Putrajaya Breakfast Run 2019

10:35 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

1st outdoor event untuk tahun 2019. salah satu azam anies tahun ni adalah, nak participate at least 1 outdoor event setiap bulan. tak kisahlah, marathon ke... walkathon ke... merangkakthon ke... janji ada event yang boleh keluarkan peluh. kata nak diet sangat kannnn... jadi bersedialah untuk sahut cabaran dan duit poket juga. event macam ni bukannya FOC

so, sebelum subuh dah keluar rumah. niat di hati nak solat subuh kat masjid Sultan Mizan. Alhamdulillah, sampai je azan berkumandang. so tunggu apalagi, jom kita berjemaah bersama2.

lepas solat terus tuju ke kaunter yang terletak berhadapan dengan Monument Alaf Baru. ini kerana anies belum lagi collect race kit. disebabkan hari sebelum tu sampai rumah dah Isyak, jadi memang tak sempatlah nak singgah Putrajaya walaupun kaunter buka sampai pukul 9.00 malam.

lepas salin baju, terus berkumpul. pelepasan peserta berlangsung tepat jam 7.25 bukan 7.15 huhu..

event ni ada 4 kategori. 10KM Open Men, 10KM Open Women, 5KM Open Men dan 5KM Open Women. anies pilih 5KM sebab rasa macam belum cukup fit. kalau ambil 10KM karang tak pasal2 pengsan tengah jalan. sapa nak tolong angkat nanti? hahaha...

tak apa... kita buat slow2 dulu. benda2 macam ni tak perlu rushing melainkan kau memang fit sejak dilahirkan lagi. 100KM pun tak jadi masalah. haha

tapi bila dah bedal nasi lemak, teh tarik, roti canai dan segala atuk nenek yang berlemak, hmmm faham2 je laa ya... nak fit tu bukan semudah #mogaesokkurus yaa.... banyak kena pantang larang, disiplin dan paling penting... otak ni... kalau 24 jam asyik ingat nak makan je... bye2 laa mr. fit tu hahaha...

okey laa... kalau merepek bukan2 ada je idea kan? korang belek2 laa je laa gambar yang ada ni yek!

t-shirt dan race bib. untuk 10KM, belakang race bib ada chip timing. untuk 5KM tak ada. oh ya! nombor yang sama juga digunakan sebagai nombor cabutan bertuah. tapi rezeki kereta Axia tak memihak kat mem besar😆 tapi tumpang gembira kat pemenang sebab dia perempuan Muslim. tahniah sis!

beberapa minit sebelum pelepasan... kalau tak silap, dianggarkan lebih 1000 peserta yang join kategori 5KM ni. untuk 10KM anies tak pasti. cayalah rakyat Malaysia!

route 5KM sebahagiannya menyusuri Tasik Putrajaya. ada peserta sempat lagi berselfie berlatar belakangkan Jambatan Seri Saujana....

salute kat ibu bapa yang participate sambil menyorong stroller anak2 terutama ibu bapa yang ada anak OKU. sebagaimana kentalnya mereka menjaga anak istimewa ini, sekental itu juga mereka menghabiskan larian. salute!

tinggal 2KM sebelum sampai finishing line... Alhamdulillah anies dapat habiskannya kurang dari sejam. tapi tak boleh lawan yang dapat tempat pertama tu. maka berhuhuhu laa kita..

mula2 anies ingatkan banner ni tempat turunkan tandatangan sokongan. rupanya kat situ ada senarai nama2 peserta yang join run kali ni. nak selfie pun tak boleh sebab kecik nau nau dia punya font! dah tu tinggi pulak tu! bertabahlah mereka yang comel lote nak berselfie melainkan ada orang tolong dukung 😆😆😆

nama pun breakfast run tapi bila dapat goodies ni, anies tersenyum simpul. alamak, habislah lemak dan kalori yang baru dibakar tadi. apa2 pun terima kasih McDonalds yang menjadi salah satu penganjur / penaja untuk event ini. (hash brown dan crispy chicken burger)

last but not least... finisher medal haruslah ada kan...

for the next month, anies masih lagi mencari event yang sesuai.. ada yang nak join sekali ke? jomlah kita lari sama2. kata nak pakai kebaya nyonya sama2 kan raya nanti??😆😆😆😆

thanks 4 reading...

daaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

41 Your Words of Lo♥e

  1. huishh..xblh jadi ni..anies nak pakai baju kebaya nyonyaa raya ni.. Cik nor kna g kerja jalan kaki cari jalan jauh skit..nak lawan anies..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nnt kita pakai kebaya nyonya sedondon sedondeng ya

      Delete
  2. sejak dah tak duduk dalam putrajaya, dah lama tak masuk event kat sana
    rindu lak nak lari tepi tasik semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom laa join lg mn2 event wpn x dok putrajaya lg ;-)

      Delete
  3. I like baju kuning..berseri dan ceria

    ReplyDelete
  4. wah hebat nyer awakk !!!
    kita tak dan nak joint mana mana marathon lagiii
    welldone !!m

    ReplyDelete
  5. terbaekkkk...stay active okehhh...caiyok...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sebab menjadi top komentor blog ejulz JAN 2019..
    https://ejulz.blogspot.com/2019/01/senarai-pengomen-tegar-jan-2019.html

    ReplyDelete
  7. WAH RAMAI YG SERTAI TU...OKLAH BERJOGGING DI TEMPAT INDAH KALAUTERKEHADAN DPT HADIAH LUMAYAN..ANIES DPT BERGER SEKETOI JADILAH ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  8. seronok dpt join run..lps tu dpt breakfast kan hehe...tk pernh lg join mn2 run..berat rs bdn nk lari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom laa join dgn sy... kita boleh lari sama2

      Delete
  9. Wahh bestnya!.. larian tahun baru juga ni. Tahun ni saya belum dpt join mana2 run lg huhu :D

    ReplyDelete
  10. best nya..dah lama x join event2 run macam ni....

    ReplyDelete
  11. semua ok dah ..

    satu je tak ok ..

    gambar si peserta breakfast run 2019.

    saya pun ada hati nak join jika ada di tempat sendiri

    dapat 2 in 1.

    bersenam dan berkenalan dengan bakal jodoh ..

    mana lah tahu jumpa kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala igt nk habiskan larian je. snap pic mn yg sempat je

      Delete
  12. tahniah anies...abam kie pun nak join la larian mcm ni cuma di kelate ni jrg benar ada fun run camnie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cuma kn slalu alert. byk website yg share event mcm ni kt seluruh tmpt di malaysia

      Delete
  13. hihi akak !! kite sokong larian dari jauh jele ye. nak join malas =P

    ReplyDelete
  14. Bestnya kalau sekali sekala dapat joinkan...

    ReplyDelete
  15. Best kalau dapat achieve target larian macam anies buat..
    Boleh start kumpul medal sebagai pembakar semangat..

    ReplyDelete
  16. Kat cyberjaya dulu pun selalu buat larian camni. Cuma kita je sejenis makhluk yang sayang nak buang lemak, tu tak join..

    ReplyDelete
  17. Waah udah bikin sehat jogging ramairqmai ..., dapat goodies keren pula.
    Capek ngga joggingnya, kak :) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah... mau sehat kannnn

      Delete
    2. Hehehe ...
      Iya kak, perlu sehat wajib berjuang meski kecapekan setelah jogging.
      Kalau kita rutin jogging dalam keseharian kita, pasti tubuh kita jadi terbiasa tidak mudah lelah berjogging.

      Delete
  18. comelnya medal! tgk baju pun nampak sedap. haha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆