Asgabat, Turkmenistan: transit 8 jam

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

perjalanan dari Jeddah ke Asgabat ni mengambil masa kira-kira 4 1/2 jam je. Alhamdulillah kami selamat mendarat sekitar jam 11.00PM. 


Asgabat Inter. Airport yang sunyi...


disebabkan sebelum ni kami dah pernah transit sini, jadinya bila tengok airport sunyi, tak ramai orang tu... rasa macam dah biasa pula... pada hal transit sekejap je😁 (baca ceritanya kat SINI).


rasanya jemaah kami je yang ada masa ni😁

short video inside the airport...


kali ni kami transit lama. nak keluar dari airport memang sah-sah laa tak boleh sebab tak ada visa. dalam pada tu syukur jugalah kami tiba malam. so, 8 jam tu tak terasa sangat sebab dipenuhi aktiviti 💤💤😂


1. foodcourt
2. tandas
3. di dalam tandas. tak ada bidet, okey!
4. surau


selesai solat, sengaja anies merayau-rayau kat foodcourt. kat situ juga ada 2-3 buah kedai souvenir. sebelum transit sini, anies sempat juga laa Google, kalau nak membeli guna currency apa? rupanya guna duit USD pun diterima.

since ada beberapa keping not USD, jadinya panjanglah langkah anies mencari fridge magnet (FM). walaupun cuma transit je, at least ada jugalah kenangan singgah sini walaupun 'secoet' je.


enamel pin bendera Turkmenistan & FM... ada laa kenangan daripada tak ada, kannn...


apa yang Google beritahu tu memang betul. harga FM kat situ cuma USD1 je. senang hati anies dibuatnya. lepas tu, kembali semula ke boarding hall untuk lelapkan mata.

tapi tu laa... lelap tak berapa nak lelap... dengan bunyi bisingnya, dengan air cond yang sejuk... tahu-tahu je dah masuk waktu Subuh. lepas solat, tengok beberapa jemaah dah start beratur.


boarding time!

in flight meal... sarapan (kiri) dan 2 jam sebelum mendarat diberi makan sekali lagi...

KLIA T1 agak sibuk hari tu. lama juga laa flight kami ni 'merayau-rayau' tunggu isyarat untuk mendarat...


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar lepas tu. kami selamat mendarat di KLIA T1 pada jam 6.00PM. 

di kesempatan ni nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat In Saff Travel & Tours di atas perkhidmatan yang diberi dari saat pendaftaran umrah @ MITEC, April 2025 sampailah kami tiba di KLIA T1. tak lupa buat mutawif dan juga rakan-rakan jemaah yang lain. semoga Allah sahajalah yang dapat membalas segala kebaikan yang dihulur.

last but not least... thank you for taking your time to read my umrah journey. may Allah invite us all to visit His Holy House one day and grant us the blessing of returning to His sacred land. aminnn...

daaa...

p/s anies ada training minggu ni... lambat BW🙏

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

0 Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆