Pages

Friday, 9 December 2022

مرحبا بكم فى مصر

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah, plan yang... kejap on kejap off, kejap panas kejap sejuk ni... akhirnya menemui noktah. bulan lepas, anies & family selamat menjejakkan kaki ke negara kelahiran pemain bola sepak idola kesayangan blogger Salbiah M: Ferran Torres Mo Salah

ni kunjungan kedua anies ke Mesir, yang pertama bagi mama dan kali ketiga buat keluarga mak cik (adik mama). 

jemput baca perkongsian anies ke Mesir pada 2014 DI SINI.

3 'nyawa'


tujuan asal kami ke sini adalah untuk sama-sama raikan majlis konvokesyen anak bongsu mak cik. tapi kami tak dapat sertai sebab tarikh majlis konvokesyen tu dipinda yakni seminggu sebelum kami tiba.

hmm... tak apalah. janji kami dah selamat tiba dan dapat raikan Will (cousin anies) dengan cara kami tersendiri. macam mana tu? haaa... insya Allah nanti anies share, ya.


kat kaunter check in luggage, KLIA😂 dia menyemak je kat situ sambil menceceh macam mak nenek, luggage siapa paling berat😂


kami pilih Turkish Airlines sebab ada promo. tapi hakikatnya tak promo mana pun. still mahal lagi. seingat anies, nilah tiket flight paling mahal pernah dibeli. seram nak sebut harganya kat sini😬 bila check website Skyscanner, bukan tiket Turkish Airlines je yang mahal. yang lain-lain pun sama cekik darah!😂😂😂 lain macam penangan lepas pendamik ni! serba-serbi harga Tebing Barat!

(BTW kunjungan anies ke Turkish Tourism Office dalam entry INI sebab nak refund tiket flight mama. tapi tak boleh refund kerana tu tiket promo. anies dah maklum fasal ni. tapi mama tu laa... dia tak puas hati bila kami cakap tak boleh refund tanpa apa-apa bukti)


1st in-flight meal: pasta, salad, bun, strawberry cake & orange juice - dinikmati sejam selepas berlepas dari KLIA.

2nd in-flight meal: scrambled egg, steamed sweet potato, buah potong, salad, bun (tiada dalam gambar) & teh panas - dihidangkan kira-kira 2 jam sebelum mendarat.

oleh-oleh daripada Turkish Airlines. di dalamnya berisi: baklava selipar, berus gigi, ubat gigi, lip balm, sleep mask, ear plug dan stoking.


kami berlepas jam 11.15 malam dan tiba di Istanbul Airport (baru tahu, ni airport baru) jam 5.15 pagi waktu Istanbul. kami transit selama 2 jam++ kat sini. walaupun seketika, merasa jugalah berpijak di negara Ilhan Mansiz ni.


luas betul airport ni. lenguh nak sampai ke 👇👇👇

lemah betul kalau kena check in banyak kali ni...

seawal 6.15 pagi boarding gate dah buka. anies perhatikan ramai juga penumpang yang akan berangkat ke Mesir. tepat jam 7.55 pagi barulah berlepas.

cantik betul view atas awan ni... macam hamparan permaidani mewah...

3rd in-flight meal: scrambled egg, cheese sandwich, yogurt oat, salad, bun (tiada dalam gambar), air kosong & orange juice - dihidangkan sejam sebelum mendarat di Kaherah.


Alhamdulillah, jam 8.00 pagi (waktu Kaherah) kami selamat tiba di Cairo Airport. terkesima sekejap sebab banyak perubahan dah berlaku. pada 2014, lepas turun flight kami naik bas untuk ke terminal. tapi kali ni, terus masuk ke terminal dan kemudian beratur untuk lepasi kastam dan immigration.


Kaherah, aku datang lagi😁!!! (@ arrival hall)


selesai semua urusan, kami terus keluar cari Will. tapi kelibatnya tak kelihatan. eh, ke mana pula budak seorang ni? hampir 1/2 jam kami tunggu dalam kesejukan namun bayang Will masih tak muncul. dia tak bangun tidur lagi ke? argh... sudah...


di luar terminal. dari kejauhan kami ternampak airport train! tapi dalam gambar ni tak ada airport train. nampak gayanya tak lama lagi, tak payah guna bas / van / teksi untuk ke airport.👍👍👍


dari jauh kelihatan 3 individu berjubah. tak syak lagi. tu mesti Will dengan kawan-kawan dia. lepas berpelukan (drama air mata) dan bersalaman, Will beritahu yang dia tersilap terminal. dia sangka kami turun kat terminal 2, padahal kami turun di terminal 3

hmm... nasib baik kami tak keras kejung dek kesejukan kat luar airport ni. (FYI, kat Cairo Airport ni, once dah keluar dari arrival hall, kita tak boleh masuk lagi. sama juga kat departure hall. hanya yang nak 'terbang' je boleh masuk ke dalam bangunan)

kira-kira 10 minit kemudian, driver pun tiba. semua luggage dibawa masuk ke dalam van. perjalanan kami di bumi anbiya' ni bakal bermula sebentar lagi.

ke mana destinasi kami seterusnya?
tungguuuuu....

thanks for reading & comment.
daaa.... 

52 comments:

  1. Cantikk sangat view atas awan tuu. MashaAllah. Makanan tu nampak macam sodap2 joo. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mmg sedap...cuma pasta tu je laa msam sikit sbb ada sos tomato ;-)

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih sis... bagi sy chance transfer gmbr dulu ya hehehe...

      Delete
  3. Tak sabar nak tunggu entry seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. bg sy can abiskn entry tertunggak dulu ya😁

      Delete
  4. seronoknya berjalan...ammi ni bila ntah poket nak berisi lebat..nak gak berjalan

    ReplyDelete
  5. Will itu perempuan ke?
    Wah rupanya berjalan ke Mesir lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap, perempuan. agak2 apa nama sebenar dia? hahaha

      Delete
  6. wah jalan2 ke mesir selamat berwisata

    ReplyDelete
  7. saya baca perlahan-lahan dan enjoy kisah journey begini...it a great story...pengalaman begini kuat mahal hooo...sama mahal dengan harga tiket flight yang Anies guna tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😁😁😁terima kasih. rs nya pengalaman lg mahal kot sbb duit boleh cari. tp pengalaman belum tentu 😀

      Delete
    2. sama-sama dan duit tetap mahal jika dalam US dollar hahaha

      Delete
    3. us murah lg kalau banding dinar😁

      Delete
  8. Takjub lihat airport di dua negara ni. Okay, ditunggu kisah berikutnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. turkiye - airport baru. cairo - airport upgrade ;-)

      Delete
  9. Boa tarde e bom final de semana minha querida amiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. quando digito este comentário, a hora na Malásia é apenas 9h30... ;-)

      Delete
  10. Parece un genial viaje. Espero que se diviertan. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gracias mi amigo. Voy a compartir sobre mi viaje pronto. ¡Manténganse al tanto!

      Delete
  11. Wah bestnya jalan2 kat mesir. tu pun salah satu dlm bucket list saya. Nak gi tgk piramid hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan ada rezeki sis ke sana nanti. sy amin kan...

      Delete
  12. Hello kak Anies. Lama dah saya tak datang sini. Seronoknya dapat jalan! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi farah! sihat ke tu? sesekali jln lps pkp ni...

      Delete
  13. seronoknya pergi mesir. saya teringin sangat nak kesana sebab nak tengok pyramid. semoga ada rezeki untuk ke mesir nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah pasti ada rezeki nnt. saya amin kan...

      Delete
  14. oh..patutlah tanya-tanya pasal Isketambola hari tu. Bestnya sampai lagi sekali ke negara Mo Salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg isketambola tu cerita lain. ada org suh tanyakan...

      Delete
    2. Nak repeat Mesir bila? Nak foloooo.. #ingatMesirkatKajang?

      Delete
    3. insya allah thn dpn kot... tgk keadaan mcm mn... tix mahal oooo...

      Delete
  15. Hello Annie :)
    I just saw the comment you left on my blog. What do you want to know about my country? I'd be happy to answer. :)
    If you have an Instagram account, you can also ask me by sending a message on Instagram. I will get back to you faster. My account; @morduslerkitapligi :)

    ReplyDelete
  16. Aah tak sabar nak baca cerita liburan Kaka di Mesir 😍😍. Saya teringin sangat kesana kak. Soalnya salah satu anak asuh, saya kirim sekolah ke Mesir, Krn dia penghapal Alquran 30juz. Sudah 5 tahunan dia di sana. Dan saya udh janji nanti pasti saya akan visit , tapi blm tahulah nih kapan. Dulu pas kesana, dia berangkat dengan ustad nya.saya hanya antar sampai bandara.

    Harga tiket pesawat selepas pandemic nih jangan ditanya memang kak 🤣. Saya pun kaget lah liat harganya. Akhir Desember nih saya berangkat ke USA, dan tiket pesawatnya ampuuun laaah 😅. Terima nasib aja, dinikmati lah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom! ada rezeki kita pergi sana sama-sama. anak asuh tu belajar di al azhar ke? dia belum pulang lagi, kan? kalau dia ada di sana, lagi mudah urusan untuk berjalan-jalan sebab ada orang yang boleh cakap arab ;-)

      wahhh nak pergi US ya? selamat jalan. nampaknya christmas di US lah ya?

      Delete
  17. Hope you enjoyed the Turkish Airlines. I saw the water (our Hamidiye brand: it comes from the Ottoman era).

    ReplyDelete
    Replies
    1. really? oh my God! i wish i knew it earlier so that i can keep it as a souvenir...

      Delete
  18. Bestnya..teringin jugak jejak kaki ke sana 🤩

    ReplyDelete
  19. Seronoknya ke Mesir. Takut pulak nak dengar harga tiket. hehe...
    Cantik betul view dari atas awan. Takpelah tak dapat pergi Convo, dapat meraikan dan melawat tu dah kira okay sangat dah. Tahniah untuk Will dah convo dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga tix lps pkp mmg serammm.... 2x ganda dr sblm covid

      kesian jg dgn will sbb xde gmbr convo dgn fam pd hal convo akk dia, ada.😁

      Delete
  20. best ole2 turkish airline.. seronok mama nak baca pengalaman jenjalan anies

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap mmg best. selipar lipat tu bleh gn dlm rumah😁

      Delete
  21. ohh patutlah tanya FM mesir hahh.. tak ada rezeki nina nk follow trip ni. istanbul pun dh tukar airport lps ni lg mudah nk mengembara drive sendiri dr ambil tour. mesir pun makin maju dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2024 boleh ikut😁😁 tp airport baru istanbul ni jauh. mcm klia nk ke kl. dah laa x de tren lg😀

      Delete
  22. baru sedar dok komen blog anies ni dr tahun 2014.. fuh lamanyaa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap betul hjg thn 2014 rs nya... 2 thn lg jd 10 thn😀

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆