Prishtinë, Kosovo: Xhamia e Sultan Murad
12:57 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dalam kesejukan tu, anies just jalan je tanpa tujuan. ikutkan hati tak sanggup dah nak menahan sejuk. tapi tak semena-mena, kepala tertoleh ke seberang jalan (kanan - sebelum tu terlindung dek.payunh).
eh, ada masjid?!! automatik hati jadi berbunga-bunga. tanpa berlengah anies terus cari lintasan zebra untuk melintas sebab masa tu, trafik agak sesak.
kecilkan foto sebab tak berapa nak clear...
ni laa masjidnya. pinjam gambar Google
sejujurnya anies memang tak expect langsung (ketemu / singgah mana-mana masjid kat Kosovo) walaupun tahu majoriti rakyat Kosovo ni beragama Islam.
plak yang tergantung kat dinding masjid... setelah diterjemahkan, berikut sedikit info tentang masjid ni: dibina pada 1389AD (yakni ketika empayar Uthmaniyah) dan dipulihkan pada 2023. pembiaya projek pemulihan masjid merupakan kerajaan Türkiye mellaui TIKA dengan kerjasama kerajaan Kosovo. see? masjid bersejarah rupanya... s
jadi tanpa berlengah, anies terus masuk ke dalam. tapi sayang seribu kali sayang, agaknya jemaah dah selesai solat masa tu. pintu berkunci dan anies hanya mampu tengok dari luar je.
koridor masjid👆👇
pintu dah tutup😤
melalui celah-celah lubang dinding, anies snap foto ni. so macam ni laa keadaan di dalam masjid...
tak apalah kalau tak ada rezeki nak masuk. tapi dapat jumpa masjid pun dah cukup puas hati. masa nak beredar, terpandang sebuah masjid lain tak jauh dari situ....
Masjid Sultan Mehmet kalau tak silap... kalau cuaca tak hujan plus sejuk, memang anies terjah dah masjid ni...
insya Allah kalau ada rezeki ke sini lagi pasti anies akan singgah masjid-masjid yang ada... kita bukan sahaja dapat hargai sejarah Islam tapi juga dapat mengimarahkan masjid tersebut sekiranya berpeluang...
that's for today...
maaflah ya lambat BW sebab anies masih ada training hari ni...
daa









Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆