✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Pertama sekali, minta maaf banyak2. lately banyak benda kena settle termasuklah kerja2 hakiki sampai nak berblog / BW pun... mana yang sempat je. so harap bersabar ya and tunggu anies terjah blog korang nanti...
kepada yang bertanya, terima kasih banyak2. anies tak pergi mana2 pun. dan Alhamdulillah, masih sihat seperti selalu. harap kawan2 di luar sana tu pun sihat dan ceria2 selalu.
since tak ada cerita menarik, anies just kongsikan 'sisa-sisa' cerita kat Da Nang & Hoi An. okey, promise! lepas ni no more entries kat Da Nang or Hoi An. kita cerita fasal London pulak lepas ni. teeeettttt!!!!!
berbalik kepada title, jujur cakap, anies suka sangat dengan hotel ni sebab lokasinya yang tersorok, seolah2 macam berada kat Jonker Street, Melaka😆
hotel ni memang selalu jadi pilihan agent kami sebab kat sekitar Hoi An ni, dari pemerhatian anies, tak ada bangunan2 besar / tinggi didirikan semata2 untuk sebuah hotel. kebanyakkannya adalah rumah tumpangan (Inn) or bilik sewa yang disediakan oleh penduduk tempatan.
sama macam hotel kami kat Da Nang, untuk makan malam menunya dimasak di luar kemudian pihak hotel akan hidangkan. since kami duduk kat sini semalaman je, jadinya kami cuma diberi makan malam sahaja. manakala untuk sarapan, menunya disediakan pihak hotel. so kami cuma makan roti dan kopi je.
dari segi kebersihan, memang tip top. kemudahan seperti wi fi, swimming pool, toiletries etc semuanya ada dan lengkap. pada masa sama juga pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan lawatan ke tempat2 tertentu bukan sahaja sekitar Da Nang or Hoi An tetapi juga ke seluruh Vietnam.
kalau korang datang ke Hoi An, anies memang recommend sangat2 hotel ni.
nilah hotelnya (main entrance). anies tak pasti deretan motosikal tu staf hotel punya or motosikal sewa... hotel ni dah diubahsuai tapi masih mengekalkan ciri2 lama / tradisi Hoi An...
beranda hotel (sebelah kiri) lepak petang2 kat sini memang syok... walaupun depannya ada lorong tapi sunyi (menghadap kediaman penduduk). anies suka sangat suasana macam ni...
lorong depan hotel menuju ke jalan besar... nampak bersih, kan?
depan hotel ada service sewa basikal / motorsikal. murah je... kalau tak silap, 30 000 Dong (per basikal) dan mesti kembalikan sebelum 8pm.
pool kecil dalam hotel. tapi dalam wooo... pak cik anies cakap, 2.5 meter. so budak2 memang tak digalakkan mandi kat sini...
dining hall... kami dinner dan breakfast kat sini...
reception counter di sebelah kanan manakala dapur hotel di sebelah kiri.
hotel ni tak ada lif sebab cuma tiga tingkat je. kalau sakit lutut, boleh minta tolong orang dukungkan hahaha...
ni bilik kami di tingkat dua...
pada pendapat anies, bila dia letak kerusi dan meja ni, otomatik bilik jadi sempit...
Acik Na yang duduk sebilik dengan anies kat Da Nang dan Hoi An. Acik Na ni pesara kerajaan. anak2 dah kahwin. so masa lapang dia apa lagi.... travel seluruh dunia laa... syok woo... merata dah dia berjalan. lepas trip Da Nang ni, dia ke Alaska ko...i is jealous!
bilik air dia luas yak mat. boleh letak katil sebijik. serius! tapi yang penting, bersih dan air paip lajuuuu....
masa kat sini barulah kami berpeluang tengok rancangan2 menarik kat Vietnam ni. antara yang sempat kami layan adalah dokumentari Raja Dadah - Pablo Escobar. don't worry... ada English translation...
thanks 4 reading👍
daaa