✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Memang lupa teruk ni... adushhh... (ketuk kepala sendiri)
tapi sebelum tu, kalau korang nak baca cerita jalan2 anies di Brunei, sila klik kat
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI.
jangan malu2 ya...
sebenarnya ada 3-4 tempat yang sempat kami singgah tapi tak banyak gambar diambil. so anies gabungkan dalam satu entry. senang cerita, kan?
The Royal Regalia Museum
tiada bayaran masuk dikenakan tapi korang kena buka kasut, tinggalkan beg kat locker yang disediakan dan tidak dibenarkan ambil gambar kecuali di lobi museum yakni di tingkat bawah.
apa yang menarik kat sini adalah, para pengunjung dapat melihat lebih dekat barang2 milik Brunei royal collections. dari sekecil2 barang hinggalah ke sebesar2 barang, semuanya dipamerkan di sini termasuklah hadiah dan anugerah yang diperoleh / diterima Sultan Brunei daripada pemimpin dan pembesar dari seluruh dunia.
paling mencuri tumpuan pastinya tandu pertabalan diraja (the royal coronation carriage) yang digunakan ketika pertabalan sultan dan dipamerkan di tengah-tengah ruang legar museum. sangat besar, okey!
halaman The Royal Regalia Museum. masa kami sampai, cuaca sangat terik. bila nak keluar, hujan selebat-lebatnya... nasib baiklah ada air cond dalam museum ni...
dalam museum ni berkarpet ya. sebab tu kena buka kasut...
nilah tandu pertabalan diraja... sangat2 besar. saiznya hampir sebesar lori rasanya... jangan tanya anies, badan tandu tu disaluti emas ke tidak... i have no idea, okey!
payung-payung berwarna-warni yang digunakan ketika majlis pertabalan sultan. anies tak kira pun ada berapa jumlah payung yang ada... yang pasti, budak yang tengah duduk tu dah payungkan korang kah kah...
souvenir shop dalam museum... sekadar info, korang boleh guna Dollar Singapore (SGD) kalau membeli belah kat Brunei ni. ni kerana currency rate Brunei dan Singapore sama je. kalau harga barang BD1, korang boleh bayar guna not SGD1. tak ada masalah. urusan jual beli sebegini juga berlaku di Hong Kong, Macau dan China... maksudnya, kalau korang pergi ke salah sebuah negara ni, cukup dengan membawa satu matawang sahaja...
Istana Nurul Iman
since kami tak boleh masuk ke dalam kawasan istana, maka cukuplah sekadar dapat bergambar kat depan pintu utama... dah pun memadai. tanda kami dah sampai ke sini...
Istana Nurul Iman. terfikir juga... macam mana kalau kami tengah sibuk bergambar, tiba-tiba kenderaan sultan lalu? adakah kami akan melompat keriangan di situ? hahahaha
close up sikit... no no... pintu pagar tu bukan diperbuat daripada emas... tu warna cat je...
sempat menyelit celah2 taman semata2 nak bergambar kat sini hahaha... tapi kena tunggu turn sebab kawasannya sempit...
The Mall Gadong
kami tak rancang pun nak ke sini. driver van yang tiba-tiba bawa kami ke sini padahal kami nak ke Pasar Malam Gadong. nasib baiklah jarak antaranya dekat dan boleh jalan kaki je.
since namanya The Mall, maka lain tak bukan ia sama macam shopping complex yang lain. kat sini anies perhatikan pengunjungnya memang ramai. mungkin sebab kat sini ada cinema.
kami cuma beli ais krim je bila dah sampai sini sebab lepas tu kami nak makan malam kat Pasar Malam Gadong hehehe... tapi pak cik anies sempat lagi borong coklat. dia cakap coklat kat sini murah.
The Mall Gadong - front view... masa anies snap gambar ni, waktu dah hampir Maghrib...
di tingkat bawah ada pasar raya macam Tesco / Giant...
sorry... gambar blur... tertarik dengan siling The Mall Gadong ni...
lain-lain tempat
ni sekadar selingan je... sambil berjalan, anies snap mana2 bangunan / kawasan menarik...
pintu gerbang Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin... manakala di belakangnya, mercu tanda Brunei yang tak asing lagi, Masjid Sultan Ali Saifuddin (boleh baca kat SINI) dari info yang anies baca, selalunya kalau ada majlis besar seperti Hari Kemerdekaan, tempat ni selalunya menjadi tapak event...
Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei... lokasinya berdekatan dengan Masjid Sultan Ali Saifuddin...
masa ni, kami on the way ke The Royal Regalia Museum... sebelah kanan bangunan berwarna kuning tu adalah Pejabat Besar Pos (main post office)... traffic lengang kan? maklumlah hari cuti...
Memorial Clock / The Clock Tower / Agong Clock yang terletak di tengah2 simpang. ia dibina sempena lawatan Tuanku Abdul Rahman ke Brunei pada 1959... sekarang usianya sudah 50 tahun! wow! btw, best kan jalan raya lengang macam ni... rasa nak baring je... hahahaa
last but not least... terjumpa dessert ni kat Brunei airport sebelum berlepas pulang... teringin sangat nak rasa sebab tak ada kot menu ni kat Coffee Bean kat sini... so, mohon jangan terliur ya time puasa ni... kalau terbatal, jangan salahkan anies hahaha...
okey tu je perkongsian terakhir anies jalan2 bersama family ke Brunei... insya allah, ada rezeki memang nak repeat lagi... tapi tak tahulah bila...
so, thanks 4 reading
happy weekends
daaa...
p/s menyudahkan BW tertunggak






























































Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam