بندر سري بݢاوان بروني دارالسلام : د كاڤيتال ريسيدنس سويت هوتيل

1:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Niat hati tak nak update sebab hutang2 BW banyak tertunggak. tapi... anies tak boleh tipu diri sendiri... nak update jugakkkkk waaaarrrghhh...

cerita best nak dikongsi memang tak ada. yang ada ni hah... cerita kat Brunei yang tertangguh (padahal malas nak share hahaha). suka atau tak... kena buat juga.

okeylah, back to the title...

lepas beli tiket, entah macam mana anies tergerak hati nak baca perkongsian2 yang pernah di share oleh mereka2 yang pernah melawat Brunei. dalam banyak2 perkongsian tu, ada seorang hamba Allah ni, bukan setakat share tempat2 menarik kat sana tapi juga berkongsi tentang penginapan yang mereka diami sepanjang berada kat sana.

dari review dia tulah, anies terus pilih hotel ni. alasan utama adalah disebabkan hotel ni satu2 hotel kat BSB yang menyediakan perkhidmatan free shuttle. bukan sahaja dari airport ke hotel and return, tapi juga menyediakan perkhidmatan untuk melawat tempat2 menarik di sekitar BSB.

since kami perg 8 orang, maka 4 buah bilik harus di booked. tapi masa check in, hanya 2 bilik double sahaja yang available. 4 orang lagi duduk family suite dengan harga yang sama macam bilik double. wow! kami terus on!

selain staf yang peramah, menu breakfast kat sini memang terbaik. hari berikut, masa sarapan chef hotel sediakan capati cicah kuah kari hijau. dia punya sedap tu ya Allah... nak menitik air mata!!

korang mesti pernah makan makanan sedap sampai tak terluah dek kata-kata, kan? hanya air mata sahaja yang dapat menggambarkan perasaan korang masa tu. hah... macam tulah anies rasa. kuih kari hijau yang pedas tapi sedap. semua family anies cakap sedap. dek kerana kesedapan tulah, sampai makan tengah hari pun tak jamah sebab kekenyangan. memang banyak kami melantak hari tu hahahaha...

selain makanan, hotel ni juga sangat dekat dengan Royal Regalia Museum, Kampung Air, Pasar Tamu Kianggeh, Masjid Sultan Ali Saifuddin dan macam2 lagi. semuannya kami jejaki dengan berjalan kaki je dari hotel ni.

overall, kami puas hati dengan hotel ni. no wonder, review daripada orang ramai pun cakap best!

p/s owner hotel ni orang Melayu Brunei...

main gate. hotel ni tak besar. cuma 4 tingkat tapi selesa yakmat! kalau datang sini lagi, anies tetap nak pilih hotel ni.

bilik 1 family suite. anies sare dengan mama...

dalam bilik kami dilengkapi tv, kabinet, peti keselamatan, kettle dan macam2 lagi...

bilik kedua family suite.

di sebalik pintu tu bilik air...

dapur family suite yang lengkap dengan peti ais, peralatan memasak, dapur dan macam2 lagi.. walaupun ada macam2 kami cuma masak air je hahahahahah

ruang tamu family suite...

ruang tamu family suite. sila abaikan orang yang tengah tidur tu dengan selipar siapa ntah! suka2 je bawa masuk ke dalam...

bilik air family suite. ada 2. oh ya... bilik double (bilik 4 orang yang lain) tak sempat nak snap...

ruang lepak kat kafe hotel...

kafe hotel...

menikmati sarapan sedap kat sini...

lobi hotel

lif menuju ke tingkat atas. oh ya... wi fi hotel pun turut disediakan. laju woo... sempat anies khatam drama Thai kat sini hahahah

ni laa shuttle van yang bawa kami jalan2 kat sekitar BSB...

okey.... selesai dah up satu entry hari ni... moh sambung balik BW anies oiiiiii

thanks 4 reading...

daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

49 Words of Lo♥e

  1. Tengok gambar luar hotel....simple je..tapi tengok gambar dalam dia..wow

    ReplyDelete
  2. nice sharing. tak sempat lagi nak travel ke brunei.

    ReplyDelete
  3. mana nya gambo capati kuah kari ijo tu...adoiiii...aku pun nak la terliur sama...grrrrr...

    ReplyDelete
  4. Brunei adalah negara jiran yang paling CT tingin nak pegi. ikut hati nak pergi time puasa nak rasa solat trawih disana. mana tahuu one day. i like the idea dia sediakan khidmat shuttle semua tu. senang kan xyah fikir hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu dpt tix murah bln pose pegilah..nk raya pn boleh skali😆mn tau dpt duit raya dr sultan

      Delete
  5. Dekat dgn Sabah, tp apasal kita tak sampai2 lagi ni, hurm .. Ni kena pergi la juga ni.

    ReplyDelete
  6. Suasana hotelnya homy,kak.
    Ada layar berukuran besar di kafe,asik tuh seperti nonton bioskop :)

    ReplyDelete
  7. Lamanya tak ke brunei ni.. teringin juga nak pergi lagi nanti. Tempat ni pun nampak selesa sgt, bersih dan mmg merehatkan. Seronok.

    ReplyDelete
  8. mem besor diam-diam sampai brunai ha..Ok kalau aku pi nak stay sini lah. hahaha

    ReplyDelete
  9. Rasa teruja yakmat nak try capati yang sedap tak terkata tu.

    ReplyDelete
  10. mantap betul, saya follower ke #1149 Follback ya Kak di situs saya http://demaslah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Berapa harga satu bilik biasa Anies? Satu lagi breakfast tu include sekali ye?

    ReplyDelete
  12. Teringin juga nak ke Brunei lepas baca entry Anies nie.. Tambah bila ada hotel macam nie.. memudahkan perjalanan dan juga selesa..

    ReplyDelete
  13. Awat tak buh gambar Capati dengan kuah kari hijau tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila melantak x igt dunia abis semua lupa😆

      Delete
  14. Dari luar nampak macam biasa-biasa je but the room looks quite nice and cozy.

    ReplyDelete
  15. Nyaman, bersih dan simple ni hotel...Thanks Anies, bila2 ke Brunei, saya sudah dapat gambaran...

    ReplyDelete
  16. ada sambungan lagi tak..

    tak akan la cerita tentang hotel je..

    anyway memang best la baca..

    terer nyer awak menulis review tak terlawan oleh saya..

    hari tu ada juga duduk hotel tetapi malas pulak nak menulis...idea malu-malu kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita jln2 Brunei ada sambungan. cerita psl hotel ni dah tamat di sini😆

      Delete
  17. bestnya dapat servis hotel macam ni. hilang serabut kepala pasal transport. semoga murah rezeki owner hotel tu. dan suka sgt entri ini. brunei antara wishlist sy daripada tahun 2014 lg. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kalu jenis mls nk travel sendiri plh laa hotel ni

      Delete
  18. Nampak simple jer... tapi service tip top... Itu lah yang kita cari...

    ReplyDelete
  19. The Capitol Hotel memang best! :)

    ReplyDelete
  20. Kalo memang ramai dengan family, hotel luas macam nih memang cocok. Keliatan pun luas dan nyaman lah, apalagi fasilitasnya pun oke punya.

    Saya dulu stay di hotel lain, tapi Krn daerah pusat kota, dan mereka ada fasilitas sewa mobil, jadi saya pilih. Selama di sana, Krn tak tahulah transportasi massal Brunei ini kapan lewatnya, jadi udah paling betul sewa mobil saja utk jalan2 😄

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆