Prishtinë, Kosovo: di sebalik dingin malam ada kisah meruntun hati
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
hujan makin lebat. jadi, mahu tak mahu langkah ni terpaksa dilajukan sebab satu badan dah kesejukan. winter + hujan = sejuk kuasa dua. ada juga niat nak tumpang berteduh tapi tu laa... cuma ada restoran dan bar di kiri dan kanan. terasa segan laa pula...
dari jauh kedengaran sayup-sayup orang menyanyi. tak tahu laa lagu apa yang didendangkan. mungkin lagu berbahasa Albania yang tengah popular masa tu. dan anies memang tak ambil 'port' pun fasal bunyi tu sebab dalam kepala cuma nak sampai homestay secepat yang boleh.
suara nyanyian tanpa muzik dan memang tak merdu tu kedengaran semakin dekat. tapi kelibat si penyanyi masih tak kelihatan. mungkin tu bunyi dari speaker yang terpasang dari dalam pub?
tak lama kemudian, tiba-tiba suara tu jadi senyap. dan kira-kira 7 - 8M di depan, tiba-tiba suara tu muncul semula!
haa... suara peminta sedekah rupanya... dalam keadaan hujan sangat lebat tu, dia duduk berseorangan kat tengah-tengah laluan pejalan kaki, tadah tangan dan menyanyi. tak ada payung, tak ada baju hujan. tak ada topi. total basah kuyup!😭😭😭
memang tak dapat nak bayangkan kesejukan yang dia rasai masa tu. sedangkan anies yang, pakai 3 lapis baju + glove ni pun masih rasa sejuk. apatah lagi dia yang cuma berbaju kemeja lengan pendek, duduk tanpa sebarang pelindungan sambil menyanyi😭😭😭
pada mulanya anies lalu je depan dia. tapi beberapa langkah sebaik melepasinya, hati meronta minta untuk toleh ke belakang. dannn... terus nampak dia tengah mengesot sambil kedua tangan menompang badan untuk maju ke depan😭😭😭
ya Allah! rupanya dia tak ada kedua-dua kaki, guys😭😭😭 terus tak jadi nak melangkah. dalam keadaan sejuk tu, tangan terus seluk beg. beberapa keping not 1 USD berpindah tangan then tanpa berlengah, terus je beredar sebab tak sanggup nak tengok dia. sedih sangat😭😭😭
ni bukan kisah nak tunjuk baik atau nak pancing pembaca. tak! anies share kisah ni sebab nak beri peringatan pada diri sendiri sebenarnya kalau kita rasa susah dan diuji, ingatlah! kat luar sana ada yang jauhhh lagi susah dan terseksa daripada kita. sentiasalah bersyukur, jangan jadi umat yang kufur.
ternampak tugu ni sebaik sahaja melepasi lelaki tu😭
semoga dia sentiasa dalam jagaan Allah hendaknya. aminnn


Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆