDeletemangsa ok.
Deletekalau ada insurance cover tu, oklah. taklah membebankan sangat.
meninggal dunia? maknanya agak teruk juga tu dia kena langgar...
kena pesan selalu tu kat suami. hati-hati selalu
Such a lovely post! Thanks for sharing :)
ReplyDeleteHappy December.
Ben | Infinitely Posh.
thank you ;-)
Deletesatu kisah yang agak dramatik dan terima kasih kerana membantu mangsa kemalangan...moga kita semua terhindar daripada malapetaka begini...doa baik-baik dan in sha Allah dapat yang baik-baik juga
ReplyDeleteya... mana2 pun kita berada mesti berhati-hati... plg penting sentiasa mulakan dgn doa. semoga kita terhindar daripada sebarang kemalangan
Deletetragis kisahnya moga mangsa selamat diberi rawatan terbaik n pulih sediakala
ReplyDeletealhamdulillah mangsa ok cuma kecederaan dlmn tu tak pasti mcm mn
DeleteSiempre hay que tener cuidado. Te mando un beso.
ReplyDeleteSí, siempre tengo cuidado donde quiera que esté ... ¡Gracias querida!
Deleterisaukan kalau kemalangan berlaku dpn mata..huhu
ReplyDeletebetul cik nor. kita turut terasa 'sakitnya'
Deletehye! Anies, baru free time nak blogwalking.. moga dipermudahkan urusan anies sekeluarga, thx blogwalking kat blog sis... tak sempat update lagi.. bzzzz urusan keluarga.. hiihihi... take care!!!
ReplyDeletetak apa tak apa...sy faham ;-)
DeleteAllahu. Kesiannya. Yang melanggar tu lari ke?
ReplyDeletetak lari. dia masih stay kat situ smpi mangsa dibawa naik mpv...
DeleteBoa tarde minha querida amiga. A matéria ficou muito linda. O Parque Nacional do Itatiaia é o primeiro parque nacional do Brasil.
ReplyDeleteobrigado pela informação. estou me sentindo bem aqui. espero que você esteja ótimo e saudável.
Deletethis is a follow link
ReplyDeleteThose eggs look very different. I loved that decoration tree. Happy December Dear friend. Greetings
ReplyDeletewe call it 'bunga telur' (direct translation: 'flower egg' haha). it is a special souvenir made/prepared by the host for his/her guests. usually 'bunga telur' can be found at Malay weddings.
DeleteAllahuakbar...saya yang baca ni pun Terasa seram tibber...Allah... Tuhlah..kita mmg nk tunggu ambulans...mana tahu ada patah ke apa..then ambulans dtg..ckp apa? Moga ok la..mangsa tuu
ReplyDeletekami ckp, family mangsa yg bawa ke hospital. kami tak mampu nak halang walaupun dah maklum yg mangsa tak boleh digerakkan smpi ambulans dtg
DeleteBerdebar baca... sapa yg meraung sebenarnya tu? anak mangsa ke? itulah yg suka cycling ni kalau boleh jgnlah nk kayuh time peak hour... mcm pg td ms nk pegi keja time tu jugak nk kayuh konvoi.. dh la org rushing nk ke tmpt keja
ReplyDeletemak mangsa yg meraung. kami dgr dari jauh je...
Deletesetuju sgt! area sy ni, time nak pergi kerja dan balik. gerammm je dibuatnya... kenapa laa tak cycling time weekends ke...
Kesiannya budak basikal tu, harap kecederaannya tak terlalu parah. Tapi bahaya jugak ahli keluarga alihkan mangsa. Dia sepatutnya kalau org kemalangan teruk ni jgn terus angkat, takut makin teruk
ReplyDeletetu laa bla diorg angkat mangaa kitorg x terkata apa. tp yelah... diorg mgkn risau kalau mangsa x dpt rawatan segera
DeleteAllahuakbar! Kalau saya dah kaku kat situ tak tahu nak buat apa. Ambulans lambat pulak datangnya. Semoga mangsa baik-baik saja tak alami kecederaan serious. Risau juga kalau yang naik basikal tu sebab dorang tak ada side mirror kan, ikut pula jalan utama. Mana yang tak pandang kiri kanan tu bahaya juga.
ReplyDeleteyep lmbt sgt pd hal pg lg. dlm pukul 9.
Deletealhamdulillah khabarnya mangsa slmt. cedera x teruk. tp dkmn sy x tau
betul. kdg kite yg drive ni pula yg kn berhati2 bla nmpk diorg ni
mama pula yg bedebar2 baca ni. alhamdulillah mangsa selamat ye. lambat la ambulan tu
ReplyDeleteya mangsa selamat. tu laa geram betul dgn ambulans!
Deletekalau call 999 ni operator tanya banyak soalan.. dia ingat main2 kot. tanya mangsa boleh bergerak ke, pengsan mati etc. eh sakit hati pulak. semoga pakcik tu tak jd apa2
ReplyDeletetu laa. kite dah jwb soalan. lps tu dia tanya soalan sama lg. bengang jg laa ms tu
Deletebkn pak cik nina tp bdk lg...
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆