Pages

Monday, 12 December 2022

Kemalangan di pagi kenduri

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

BTW, kenduri yang anies maksudkan adalah kenduri INI. boleh baca DI SINI.

masa snap gambar ni, bunga telur dah susut sikit...


masa kami tengah sibuk gubah bunga pahar 'gergasi' ni, tiba-tiba terdengar bunyi kuat, macam ada benda kena langgar

kami terus toleh ke jalan raya tapi tak nampak apa yang berlaku sebab terlindung dengan kenderaan. bila berganjak ke depan, automatik jantung ni terus berdegup laju bila terpandang someone tengah menggelupur! tanpa berlengah anies terus dail 999.

"macam mana keadaan mangsa sekarang?" soal operator 999 di hujung talian.

"dia... dia... macam tak bernyawa! eh, tak! dia pengsan kot?" jawab anies, tak keruan dan menggigil teruk bila terpandang tangan mangsa yang tiba-tiba terkulai.

disebabkan tak dapat kawal perasaan, anies terus serahkan telefon pada adik. biar dia je yang jawab.

mangsa dialih ke tepi jalan. tiba-tiba datang idea untuk cari air. jadi anies terus masuk rumah sebelum bergegas keluar untuk serahkan sebotol air mineral pada pak cik.

air mineral tadi dituangkan ke atas tangan mangsa. anies tak tahu sebab apa. dalam masa sama, hati dah gelisah sebab ambulans tak muncul-muncul.

tak lama kemudian, ada MPV hitam berhenti tepi jalan. seorang perempuan berlari keluar dan menerpa mangsa. 

tiba-tiba kedengaran suara meraung. ahh sudah... lagi berdebar dibuatnya. otak dah mula fikir bukan bukan.

10 minit berlalu. ambulans masih tak sampai lagi. seorang demi seorang dok tanya anies, betul ke dah call ambulans? of coz lah... anies dah call tapi bila tak datang, siapa yang tak risau?!!

agaknya sebab lama tunggu ambulans, kami tak mampu nak buat apa-apa bila mangsa diangkat masuk ke dalam MPV. mungkin tu kehendak keluarga mangsa sedangkan kalau ikut cakap operator 999 tadi, mangsa tak boleh digerakkan / dibuat apa-apa ke atasnya sampailah ambulans muncul.

5 minit lepas MPV berlalu (mungkin ke hospital berdekatan), barulah ambulans tiba. masa tu, rasa nak marah je sebab lewat sangat diorang bertindak. pada hal keadaan trafik pagi tu, taklah sesak mana pun. grrr sabar jelah...

basikal milik mangsa. hanya botol air je yang pecah. yang lain-lain semuanya okey.

kepada korang yang suka cycling tu, hati-hati selalu ya. kalau boleh, masa cycling tu, biarlah berlawanan arus / arah kenderaan. ni untuk keselamatan bersama.

thanks for reading & comment.
daaaa

52 comments:

  1. Bunga bunga yang melilit di tiang sangat cantik.
    Kasihan sama mangsa. Saya takutlah naik basikal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sebatang tu, kami panggil bunga telur. kalau sejambak besar macam ni dipanggil bunga pahar. dulu2 kenduri kahwin wajib ada bunga telur. sekarang masih ada tapi tengok 'kerajinan' tuan rumah hahaha

      Delete
  2. Allahuakbar! Faham sgt panik bila kena call 999 ni huhu... boleh jadi trauma tgk mangsa kemalangan depan mata. Teringat pengalaman balik raya masa di Sarawak 5 tahun lepas, depan2 mata tgk penumpang kereta depan kereta kiteorang melambung keluar kereta mcm anak patung. Bila kereta kami sampai kat tempat tu, penumpang tu dah meninggal on the spot, head trauma. Kami tolong call 999 tapi susah nak bgtau kat mana sbb takde landmark, nasib baik ada org rumah panjang kat situ bgtau nama area tu. Pemandu kereta yg eksiden tu sempat ucap terima kasih kat kiteorg lepas dia dah pulih dari shock & trauma tgk makcik dia dah takde. Mlm tu saya tak boleh lelap mata asyik teringat je arwah melambung keluar kereta ke atas jalan raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah! meninggal? betul mmg boleh trauma. sbb benda melibatkan nyawa. kalau berdarah2 tu lagilah seriau dibuatnya. alfatihah buat mangsa tu

      Delete
  3. Keadaan pakcik itu bagaimana lepas diangkat ke MPV?
    Harap semua ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak muda, NA. baru 21. separa sedar masa diangkat tu...

      Delete
  4. i am in love with those flowers;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. let's come to malaysia I'll give you this flower for free ;-)

      Delete
  5. Malang tak berbau
    Semoga mangsa dapat diselamatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mangsa selamat... tp kecederaan dalaman sy x pasti

      Delete
  6. Allahuu, seramnyaaa. Mudah mudahan baik2 saja mangsa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dia ok. cuma kecederaan dalaman tu sy x pasti

      Delete
  7. Takutnya bila kejadian mcm ni jadi depan mata.. jadi panik kita dibuatnya kan... Harap2 mangsa selamat laa

    ReplyDelete
  8. tetap hati2 kalau mengendarai baisikel di jalan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. bukan basikal je. semua kenderaan, kita mesti berhati-hati

      Delete
  9. Allahu!!!!! Risaunya. Sejak anak saudara ibu meninggal eksiden motor bulan 6 yang lepas ibu fobia bila bab eksiden ni. ;,(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... tak boleh nk bayang mcm mn kesakitan yg menimpa diorg...

      Delete
  10. Selamlar Türkiyeden Anie :) yazı tam olarak cevrilmedigi için anlamıyorum ancak bloguma yaptığın ziyaretler için çok teşekkür ederim

    ReplyDelete
  11. Semoga korbannya sudah ga apa2 ya kak. Sekarang nih banyaak sangat accident yg menimpa cyclist. Teman saya baru saja kena dan parah. Langsung rawat hospital beberapa Minggu. Nasib baik dia ada medical insurance yg bagus. Bahkan belum lama ini ceo dari salah satu perusahaan besar Indonesia, meninggal Krn ditabrak saat sepeda. Suami saya rutin sepedaan. Makanya selalu saya wanti2, hati2 selalu di jalan tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangsa ok.

      kalau ada insurance cover tu, oklah. taklah membebankan sangat.

      meninggal dunia? maknanya agak teruk juga tu dia kena langgar...

      kena pesan selalu tu kat suami. hati-hati selalu

      Delete
  12. Such a lovely post! Thanks for sharing :)
    Happy December.

    Ben | Infinitely Posh.

    ReplyDelete
  13. satu kisah yang agak dramatik dan terima kasih kerana membantu mangsa kemalangan...moga kita semua terhindar daripada malapetaka begini...doa baik-baik dan in sha Allah dapat yang baik-baik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... mana2 pun kita berada mesti berhati-hati... plg penting sentiasa mulakan dgn doa. semoga kita terhindar daripada sebarang kemalangan

      Delete
  14. tragis kisahnya moga mangsa selamat diberi rawatan terbaik n pulih sediakala

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mangsa ok cuma kecederaan dlmn tu tak pasti mcm mn

      Delete
  15. Siempre hay que tener cuidado. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sí, siempre tengo cuidado donde quiera que esté ... ¡Gracias querida!

      Delete
  16. risaukan kalau kemalangan berlaku dpn mata..huhu

    ReplyDelete
  17. hye! Anies, baru free time nak blogwalking.. moga dipermudahkan urusan anies sekeluarga, thx blogwalking kat blog sis... tak sempat update lagi.. bzzzz urusan keluarga.. hiihihi... take care!!!

    ReplyDelete
  18. Allahu. Kesiannya. Yang melanggar tu lari ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lari. dia masih stay kat situ smpi mangsa dibawa naik mpv...

      Delete
  19. Boa tarde minha querida amiga. A matéria ficou muito linda. O Parque Nacional do Itatiaia é o primeiro parque nacional do Brasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. obrigado pela informação. estou me sentindo bem aqui. espero que você esteja ótimo e saudável.

      Delete
  20. Those eggs look very different. I loved that decoration tree. Happy December Dear friend. Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. we call it 'bunga telur' (direct translation: 'flower egg' haha). it is a special souvenir made/prepared by the host for his/her guests. usually 'bunga telur' can be found at Malay weddings.

      Delete
  21. Allahuakbar...saya yang baca ni pun Terasa seram tibber...Allah... Tuhlah..kita mmg nk tunggu ambulans...mana tahu ada patah ke apa..then ambulans dtg..ckp apa? Moga ok la..mangsa tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ckp, family mangsa yg bawa ke hospital. kami tak mampu nak halang walaupun dah maklum yg mangsa tak boleh digerakkan smpi ambulans dtg

      Delete
  22. Berdebar baca... sapa yg meraung sebenarnya tu? anak mangsa ke? itulah yg suka cycling ni kalau boleh jgnlah nk kayuh time peak hour... mcm pg td ms nk pegi keja time tu jugak nk kayuh konvoi.. dh la org rushing nk ke tmpt keja

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak mangsa yg meraung. kami dgr dari jauh je...

      setuju sgt! area sy ni, time nak pergi kerja dan balik. gerammm je dibuatnya... kenapa laa tak cycling time weekends ke...

      Delete
  23. Kesiannya budak basikal tu, harap kecederaannya tak terlalu parah. Tapi bahaya jugak ahli keluarga alihkan mangsa. Dia sepatutnya kalau org kemalangan teruk ni jgn terus angkat, takut makin teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa bla diorg angkat mangaa kitorg x terkata apa. tp yelah... diorg mgkn risau kalau mangsa x dpt rawatan segera

      Delete
  24. Allahuakbar! Kalau saya dah kaku kat situ tak tahu nak buat apa. Ambulans lambat pulak datangnya. Semoga mangsa baik-baik saja tak alami kecederaan serious. Risau juga kalau yang naik basikal tu sebab dorang tak ada side mirror kan, ikut pula jalan utama. Mana yang tak pandang kiri kanan tu bahaya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep lmbt sgt pd hal pg lg. dlm pukul 9.

      alhamdulillah khabarnya mangsa slmt. cedera x teruk. tp dkmn sy x tau

      betul. kdg kite yg drive ni pula yg kn berhati2 bla nmpk diorg ni

      Delete
  25. mama pula yg bedebar2 baca ni. alhamdulillah mangsa selamat ye. lambat la ambulan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mangsa selamat. tu laa geram betul dgn ambulans!

      Delete
  26. kalau call 999 ni operator tanya banyak soalan.. dia ingat main2 kot. tanya mangsa boleh bergerak ke, pengsan mati etc. eh sakit hati pulak. semoga pakcik tu tak jd apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa. kite dah jwb soalan. lps tu dia tanya soalan sama lg. bengang jg laa ms tu

      bkn pak cik nina tp bdk lg...

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆